Bab 53

47.2K 2.9K 105
                                        

"Macam mana dia sebelum korang berdua pergi England?"

"You should ask mama, I'm sure she has the best answer for your question." Azril menyambung makan kembali.

Sebenarnya aku rasa tak berapa cerdik sebab tanya Azril bagaimana Zarif di masa lalu. Sebelum ke England, Zarif berumur sembilan belas tahun dan ketika itu Azril baru sebelas tahun. Mana dia nak ingat abang dia macam mana di masa lalu, entah-entah dia sendiri pun tidak tahu.

"Abang! Sini." Laungan Azril memanggil seseorang membuatkan aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerengan 'abang' yang dimaksudkan.

Aku kecilkan mata untuk melihat siapa yang menghampiri kami. Masih lagi boleh beza dan kenal siapa walaupun muka sama, itu Airil. Apa yang dia buat kat sini? Ke Azril yang ajak? Tapi aku yang ajak Azril ni datang sini. Kejap, aku ajak dia makan dan dia yang pilih tempat ni.

"Apa kata akak tanya Abang Airil?" Apa yang dikatakan menarik perhatianku. Nak ke Airil bagi jawapan?

"Tanya apa?" Airil mengambil tempat duduk disebelah Azril.

Great. Perjumpaan kakak ipar dan adik-adik iparnya.

Waktu rehat tengah hari, aku ajak Azril keluar makan, aku tunggu dia di restoran ini. Tujuan sebenar untuk memberinya sedikit rasuah sebelum bertanyakan soalan mengenai Zarif. Sebelum pergi Makkah lagi dia ada mengatakan tentang keinginannya untuk menjamu selera di kedai makan yang berkonsepkan Kelantan. Aku baru teringat yang restoran ini berdekatan dengan tempat Airil berkerja, kebetulan sekarang ini waktu tengah hari.

Azril bangun dari tempat duduknya, pandangan matanya memerhatikan restoran. Ini merupakan kali ketiga dia bangun dari tempat duduknya untuk memesan lagi makanan. Dia berlalu pergi meninggalkan aku dan Airil di sini.

"Nak tanya apa?" Airil tanya sekali lagi. Straw dipegang dan dia kacau air bandung sebelum diminum.

"Kau tak marahkan aku lagi ke?" Tanyaku kembali. Cara bertanya seolah-olah dia sudah melupakan semuanya antara kami.

"Entah la, Risya. Kalau nak diikutkan, memang aku marah tapi dalam hal ni, bukan kau sorang je yang salah. Aku pun salah." Airil berkata jujur, dalam hal ini kami berdua yang sama-sama melakukan kesalahan.

"Masa kat sana, aku sedar banyak khilaf aku. Salah tu bukan dari kau sorang je, aku pun salah." Dari cara dia bahasakan dirinya ketika bercakap, dia sudah melupakan apa yang terjadi antara kami.

Sepuluh tahun yang lalu, aku cintakan dia kerana dia selamatkan aku. Cinta pandang pertama, aku jatuh cinta dengannya kerana itu. Kalau tidak kerananya, aku sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi pada aku. Seingat aku pemandunya tengah mabuk ketika itu dan aku hanya meluru tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, mujurlah Airil ada. Tapi aku tak pernah ingatkan dia tentang kejadian itu kerana terlalu trauma.

Aku akan ingat siapa dia pada pertemuan kali pertama tetapi aku akan lupakan apa yang terjadi selepas itu. Memori selama sepuluh tahun itu aku akan lupakan. Fokusku tentang cinta kepada seorang manusia hanya untuk Amril Zarif.

"Terlampau ikutkan hati, tak fikir langsung apa akibatnya."

Sama sepertiku, terlalu ikutkan hati yang hanya nampak bahagia itu ada pada dia. Tapi sebenarnya bahagia itu hadir apabila aku mengejarNya.

"Kau dengan abang kau okay tak sebenarnya?" Sewaktu majlis akad nikah dan dari apa yang aku lihat, mereka berdua sepertinya tidak rapat.

"Kami okay je, dari kecil sampai ke besar semuanya okay. Masa berpisah, dia ke England kami okay je. Macam adik-beradik lain. Maybe apa yang kita pernah lalui and suddenly you're married to him..." Airil berhenti seketika dan memandang aku.

Bukan Untuk DimilikiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang