Bab 16

53.6K 2.9K 795
                                        

Kan hakak dah cakap dia bukan bidadari turun dari langit, bukan puteri kayangan 😹

Mungkin sebelum ni heroin aku semua baik-baik. Melissa yang suami selalu bagi janji palsu pun tetap setia, Ariana yang suami kaki dera/pukul pun setia jugak. Baik kan? 🌚

Ni kita bagi kelainan sikit ya, anak-anak? Tak tahu kenapa aku jadi malu dengan segan sebab buat watak Farisya macam ni 😩😂

Pagi itu aku tersedar dalam dakapan Rayqal, aku merenung ke arah wajahnya yang sempurna itu. Tiada cacat celanya pada raut itu, kedua-dua belah keningnya terlukis elok. Beralih ke arah kelopak matanya, aku suka sangat bila mata itu renung aku. Pandangan mata mula turun ke arah hidung mancungnya yang terletak elok di situ, akhir sekali bibirnya.

Mungkin semua ini kedengaran seperti gila tapi apa yang terjadi semalam begitu indah sekali. Aku tak menyesal kerana Rayqal berikan satu perkara yang tak mampu aku zahirkan dengan kata-kata sebagai balasan. Apabila aku terjaga dari tidur tadi, lelaki yang bernama Airil Zafran bagaikan lupus di dalam ingatanku.

Aku sentuh setiap inci wajah Rayqal. Betul lah apa yang dia katakan sebelum ini, dia ingin hilangkan rasa kecewa yang aku rasai dan dia sudah berjaya hilangkan.

"Sebab tu I suka dia."

"Rayqal dengan I membesar bersama. Hari-hari tengok dia sebab tu boleh suka."

"I tak anggap dia macam sepupu."

Tanganku yang menyentuh wajah Rayqal kaku, aku mula berasa resah tatkala teringatkan kata-kata Tiara. Pengkhianatan juga kah sekarang ini? Adakah aku sedang mengkhianati Tiara ketika ini?

Tidak.

Suara hati mula memainkan peranan, membisikkan sebaliknya. Aku sedang menkhianati Tiara yang banyak membantu aku sewaktu Airil tinggalkan aku terkontang-kanting. Tiara yang bawa aku keluar dari rasa sedih kerana dikecewakan dan aku balas kebaikannya dengan tidur sekatil bersama lelaki yang dia cintai.

Bukankah ini lebih teruk daripada apa yang papa lakukan? Aku khianati kawan aku sendiri, kawan yang banyak menolong aku.

Perlahan-lahan aku alihkan tangan Rayqal yang sedang memeluk pinggangku. Pakaian yang berterabur di atas lantai bilik aku kutip lalu disarungkan ke tubuh. Aku pandang Rayqal yang masih lagi lena kerana kepenatan.

Ini satu kesilapan, aku tidak sepatutnya datang ke sini semalam. Apa yang terjadi antara aku dengan Rayqal sepatutnya tidak patut terjadi. Kami terlanjur semalam atas dasar nafsu.

Bukan kah sebelum ini aku bertekad untuk menjauhi Rayqal? Salah satunya adalah kerana Tiara tapi kenapa aku langgar semua itu? Aku sedang mengkhianati Tiara dalam diam.

Aku mula bertanyakan satu soalan kepada diri sendiri, cintakah aku pada Rayqal?

Jawapannya, tidak. Aku tak cintakannya, dia sekadar peneman ketika aku menangis dan semalam pula terjadi hanya kerana keinginan nafsu. Aku perlukannya semalam kerana ingin hapuskan rasa sedih, langsung bukan kerana cinta.

Aku melilau mencari sesuatu di atas meja kerjanya, kertas dan pen aku capai lalu mencatatkan sesuatu di situ. Aku tinggalkannya di atas meja lampu, pandangan mata jatuh pada seraut wajah Rayqal yang masih lena.

Thank you for last night
But I think it was a mistake
I'm sorry Rayqal
We're done here, bye.

Aku tinggalkan apartmentnya selepas itu. Ini adalah keputusan yang terbaik, aku harus berhenti berhubungan dengan Rayqal demi Tiara. Lagi pun, aku rasa sisinya yang satu lagi itu akan muncul kalau aku terus bertemu dengannya.

Bukan Untuk DimilikiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang