Buka saja pintu, orang pertama yang aku nampak adalah Iskandar. Secara automatik mataku mula berputar ke atas menunjukkan reaksi menyampah. Tengok dari jauh pun dah menyampah, belum lagi dia buka mulut untuk membebel. Ketika ini matahari sudah naik terpacak menandakan waktu sudah siang.
"Semalam kau pergi mana?" Iskandar terus ajukan soalan itu. Aku tidak memberitahu sesiapa pun termasuklah Iskandar ke mana aku pergi selepas selesai bercakap dengan Airil semalam.
"Kau tanya kawan kau," jawabku malas. Iskandar dan Airil macam belangkas masa sekolah dulu, rapat sangat.
"Aku tunggu kau kat sana dua jam, Risya. Lama sangat, at least call cakap yang kau dah balik."
"Aku ingatkan kau risaukan aku hilang macam tu je but I was wrong, aku ni bebanan je sebab buat kau tunggu dua jam." Rambut aku kuakkan ke belakang, senyuman herot terukir di bibir.
"Kalau aku mati agaknya kau tak akan kisah. Lagi suka kan?"
"Farisya!"
"Aku rasa aku dah hilang Faris Iskandar yang dulu. Kat mana agaknya dia?" Aku bertanya sambil memandang ke arahnya. Seperti kebiasaannya, mataku akan terasa hangat. Mungkin Iskandar masih lagi berasa sedih atas kehilangan Ayreen tapi aku terkilan bila dia seolah-olah menyebelahi Airil sedangkan aku kakak kembarnya. Papa juga sama, kenapa mereka buat aku macam ni?
"Masa mama pergi dulu, kita sama-sama bagi dorongan untuk bangkit. Bila Ayreen pergi, aku beri ruang untuk kau dan aku ada setiap kali kau perlukan aku. Maybe Airil pergi dari hidup aku dengan cara berbeza tapi kau dengan papa buat aku tak wujud langsung."
Iskandar tanpa sepatah bicara mendengar apa yang aku katakan. Setiap kali kami bergaduh mengenai hal ini, aku yang akan tewas. Belum apa-apa lagi sudah menangis, lemah.
"Aku cuma nakkan satu benda je, perhatian dari kau dengan papa. Tapi korang berdua biarkan aku sendirian."
Selepas Airil mengambil keputusan putuskan hubungan kami, air mata yang selalu menemani. Mereka berdua tiada untuk aku waktu itu, tiada bahu untuk aku menangis dan tiada pendengar untuk meluahkan rasa kecewa. Hanya aku sendirian yang cuba merawat luka tinggalkan. Waktu aku beritahu aku ingin bercuti untuk menenangkan fikiran, mereka sepatah pun tidak bertanya aku ingin ke mana dan di sini aku bertemu Tiara.
"Kalau mama dengan Ayreen ada mungkin aku tak rasa kecewa macam ni. Aku tak akan berubah sebab mereka akan ada untuk aku."
Iskandar mula menghampiri aku, tubuhku dirangkul ke dalam pelukan. Tangisan aku mula kuat kendegaran, pelukan Iskandar tak sama seperti dulu. Aku rasa tak selemat seperti kebiasaannya.
"Aku nak mama dan Ayreen." Selepas mama pergi, kami pindah ke sini, Ayreen adalah orang pertama yang cuba rapat dengan aku. Kawan yang paling baik pernah aku ada.
"Kalau boleh hidupkan mereka semula aku akan buat tapi aku manusia biasa je Risya. Tak mungkin orang yang dah tak ada boleh hidup semula." Ada duka yang terselit ketika Iskandar berkata. Ayreen musuh sejatinya di sekolah selepas itu bertukar cinta matinya, kehilangan amat dirasai.
"Farisya yang aku kenal sangat kuat. Masa mama pergi dulu, kau yang selalu nasihatkan aku untuk terima kenyataan. Kita sama-sama bangkit." Aku melepaskan pelukannya. Mata kami bertaut, mengingati kejadian sebelas tahun lalu.
"Masa Ayreen pergi, kau jugak yang ada dengan aku. Beri nasihat untuk terima satu lagi kenyataan yang orang kita sayang dah tak ada—"
"Tapi kenapa bila dia tinggalkan kau, kau jadi macam ni? Tak sekuat Farisya yang ada untuk aku ketika mama dan Ayreen pergi."
Aku selalu berikan nasihat dan kata-kata semangat ketika Iskandar kehilangan Ayreen tapi bila situasi yang hampir sama terkena pada sendiri, aku tak mampu untuk guna pakai semula semua itu. Hanya tahu untuk pulihkan semangat orang lain tetapi tidak mampu untuk lakukan kepada diri sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...