Dari balkoni bilik, aku ternampak sebuah kereta berhenti di tepi jalan yang bertentangan. Seorang gadis keluar dari kereta dan mula melintas lalu berjalan ke arah pagar kecil yang terletak di tepi pagar utama. Dari jauh aku sudah dapat menebak itu siapa, orangnya memakai jubah gabungan warna pastel biru dan merah jambu manakala selendang pula berwarna putih yang coraknya mempunyai warna senada.
Apa dia buat kat sini? Pertanyaan itu berlegar-legar di fikiranku tatkala terpandangkan Hadira yang mula memasuki kawasan rumah. Senyuman di bibirnya begitu lebar sekali, menggambarkan perasaannya yang sedang gembira. Kehadiranku dari tingkat atas ini tidak disedari olehnya yang sedang berjalan menghampiri kolam ikan. Dia mula mengambil tempat duduk di kerusi batu berhampiran.
Kemudian aku ternampak Zarif yang datang dari arah bertentangan. Riak di wajah semakin berkerut melihatkan situasi ini, kenapa Zarif ajak perempuan tu datang ke sini? Semakin sakit hati ini apabila terpandangkan Hadira yang dari tadi tidak putus menguntumkan senyuman.
"Kenapa kau ajak aku datang rumah?" Hadira memulakan perbualan antara mereka berdua. Walaupun agak jauh kedudukan aku dan mereka tetapi masih lagi dapat didengari.
"Dah berapa tahun kita berkawan?" Zarif sebaliknya bertanya, dari suaranya dia kedengaran serius.
"Tiba-tiba je tanya." Tawa kedengaran selepas itu.
"Dari sekolah rendah lagi, lebih dua puluh tahun."
Aku sendiri terkejut setelah mendengarkan betapa lama mereka telah mengikat tali persahabatan. Patutlah si Hadira boleh sukakan Zarif. Tempoh dua puluh tahun merubah segalanya, dari sahabat mula dianggap cinta namun dipendam begitu saja. Apabila aku hadir sebagai isteri Zarif, dia nampak aku sebagai satu halangan dan itu yang telah membuatkan dia bencikan aku.
"Lepas sekolah, kita masih lagi jadi kawan. Masa aku terpaksa ikut papa ke England, kita masih lagi kawan. Sampai ke hari ini, kita kekalkan hubangan tu." Zarif meneruskan kata-kata.
"Ira, boleh aku nak tanya kau sesuatu?" Soalan itu kedengaran serius, senyuman di bibir Hadira pula sudah mati.
"Dalam tempoh lebih dua puluh tahun tu, kau masih lagi anggap aku sebagai kawan?" Bila Zarif bertanyakan soalan itu, fikiranku yang tadinya berserabut mulai lapang. Apa yang aku fikirkan salah, Zarif tidak pernah tahu bagaimana perasaan Hadira terhadapnya.
"Mestilah aku masih anggap kau kawan aku!" Dia ketawa lagi, aku tak tahu kenapa tapi tawanya itu kedengaran palsu.
"Aku rasa kau dah cukup faham apa yang aku tanya tadi. Selepas dua puluh tahun, kau masih anggap aku kawan atau tak?"
"Kalau tak?"
"Kalau tak, kau anggap aku apa?" Hadira ukirkan satu senyuman sinis selepas Zarif bertanya.
"Aku anggap kau lebih dari seorang kawan. Puas hati?" Ada getaran pada nada suaranya.
"Bila umur kita masuk enam belas tahun, aku start rasa semua ni sebab kau baik sangat dengan aku. Masa ayah aku meninggal, kau yang bagi support." Hadira mula menceritakan sejak bila perasaan itu timbul.
"Dan aku ada untuk kau masa parents kau bercerai. You look so depressed at that time, aku tolong untuk bangkitkan kau semula."
Perlu ke dia ungkit apa yang dia buat? Hek eleh.
"Bila kau kat England, hari-hari aku contact kau. Takkan kau tak perasan langsung Amril?"
Bagaimana dia mahu perasan semua itu kalau cuma kawan pada dia? Aku cuma menggelengkan kepala mengenangkan hal ini. Kalau aku yang isteri ni dia hanya buat-buat tak tahu, inikan pula kau yang hanya kawan kepadanya.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomansaPertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...