"Ada lima."
Aku cebikkan bibir, muka pula sudah masam mencuka tanda tidak setuju dengan apa yang Zarif lakukan. Makin sakit hati apabila melihat dia menjongketkan kedua-dua belah keningnya dan menguntumkan satu senyuman manis untukku, lesung pipit yang jelas kelihatan di kedua-dua belah pipinya itu menambahkan lagi rasa geram.
"Pertama, jangan tinggikan suara."
Tidak akan terjadi.
"Kedua, jangan marah."
Itu sikap semulajadi aku.
"Ketiga, jangan membantah."
Bergantung pada situasinya tapi aku akan tetap membantah.
"Keempat, sentiasa senyum."
Aku memberikan protes kepadanya dengan satu jelingan maut.
"Kelima, sentiasa ada di sisi aku."
Nafas yang kuhela kedengaran berat, Zarif mengambil tempat duduk di sisiku dan tangannya memeluk bahu aku. Bantahan kepada syaratnya hanya diungkapkan kepada diri sendiri, bibir terkunci untuk menyuarakannya kerana aku terfikirkan peluang yang aku bakal miliki tiga bulan dari sekarang.
"Takut nanti kita akan gaduh bila kau marah-marah dan kau dengar cakap aku untuk tiga bulan ni sebenarnya untuk kebaikan kita bersama." Zarif ringkaskan alasan untuk syaratnya.
"I love when you smile," ujarnya sambil menyentuh hujung bibirku.
"Senyuman paling menawan yang pernah aku tengok." Terus aku menoleh ke arah lain.
"Kalau boleh, selamanya aku nak kau ada di sisi aku. Aku tak nak kau jauh dari aku." Kata-kata itu merumuskan alasan kepada syarat-syaratnya.
"Untuk tiga bulan saja," potongku dengan menekankan kenapa aku bersetuju dengan syaratnya.
"Ya lah."
"Kalau aku langgar syarat tu, apa akan jadi?" Aku bertanya dan Zarif sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
"Aku tak fikir pun apa akan jadi tapi bagus soalan ni." Ada segaris senyuman di bibirnya, apa yang ada dalam fikirannya mungkin menyenangkan.
"Kalau kau tak ikut syarat tu, simple je. I will kiss you."
"No! Tak boleh!" Aku membantah, eh kejap! Membantah?
"Number three, Farisya." Zarif angkat tiga harinya.
"Jangan membantah. Since three words so three kisses."
Segala-galanya berlaku dengan pantas, aku ingin tolak namun dia lebih tangkas. Daguku dipautnya dan satu kucupan hangat hinggap di bibir, Zarif melepaskannya seketika dan kembali mengucupnya. Aku terkaku manakala otak sudah membeku untuk memikirkan cara dan setiap anggota tubuh pula bagaikan mengkhianati diri sendiri.
"Be careful." Zarif sempat membisikkkan amaran darinya sebelum memagut bibirku untuk kali yang ketiga. Urutan lembut di bibir membuatkan aku selesa dan terbuai, dalam tidak sedar aku balas kucupannya kembali.
"It seems like you're enjoying this moment." Aku terus menjauhkan diri darinya. Senyuman di bibirnya semakin melebar, menganggap ini satu kemenangan kerana dapat menewaskan aku.
"Hati-hati, Farisya."
"Kenapa?" Aku bertanya dengan perasaan yang tiba-tiba bergelojak naik.
"Because I think I'll hear you beg me to take you."
Terasa darah panas naik menyerbu wajah, bahangnya membuatkan aku meraup muka beberapa kali.
"No! That's only what you think."

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...