Bila aku bangun dari tidur, dia sudah bangun lebih awal dariku dan bila aku balik dari pejabat, dia sudah ada di rumah. Perkara ini berlanjutan hingga ke hari ini, dua minggu sudah berlalu semenjak kami berkahwin. Masa yang aku ingin cari bila ketiadaan Zarif agak rumit kerana ini. Dia sentiasa ada di bilik dan telah membataskan aku untuk mencuri tengok barang-barangnya.
Hubungan aku dan dia? Tiada sebarang perubahan, sama saja seperti dulu. Bagaikan orang asing yang tinggal sebilik, hanya bertembung sebelah pagi sebentar dan begitu juga pada waktu malam. Aku tidak pernah tanya, dia tak ingin balikkah semula ke England? Bukan ke dia balik dulu kerana ingin memberi kejutan kepada mamanya? Tapi situasi sekarang sudah berbeza, aku dan dia sudah terikat dengan ikatan perkahwinan.
Pintu bilik aku tutup apabila masuk ke dalam, pandangan mataku bertembung dengan Zarif yang sedang membaca sesuatu. Kelihatannya seperti sedang meneliti satu dokumen. Sampai sekarang aku tak tanya, dia kerja apa, dulu belajar apa, dekat mana dia belajar. Kami berkahwin dalam masa yang begitu singkat, tiada masa untuk mengenal hati budi masing-masing dan juga, mungkin kerana sikap aku yang tidak ingin ambil tahu.
Tanpa menghiraukan kehadirannya di situ, aku terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Hampir setengah jam, baru aku keluar dengan hanya tuala yang membaluti tubuh. Terasa segar setelah seharian bekerja.
"Malam esok—"
Kata-katanya mati apabila pandangan mata kami bertembung, Zarif kaku di situ. Pandangan matanya merenung dalam ke arahku, perlahan-lahan turun ke bawah. Ditatapnya setiap inci tubuhku yang sedikit terdedah ini.
"Kenapa dengan malam esok?" Tanyaku bersahaja tanpa mempedulikan renungan matanya.
"Tak ada apa-apa," jawab Zarif lalu mengalihkan pandangan matanya. Aku dapat lihat perubahan pada raut wajahnya, merah padam seperti dulu. Memang jenis pemalu ke apa? Aku ketawa sendirian.
Mendengarkan jawapan darinya itu, aku menuju ke wardrobe untuk mencari pakaian. Fikiranku ligat memikirkan Zarif, sikapnya yang satu itu membuatkan aku tersenyum. Timbul satu idea dari akal fikiranku untuk mengenakannya, aku ingin lihat sejauh mana dia akan merasa sebegitu.
Tak salahkan kalau cuba uji sikit? Muehehe.
Aku mendekati Zarif yang sudah berdiri di depan meja kerja sambil mengemaskan barang-barangnya yang berselerakan. Belakang tubuhnya yang tegap itu aku peluk dengan erat, reaksi yang diberikan sama seperti kali pertama aku memeluknya. Hanya terkaku di situ tanpa sebarang pergerakan. Mataku terpejam rapat menikmati pelukan yang tidak terbalas ini.
"I need a hug," ujarku ketika melepaskan pelukan dari belakang tubuhnya. Kali ini aku sudah berdiri setentang dengan Zarif yang kelihatan seperti tergamam, raut wajahnya sama seperti tadi.
Dari depan aku memeluknya kembali, erat seperti tadi seakan tidak mahu melepaskannya. Wajah kusembamkan di dadanya, haruman dari tubuhnya mula meresap masuk ke dalam rongga hidungku membuatkan aku terbuai di dalam dakapan Amril Zarif.
Aku ingin mengujinya tetapi aku sendiri yang kecundang. Setelah agak lama kami berkeadaan begini, aku dikejutkan dengan sentuhan daripada Zarif. Tapak tangannya naik menyentuh pinggangku, kemudian bergerak mengusap belakang tubuhku. Perasaan tenang mula menjalar masuk di dalam diri.
"Aku perlukan satu benda lagi dari kau." Aku tiba-tiba berkata ketika merungkaikan pelukan. Wajahnya berkerut.
"A kiss," kataku lagi apabila teringatkan tujuan asal aku mendekatinya ketika ini.
"Hah?"
"Just a light kiss." Aku menyentuh wajahnya itu, terasa hangat. Manakan tidak kerana mukanya sekarang merah padam! Sangkaanku betul, seorang yang pemalu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...