Bab 69

55.4K 3.3K 378
                                        

Penantianku selama empat hari seperti yang dia janjikan tidak berakhir secepat itu, penantianku ini berterusan sehingga minggu ke tiga atau lebih tepat sudah dua puluh hari. Pada pagi itu sebelum dia berangkat ke London, dia memberitahuku dia akan pulang selepas empat hari tetapi sampai sekarang aku belum nampak bayangnya. Aunty Aliyah dan Airil sudah pulang selepas pada hari yang dia janjikan manakala Azril tetap akan berada di sana sehingga pengajiannya tamat.


Aunty Aliyah kata, mereka terpaksa menunggu sehingga wasiat dibacakan. Segala harta peninggalan diserahkan kepada tiga beradik itu dan aku dengar cerita isteri mudanya hanya mendapat sebuah rumah yang mereka diami di London dan kebetulan mereka tidak mempunyai anak bersama. Apa lagi mengamuk sakan la, nampak sangat kahwin kerana harta.

Sekarang ini yang aku risaukan adalah Zarif, kenapa dia tidak pulang bersama Aunty Aliyah dan Airil? Aku ada mencuba menghubunginya banyak kali namun panggilanku tidak dijawab dan mesej yang kuhantar tidak terbalas, dua puluh hari menanti dia tidak kunjung tiba dan meninggalkan aku keseorangan di sini dengan satu khabar gembira yang sampai ke hari ini tidak terluah. Aku belum beritahu sesiapa tentang kandunganku yang hari ini sudah berusia lapan minggu kerana aku ingin Zarif menjadi orang pertama yang mendengar berita gembira ini.

Bila aku tanya Aunty Aliyah kenapa Zarif tidak pulang bersamanya, dia jawab Zarif ada banyak kerja yang perlu dilakukan di sana memandangkan ayahnya yang selalu menguruskan cawangan Kingdom di London sudah tiada jadi Zarif yang terpaksa uruskan seketika. Aku boleh faham semua ini tetapi kenapa Zarif sampai abaikan aku. Aku ada buat salah ke? Atau aku yang terlebih fikir? Yang dia sebenarnya hanya sibuk sangat.

"Aku ingatkan kau pergi rumah Aunty Aliyah." Suara Iskandar yang menegur membuatkan aku terjaga dari khayal yang jauh.

"Buat apa kat sana?" Alat kawalan jauh aku capai dan terus tekan 'off' untuk mematikan tv. Entah apa rancangan yang disiarkan, aku tidak pasti kerana banyak mengelamun.

"Kan Amril ada kat sana."

"Dia ada kat sana?" Aku pandang Iskandar yang mengambil tempat duduk bertentangan denganku.

"Kau tak tahu ke?" Dia sendiri kelihatan pelik kerana aku tidak tahu tentang suami sendiri.

"Tak," jawabku sepatah. Ada debaran hebat menyapa, luluh hatiku apabila mendengarnya sampaikan aku dapat rasa ada tusukan halus di hati. Kenapa dia langsung tidak memberitahuku tentang kepulangannya? Aku menanti setiap hari dan pada malam sebelum dia ke London, dia sudab kelihatan dingin denganku, seolah-olah ingin menjauhkan diri.

"Risya?"

"Hurm."

"Kau ada masalah ke?" Iskandar yang tadinya sibuk memandang skrin telefon kini memberi sepenuh perhatian kepadaku.

"Tak ada."

"Selalunya jawab tak ada ni maksudnya ada." Dia bangun dari situ dan duduk di sebelahku.

"Kau boleh bagitahu aku."

"Dia kata nak pergi empat hari je tapi sekarang dah masuk tiga minggu." Kerana aku tahu aku boleh harapkan Iskandar, aku luahkan masalah yang sedang membelenggu.

"Dia busy kot." Iskandar cuba memujukku dengan alasan Zarif sibuk.

"Busy? Sampai tak angkat aku call, aku whatsapp dia tak balas. Busy sangat ke? Aku ni isteri dia tau. Sampaikan ada kat rumah mama dia pun aku tak tahu." Laju saja mulutku meluahkan rasa tidak puas hati, sepanjang tempoh tiga minggu ini aku rasa macam hilang suami. Kadang-kadang rasa seperti dia sudah lenyap dari hidupku.

"Ayah dia baru je meninggal, maybe dia perlukan ruang dengan masa." Iskandar memeluk bahu dan menepuk lenganku.

Entah la, aku rasa macam segala-galanya tidak kena. Kalau betul dia perlukan masa, kenapa sampai abaikan aku? Perangainya yang suka berahsia itu sudah kembali semula dan membuatkan aku rasa tidak senang dengan situasi sekarang.

Bukan Untuk DimilikiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang