Bab 13

49.4K 3.2K 336
                                    

Aku meneliti senarai missed call pada skrin telefon, bermula daripada hari aku pulang ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu sesiapa sehinggalah pada hari ini, sudah masuk seminggu. Rata-ratanya dari Rayqal, bahagian mesej pun sama. Penuh dengan namanya.

Farisya kenapa you balik tak bagitahu? I risau sangat ni, you jumpa dia lagi ke?

Lagi.

I dah sampai kat KL, kita jumpa. Please, I nak tengok you depan mata I sendiri you okay ke tidak

Dan lagi.

Sayang, I rindu you :(

Ada banyak lagi mesej yang dihantarnya, namun aku malas nak teruskan bacaan. Kalau dulu mungkin aku tersengih macam orang gila sebab dia risaukan aku tapi sekarang ini, yang aku rasa hanya ingin membaling telefon ke dinding.

Hypocrite.

Teringatkan kejadian semalam, itu perkataan yang paling sesuai untuk Rayqal. Depan aku, dia kata lain. Belakang aku, dia buat benda lain dengan perempuan lain. Bukan setakat itu sahaja, penipu pun sesuai jugak untuk dia.

Patutlah sehari sebelum aku ternampak dia di restoran semalam, dia sudah berhenti menelefon atau hantar sebarang mesej. Rupanya dah ada perempuan lain sampaikan dah lupa aku dan dah lupa janji dia terhadap aku. Agaknya bukan setakat lupa tapi dah tak ingat yang dia pernah berjanji dengan aku.

Rayqal lebih teruk dari Airil.

Walaupun aku dah mula bencikan Airil tapi bukan bermakna aku akan lupakan kenangan antara kami, dia lelaki yang baik. Dia tewas untuk mempertahankan hubungan kami kerana ada yang menghalang. Jauh berbeza dengan Rayqal yang hanya tahu mainkan perasaan perempuan, rasanya baru seminggu dia berjanji akan buat aku lupakan Airil dan akan ubah sikapnya tapi semalam aku sendiri yang nampak, dia bersama perempuan lain.

Tapi kali ini, tiada sedikit pun rasa sedih yang bertandang ketika melihat Rayqal dengan perempuan lain. Hanya ada secebis kecewa sahaja kerana aku terlalu mudah memberinya peluang sedangkan aku sudah tahu yang dia seorang lelaki yang selalu menukar pasangan.

Kalau tak kerana ada Iskandar bersamaku semalam, sudah lama aku serang Rayqal dan perempuan itu. Tapi itu cerita semalam, tak bermakna hari ni tak boleh buatkan? Aku mula tersenyum sendirian.

Selesai masukkan telefon ke dalam tas tangan, aku segera keluar kereta. Sekitar jam lapan malam, aku ke apartment yang Rayqal tinggal sekarang, sebelum ke Bali lagi Tiara ada memberitahu yang Rayqal sudah berpindah ke sini. Aku ada urusan yang perlu diselesaikan dengannya.

Keluar saja dari perut lif, aku mencari unit apartment miliknya. Menurut Tiara, Rayqal sudah mula berkerja sekarang, menguruskan syarikat perkapalan milik keluarga.

Selepas empat kali aku menekan loceng, pintu akhirnya di buka. Wajah Rayqal sepertinya terkejut itu aku tenung dan aku mula memandang tepat ke arah anak matanya yang cuba dilarikan ke arah lain.

"Kenapa terkejut?" Aku bertanya.

"You tiba-tiba ada kat sini, I tak cakap kat sesiapa pun yang I tinggal sini."

"Tiara," jawabku pendek untuk memberi jawapan kepada kemusykilannya. Tanpa diundang, aku terus masuk ke dalam.

"Kenapa you datang sini?" Rayqal mula bertanya ketika kami berada di ruang tamu. Aku tak pedulikan pertanyaannya, malah aku mula mencari bilik tidurnya di mana.

"You buat apa ni?!" Suaranya jelas kedengaran menengking aku yang sudah temui bilik tidurnya. Aku masuk ke dalam lalu memerhatikan segenap ruang.

"Mana tahu kot-kot you bawak balik perempuan."

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now