Bab 55

50.1K 3.5K 602
                                    

Aku rasa ni realiti yang berlaku sekarang 👀 and please don't hate me 👀😂

"Kak Ila, Amril ada balik tak pagi tadi?" Kak Ila yang sedang menyiram pokok bunga di laman belakang aku sapa.

"Ada pagi tadi, jemput breakfast pun dia buat-buat tak tahu. Dia masalah ke?" Pertanyaan Kak Ila aku biarkan sepi.

"Risya dengan dia pergi mana semalam?" Kak Ila tanya lagi dan aku memberikan reaksi sama seperti tadi. Berkhayal entah ke mana.

"Farisya!"

"Hah?"

"Risya ada masalah ke? Pagi-pagi lagi dah termenung." Aku memberi perhatian kepada Kak Ila yang sedang bercakap.

"Kalau ada masalah, boleh cerita kat akak."

Kalau aku ceritakan, apa reaksinya nanti?

"Is kata semalam Risya dengan Am pergi bermalam kat rumah baru korang. Macam mana?"

"Cantik," jawabku bersahaja tanpa sebarang riak di wajah. Memang cantik tetapi pagi ini sudah tercipta satu memori pahit di situ.

"Kenapa Am balik dulu pagi tadi? Risya pun balik naik teksi..."

"Risya masuk dulu Kak Ila," pamitku secara tiba-tiba. Dia belum sudah menghabiskan kata-katanya, aku malas nak dengar.

"Breakfast ada lagi atas meja tu."

Kak Ila sempat titipkan pesanan ketika aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku tidak menuju ke dapur sebaliknya aku terus daki tangga untuk ke bilik. Pintu yang tertutup rapat itu aku buka, benda pertama yang aku lihat adalah bingkai gambar bersaiz besar, di situ terpahatnya memori ketika aku dah Zarif diijab kabul. Zarif tersenyum sangat manis di dalam gambar ini dan aku juga sama tetapi kelihatan palsu. Sekarang, aku masih lagi tersenyum tetapi kenapa aku rasakan sangat pahit?

"Aku dah beri amaran awal-awal lagi, Zarif. Aku tak sempurna dan kau akan menyesal."

"Aku terima kau seadanya."

Dia tidak menerima aku seadanya. Dia tidak menerima kekuranganku yang satu ini. Dia tidak boleh menerima kenyataan yang dia bukan orang pertama yang pernah sentuh aku.

Setitis air mataku mengalir apabila mengenangkan kejadian pagi tadi. Aku harapkan dia menjadi orang pertama yang aku lihat selepas membuka kelopak mata, aku harapkan dia yang mengucapkan selamat pagi, aku harapkan dia akan tersenyum sambil mengucup dahiku kerana senang dengan apa yang terjadi semalam. Ternyata aku hanya berharap.

"Kenapa kau bodoh sangat, Farisya?" Aku tanya diri sendiri, kenapa aku terlalu berharap?

Kenapa aku harapkan Zarif boleh menerima aku yang tidak suci ini hanya kerana dia mengatakan dia menerima aku seadanya? Kenapa aku berharap sedangkan aku sendiri yang saksikan raut wajahnya yang kecewa ketika kami bersama semalam?

Selalunya ketika Subuh menjelma tiba, Zarif akan kejutkan aku. Tetapi pagi tadi, aku terjaga pada jam sepuluh pagi dan dia tiada di sisiku. Bukan itu saja, tetapi dia tiada di dalam 'rumah kita'. Aku cari dia dan banyak kali aku cuba untuk menghubunginya namun melihatkan kereta tiada, baru la tersedar aku ditinggalkan di situ. Berseorangan.

Perasaan aku ketika sangat sukar untuk digambarkan. Tergamaknya Zarif tinggalkan aku di tempat yang asing itu, tempat yang aku sendiri tidak tahu di mana. Dalam jam dua belas tengah hari aku tinggalkan rumah itu dan pulang dengan menaiki teksi. Perbualan dengan Kak Ila sebentar tadi menambahkan lagi perasaan duka ini.

Inikah yang dinamakan kifarah? Masa laluku yang jelik itu datang untuk menguji Zarif. Masa lalu yang penuh dengan khilaf dan silap itu datang kembali di ruangan minda, tentang segala-galanya. Kaki sudah tidak mampu untuk berdiri lagi, tubuhku jatuh terkulai.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now