Epilog

103K 4.3K 2K
                                        

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

"Kalau Risya nak apa-apa, boleh bagitahu mama." Dia tarik aku ke dalam dakapannya lagi, sepertinya mahu berikan kekuatan kepadaku. Senyuman manis diberikan selepas itu namun yang aku nampak ada kesedihan berselindung di sebaliknya.

Untuk seketika, kereta yang dipandunya hilang dari pandangan mataku. Sudah sepuluh hari berlalu namun Aunty Aliyah akan datang ke sini pada setiap pagi, tidak cukup dengan itu pada malamnya pula dia akan menelefon aku dan bertanyakan soalan yang sama. Adakah aku memerlukan sesuatu? Dan ada satu pesanan yang dia akan titipkan, dia mahu aku sentiasa kuat, supaya tidak larut dengan perasaan sedih dan perlu ingat yang aku sedang berbadan dua.

Aku angkat wajah apabila terdengar bunyi enjin kereta, si empunya memakirkannya di luar dan aku lihat seorang perempuan menghampiri pagar. Dia kuntumkan satu senyuman untukku ketika berjalan masuk ke dalam, raut wajah itu aku perhatikan seketika. Aku masih lagi ingat siapa dia, mana mungkin aku lupa. Orang yang sama aku temui di hospital bersama Zarif dan orang yang sama aku jumpa ketika berada di rumah Aunty Aliyah.

"Farisya, I'm sorry for your loss." Dia peluk aku seraya mengucapkan takziah.

"Who are you actually?" Terus aku tanya ketika dia lepaskan pelukan. Dari awal aku ternampak dia, perasaan ingin tahu semakin membuak.

"Mawar." Dia perkenalkan diri dengan senyuman yang kelat. Kelihatan serba-salah mahu tersenyum.

"And you're not what I think, right?" Pandangan tunak terhala kepadanya, dari atas ke bawah aku merenungnya. Dia memakai blouse labuh hingga ke paras lutut berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar slack berwarna putih manakala rambut panjangnya dilepaskan.

"I don't know what you think, saya dengan Amril cuma berkawan." Jawapannya itu memberikan sedikit perasaan lega. Semenjak berbada dua, fikiranku selalu merawang jauh memikirkan sesuatu yang tak pernah terjadi.

"Jemput masuk." Aku ajak dia masuk ke dalam rumah memandangkan kami sudah berada di depan pintu utama. Baru saja aku ingin melangkah masuk ke dalam selepas Aunty Aliyah pulang, Mawar tiba-tiba saja muncul di sini.

"Saya bekerja kat unit kaunseling di hospital tu. Ada ternampak Amril beberapa kali, dalam dua minggu macam tu. Saya macam teragak-agak nak tegur takut salah orang, dah lama tak jumpa dan masa sekolah dulu bukan rapat sangat." Mawar membuka bicara apabila aku menjemputnya duduk di ruang tamu.

"Hari-hari saya nampak dia kat hospital. Nampak gelisah, kusut dan macam tengah fikirkan sesuatu. Saya tegur tapi dia kata tak ada apa-apa." Dia berhenti seketika dan memandangku, sepertinya ingin bertanya kalau aku tidak kisah mendengar apa yang bakal katakan.

"I'm okay." Aku terus bersuara, aku ingin tahu apa Zarif lakukan sepanjang hari-hari terakhirnya.

"Saya dapatkan phone number dia, call dan tanya kenapa tapi dia tetap dengan jawapan yang sama. Saya nak jumpa dia kat hospital, dia setuju. Saya buat semua ni sebab sayangkan dia sebagai kawan."

Bukan Untuk DimilikiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang