Bab 8

62.1K 3.7K 900
                                        

Selesai memilih makanan di buffet, aku mencari tempat yang sesuai untuk bersarapan. Melihatkan tiada tempat kosong, aku mula merengus dalam diam. Rela dalam terpaksa aku berjalan ke arah meja yang diduduki oleh Rayqal kerana tempat lain sudah penuh dengan pengunjung lain.

Tanpa mempedulikan Rayqal, aku mula menjamah sarapan pada pagi ini. Semalam, aku ikut Tiara datang ke Bali kerana kerjanya sebagai model sambilan menuntutnya untuk ke sini. Kerana bosan bersendirian di rumah dan aku sudah penat mendengar leteran dan bebelan dari papa dengan Iskandar, tanpa berfikir panjang aku temankan Tiara ke sini.

Petang semalam, aku ke lapangan terbang seperti yang dijanjikan. Pada awalnya, aku fikir Rayqal hanya ke sana untuk menghantar Tiara. Ternyata telahan aku salah, rupanya dia ikut sekali. Kena pula masa atas flight semalam dia duduk di sebelah aku. Semenjak dia tunjukkan perwatakannya yang satu itu, aku jadi tawar hati untuk mendekatinya.

"You memang sengaja mengelak dari I kan? Mogok dari bercakap dengan I. Kan?"

Rayqal bertanyakan soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Aku memandangnya sekilas sebelum menyambung kembali bersarapan. Sesekali aku akan melihat skrin telefon, sebenarnya aku menantikan seseorang untuk mengucapkan sesuatu kepadaku.

"You are waiting for him to wish 'happy birthday, Farisya. I love you'. Isn't?"

Suara Rayqal yang sekali kedengaran membuatkan aku berhenti menyentuh skrin telefon. Mungkin dia perasan yang dari semalam lagi aku lakukan perkara yang sama, menunggu Airil menghantar mesej atau apa saja sempena ulang tahun kelahiranku semalam. Namun harapanku terkubur tatkala hari semalam mula melabuhkan tirainya tapi aku masih lagi berharap pada hari ini. Airil tidak pernah terlepas, kadang-kadang dia yang pertama dan juga kadang-kadang dia yang terakhir.

Dia bukan kekasih kau lagi, Farisya. Suami orang, kenapa kau harapkan lagi sedangkan dia dah buang kau dari hidup dia? Berlegar-legar kata-kata itu di fikiranku. Aku masih lagi setia untuk berharap.

"Somebody is writing pages about you, yet you're chasing the one who won't even send you a text."

Aku meletakkan garfu di sisi pinggang setelah Rayqal berkata lagi, matanya aku renung. Somebody itu merujuk kepadanya. Aku tak tahu apa yang tak kena dengan Rayqal tapi dia betul-betul maksudkan apa yang diperkatakan tempoh hari.

"Stay on your own lane, mind your own business," ujarku memberi amaran. Kadang-kadang Rayqal terlalu mendesak aku untuk menerimanya.

"Dia tinggalkan you, maknanya apa?" Rayqal bertanyakan soalan yang sama. Sudah banyak kali Rayqal bertanyakan soalan ini dan telah membuatkan aku muak.

"Dia tak pilih you, Farisya. Dia pilih orang lain. Lupakan dia."

"Rayqal." Aku menyebut namanya, rasa geram aku cuba sembunyikan. Dia dan Iskandar sama-sama menguji kesabaran aku.

"You tak berada kat tempat I, you tak rasa apa yang I rasa. You tak akan faham sebab you tak pernah kena tinggal dengan orang you sayang dan you tak pernah kecewa kerana cinta." Aku bangun untuk meninggalkan tempat itu dengan kadar yang segera kerana sudah tidak betah untuk berada di situ.

"Macam mana you nak rasa kecewa sebab you ni pun sama macam Airil. Jadikan perempuan sebagai kekasih, janji macam-macam lepas tu mintak putus macam tu je." Aku berkata lagi, dia mendongak sedikit untuk memandang ke arahku.

"Lagi pun you tak akan tahu dan tak akan rasa apa itu cinta sebab you ni jenis yang suka mainkan perasaan perempuan!"

Selesai menghamburkan kata-kata itu, aku buka langkah untuk tinggalkan Rayqal. Mata-mata yang sedang memandang aku biarkan saja. Aku tak ada masa nak ambil tahu, lantak dorang nak fikir apa.

Bukan Untuk DimilikiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang