Aku taip aku padam sampai berulang banyak kali so ini hasilnya selepas 4 hari 😆
Zarif menghampiriku setelah selesai dengan urusan check out dan ini juga merupakan hari terakhir aku dan dia berada di Kelantan. Petang semalam, seperti yang dijanjikan dia membawa aku ke Tok Bali dan kami menginap di Tok Aman Bali Beach Resort semalaman dan hari ini, kami akan pulang ke ibu kota. Tanpa sedar aku tersenyum ke arahnya dan dia memandang dengan riak yang pelik.
"Kenapa?"
"Tak ada apa-apa." Kebahagiaan yang tak mampu kungkapkan dengan kata-kata, hanya mampu mempamerkannya dengan isyarat.
"Jom balik," ujarnya sambil memeluk bahuku dan menggamit langkahku supaya mengikutnya. Seiring dengan itu, aku tarik bagasi.
"Ari? Is that you?"
Mendengarkan suara itu, aku toleh ke belakang. Cara dia memanggil namaku membuatkan aku tahu siapakah gerangannya, hanya dia seorang saja yang memanggilku sebegitu. Zarif melepaskan pelukan di bahu dan pemegang bagasi terlepas dari tangan apabila si empunya suara semakin mendekat. Segalanya berlaku dengan pantas, dia tarik aku ke dalam pelukannya.
Aku terkesima dengan caranya, cara yang sudah sebati dalam hidupku apabila bertemu dengannya setelah sekian lama menyepi tetapi cara ini sudah lama aku tinggalkan setelah berjanji untuk berubah. Serta-merta aku tolak tubuhnya dan terus menjauhkan diri darinya, wajahku merah padam dan reaksi pada wajah Zarif kelihatan terkesima dengan apa yang dia saksikan. Aku jadi kelu untuk menangani situasi ini.
"I rasa macam dah bertahun tak jumpa you." Nadzhan bersuara dengan nada yang teruja. Aku sendiri pun tak ingat bila kali terakhir aku bertemu dengannya.
"And you look different." Dia memandangku dari bawah hinggalah ke atas dan untuk seketika dia merenung ke arah wajahku.
"By the way, you buat apa kat sini?" Dia bertanya soalan baru.
"Honeymoon, tu husband I." Aku menoleh ke arah Zarif yang masih lagi kekal dengan posisinya. Raut wajahnya kelihatan kosong.
"Wait! You dah kahwin?" Tumpuanku beralih kepada Nadzhan yang kelihatan terkejut. Aku hanya mengangguk tanda mengiakan.
"Ari, I tak tahu. I dah terbiasa, I-I-"
"And you buat apa kat sini?" Tanyaku untuk menukar suasana baru kerana sebentar tadi, kami sama-sama tidak selesa.
"Holiday."
"Alone? Ke ada peneman?"
"Alone." Ada senyuman hambar di bibirnya, bukan aku tak tahu Nadzhan macam mana. Tak pernah cukup dengan satu, sentiasa ada 'peneman'.
"Great. Nanti dah jumpa yang sesuai, kahwin terus okay?" Bukan aku ingin mencampuri urusan hidupnya, cuma inginkan yang terbaik untuknya. Kami sama-sama kecundang dan aku ingin, sama-sama bangkit menuju ke jalan yang benar.
"Lambat lagi. I rasa kita patut tamatkan kat sini sebab husband you dah keluar." Nadzhan meninjau keadaan di belakangku.
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Nadzhan, aku terus bergegas mengekori Zarif dari belakang dan langkahnya semakin laju meninggalkan aku. Aku mahu jelaskan sesuatu supaya dia tidak terasa hati, Nadzhan sudah terbiasa dan tidak mengetahui yang Zarif adalah suamiku.
"Zarif?" Tanpa berkata sepatah pun, dia mengambil bagasi yang aku pegang lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta.
"Nak tercegat kat situ sampai esok ke?" Perlinya ketika membuka pintu kereta di sebelah pemandu. Dalam keadaan tergesa-gesa aku terus masuk ke dalam perut kereta.
"Zarif, hurm actually- Macam mana nak cakap eh?" Aku menggaru kepala yang tidak gatal, fikiran kusut memikirkan jalan penyelesaian untuk menerangkan tentang pertemuan yang tidak dijangka sebentar tadi.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...