Bermula daripada persetujuan aku dan Airil untuk menjadi kawan seperti dulu, dia kini sudah mula bercakap dengan aku seperti biasa. Selalunya, nampak aku dari jauh dia akan mengelak tapi sekarang ini sudah pandai berbual semeja ketika makan. Perubahannya itu membuatkan aku rasa tidak sabar untuk meneruskan rancangan yang seterusnya.
"Aku rasa dah lama kita tak..."
"Tak apa?"
Iskandar entah dari mana menyibuk secara tiba-tiba, inilah padahnya bila aku tidak menutup rapat pintu bilik. Terus hilang nama Airil dari fikiran dan aku lupakan seketika mengenai rancanganku yang satu itu, Iskandar berjalan masuk ke dalam bilikku.
"Selalunya dalam seminggu, kau akan datang kat, cerita masalah kau." Iskandar mula mengambil tempat di birai katil.
"Tak ada masalah, kalau ada pun aku dah malas nak cerita kat kau." Aku memandangnya sekilas dan memberikan satu jelingan.
Selepas mama pergi, aku selalu mengadu masalah pada Iskandar dan sudah menjadi tabiat selepas itu. Sekarang ini, aku sudah tawar hati untuk bercerita apa-apa masalah aku kepadanya. Semenjak kejadian di mana Iskandar tahu papa bakal berkahwin dengan Aunty Aliyah, hubungan aku dengannya sedikit renggang. Ada juga kadang-kadang dia cuba rapatkan hubungan kami tapi aku tak endahkan, aku masih lagi terasa hati dengannya.
"Kau marah aku lagi?" Iskandar kelihatannya masih lagi belum mengalah. Selalunya bila aku tidak endahkannya, dia akan berputus asa tapi kali ini tidak.
"Memang aku marah sangat dengan kau! Aku rasa kau ni sama je dengan papa!" Aku hamburkan kata-kata itu kepada Iskandar, dia hanya terdiam memandang ke arahku.
"Tergamakkan kau buat aku macam ni, Is. Kita ni adik-beradik tapi kau rahsiakan dari aku yang papa nak kahwin dengan Aunty Aliyah." Aku ungkit kisah beberapa minggu yang lalu kerana ini yang mengakibatkan hubungan kami renggang. Sampai sekarang aku tidak akan maafkan Iskandar kerana dia rahsiakan perkara ini dari pengetahuan aku.
"Aku pun baru tahu, Risya. Malam sebelum Aunty Aliyah datang ke sini, papa baru cakap kat aku yang dia nak kahwin." Iskandar seperinya sedang menerangkan perkara yang sebenar, yang dia juga baru saja tahu mengenai bakal isteri papa.
"Aku cuba nak cakap kat kau yang papa nak kahwin lagi tapi aku takut kau tak boleh terima..."
"Kau ingat aku boleh terima la kalau aku tahu sendiri?!" Aku pintas kata-katanya, nampaknya kami bakal berdebat lagi mengenai hal ini.
"Aku minta maaf, Risya. Aku tak ada niat pun nak berahsia dari kau sebab aku sendiri pun terkejut," kata Iskandar seakan mengalah. Aku tidak memberikan sebarang respon.
"Tapi aku suka sangat bila kau dah mula masuk kerja," katanya lagi sambil tersenyum. Dari hari pertama aku kembali bekerja, Iskandar yang nampak paling gembira sekali.
"Aku nampak kau dengan Airil macam okay je sekarang." Bila nama Airil disebut, aku mula memandang ke arah Iskandar.
"Kenapa? Tak boleh ke? Kalau aku terhegeh-hegeh lagi dengan dia, kau mula lah nak ceramah suruh move on la apa la." Aku berkata dengan nada yang menyindir namun Iskandar hanya tersengih.
"Tapi bagus la kalau kau dengan dia dah okay." Iskandar teruskan berkata.
"Dan aku harap sangat yang kau baik dengan dia bukan bersebab..."
"Apa?" Aku sekali lagi memintas kata-katanya. Iskandar kadang-kadang boleh baca apa yang bermain di fikiran aku, contohnya sekarang.
"Kau nak cakap aku baik dengan dia ada sebab la ni?" Aku lontarkan kembali kata-kata itu dari pahaman aku. Iskandar nak kata yang aku baik dengan Airil bersebab?
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...