Aku ingatkan Zarif akan datang pujuk aku tetapi aku salah. Selepas aku sindir makcik mulut puaka tu, aku terus masuk ke bilik. Memang aku marah tapi dalam masa yang sama, aku harapkan Zarif masuk ke dalam bilik untuk berjumpa dengan aku kalau dia tak nak pujuk sekali pun. Tapi bila fikir balik, kenapa dia kena pujuk aku? Kenapa pulak aku boleh berharap?
Rata-rata tetamu sudah pun pulang ketika aku masuk ke bilik tadi memandangkan hari sudah lewat petang. Makcik mulut puaka tu bermalam di rumah dari semalam lagi dan malam ini pun sama. Masuk saja ke bilik, aku tak keluar pun. Malas nak hadap saudara papa yang lain, kebanyakannya mulut puaka macam MakCik Rosmah.
Lagi lima belas minit sebelum pukul lapan, Zarif masih lagi tidak kelihatan. Tadi, dia minta izin untuk masuk ke bilik aku bagi menunaikan solat asar. Dia tak nak solat maghrib ke? Leka memikirkan di mana Zarif, aku terdengar pintu bilik diketuk beberapa kali.
Punyi pintu di buka dari luar membuatkan aku tergesa-gesa menarik gebar ke paras dada. Posisi tidurku mula beralih mengiring ke arah bertentangan. Suara Zarif kedengaran memanggil namaku namun aku abaikan, sebaliknya memejamkan mata serapat yang mungkin dan berpura-pura tidur.
"Farisya." Terasa bahuku disentuh selepas itu. Namaku dipanggil sekali lagi, kali ini aku dapat merasakan ruangan kosong ditepiku terhenyak menandakan dia duduk di sisiku.
"Aku tahu kau tak tidur, bangun kejap."
"Kau nak apa? Bising la." Dalam keadaan malas, aku bangun dari berbaring. Badan aku sandarkan di kepala katil.
"Dah solat maghrib?"
"Kan dah kata petang tadi tak boleh," bohongku supaya Zarif berhenti bertanya. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku solat.
"Ingat nak masuk solat sini tadi tapi papa ajak berjemaah dekat ruang tamu."
Terjawab pertanyaan aku, apa yang dia buat kat luar. Petang tadi, papa menyuruh Zarif pindahkan barang-barangnya masuk ke bilik aku. Pada awalnya aku ingin membantah tapi bila fikir balik, akhirnya aku juga yang akan mengalah. Jadi aku biarkan saja.
"Aku minta maaf pasal tadi." Zarif berkata setelah agak lama kami berdiam.
"Which one?"
"Yang aku termarah pasal panggilan tu, yang aku kata aku hadap." Dia berterus-terang mengenai salahnya.
"Dah biasa, tak apa. Just terkejut sebab kau kan nampak baik, tiba-tiba je naik suara macam tu." Jujur aku kata, memang aku terkejut.
"Aku tak boleh dengan perempuan yang mengada-ngada." Mendengarkan kata-katanya tawa halus mula kedengaran.
"Kalau macam tu, kau kahwin dengan orang yang salah," ujarku memberitahu yang perangai itu ada padaku.
"Mengada-ngada, gedik, semua yang tak elok ada pada aku." Kalau nak senaraikan perangai aku, rasanya Zarif akan meluat. Belum masuk lagi sisi aku yang satu itu.
"Kau boleh tahan ke dengan perempuan macam aku?"
"Kalau aku tak boleh tahan dengan perangai kau tu apa akan jadi?"
Eh dia ni! Orang tanya dia, dia tanya balik.
"Apa lagi? Kalau tak tahan, cerai je lah." Hanya itu saja yang bermain di fikiranku. Jalan yang mudah adalah bercerai.
"Kalau macam tu, aku akan tahan." Walaupun dia duduk bertentangan denganku tapi aku nampak dia tersenyum.
"Selain daripada kau rasa bertanggungjawab, apa sebab lain kau nak kahwin dengan aku?" Tanyaku kerana inginkan alasan lain kenapa dia berkahwin denganku. Tak mungkin kerana alasan itu saja, pasti ada alasan lain.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...