Majalah di tangan tidak lagi menarik perhatianku tatkala terpandangkan wajah Iskandar yang terjengul di sebelik pintu. Tidak menunggu lama, dia terus masuk ke dalam lalu mengambil tempat duduk di birai katil. Dia mula memandangku dengan hairan.
"Kenapa kau ada kat rumah?"
"Kalau keluar nanti tanya kenapa keluar. Bila dah ada kat rumah, di tanya pulak kenapa ada kat rumah." Aku mencebik tanda geram, majalah di tangan aku lemparkan ke tepi. Manusia, ini tak kena, itu tak kena, serba-serbi tak kena.
"Pelik lah," kata Iskandar sambil memandangku.
"Apa yang pelik? Tak pelik pun!" Aku sangkal apa yang Iskandar katakan. Wajahnya yang keletihan itu aku pandang, dia masih lagi dalam pakaian pejabatnya. Tali leher dilonggarkan dan lengan baju kemeja disinsing hingga ke siku.
Aku menoleh ke arah pintu gelangsar, di luar kelihatan sudah semakin gelap menandakan malam yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sudah seminggu aku pulang dari bercuti di Bali dan sepanjang seminggu itu juga lah aku terperap di rumah, malas hendak keluar ke mana-mana. Ini yang menyebabkan Iskandar hairan apabila melihat aku berada di rumah waktu sebegini.
"Tanya je, selalu masa ni kau dah tak ada kat rumah," kata Iskandar. Memang selalunya aku sudah tiada di rumah waktu ini, menjelang petang sebelum papa dan dia pulang, aku sudah angkat kaki dari rumah ini. Mengelak dari bertembung dengan mereka.
"Malas nak keluar."
"Ada apa-apa jadi kat Bali?" Iskandar bertanya dengan nada yang musykil, seolah-olah tahu ada sesuatu yang terjadi.
"Tak ada."
"Ada, cakap cepat." Dia mula memaksa.
"Malas lah."
"Cerita la." Suaranya sehabis lembut ketika menuturkan ayat itu. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Eeii? Menyampah hakak!
"Aku jumpa kawan kau kat sana."
"Siapa? Airil?"
"Siapa lagi kalau bukan dia?" Aku berikan satu jelingan ke arahnya. Aku mula berbaring di atas katil, mata memandang ke arah siling.
"Kau cerita pasal aku kat dia?" Iskandar teragak-agak untuk mengangguk, aku berikan satu rengusan kepadanya.
"Dah dia tanya."
"Lepas ni jangan cakap apa pun pasal aku kat dia."
"Apa yang jadi kat Bali?" Iskandar tanya lagi setelah aku membisu tanpa bicara selepas memberikan dia amaran sebentar tadi.
"Dia tak cerita kat kau ke?"
"Tak." Iskandar pandang aku, memberi isyarat supaya menceritakan apa yang sebenarnya terjadi di sana.
"Dia ajak aku kahwin." Aku bangun kembali dan duduk bersila seperti Iskandar. Dia kelihatannya seakan terkejut.
"Dia tak nak ceraikan isteri dia."
"Lepas tu apa jadi?"
"Aku mengamuk la, apa lagi." Kejadian seminggu yang lalu mula berlegar di fikiran. Paling aku rasa puas sekali, aku dapat tampat Airil.
"Kawan kau tu, dah gila agaknya." Disebabkan rasa marah yang memuncak, aku luahkan kepada Iskandar dengan memanggil Airil sebagai kawannya.
"Nak ajak aku kahwin lari. Dia ingat aku terdesak sangat ke nak buat dia jadi laki aku?" Hujung gebar aku cengkam sekuatnya, membayangkan itu adalah Airil.
Aku tak rela bermadu, tambah lagi kalau aku yang kedua. Eei! Tolonglah! Aku tak tahu apa yang merubah Airil sehingga dia menjadi begitu. Agaknya kena sampuk lepas berkahwin kot, tu yang jadi tak betul.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...