Bunyi air mengalir yang datangnya daripada kolam ikan memberikan sedikit ketenangan kepadaku. Semenjak aku menjadi talam dua muka, fikiranku semakin kusut. Di luar aku pamerkan kepalsuan dan di dalam pula membara ingin hapuskan segala lakonan yang aku lakonkan. Namun aku pinggirkan apa yang aku rasa untuk menjadikan semua yang di rancang sempurna.
Pandangan mata tertumpu pada ikan-ikan yang berenang secara berkelompok setelah aku campakkan makanan ikan ke dalam kolam itu. Kelibat kereta yang tiba-tiba saja dipakirkan di bahu jalan membuatkan aku terpanggil untuk ke sana. Aku kecilkan mata ketika melihat Nadzhan keluar dari kereta, tangannya mula melambai ke arahku.
"Han? You buat apa kat sini?" Aku bertanya, agak terkejut. Pernah beberapa kali dia menghantar aku pulang tapi tidak pernah singgah pun ke sini.
"Nak jumpa you la," katanya memberi jawapan kepada soalanku. Aku buka pintu pagar kecil untuk menjemput Nadzhan masuk.
"Tak nak jemput masuk dalam ke?" Tanya Nadzhan ketika aku menggamitnya untuk duduk di meja batu yang berhampiran kolam ikan.
"Kat sini je lah," kataku bersahaja. Aku malas menjemputnya masuk ke dalam kerana nanti Iskandar pasti akan sibuk bertanya mengenai siapa Nadzhan. Papa dan Aunty Aliyah pula tiada di rumah, aku tidak tahu mereka ke mana.
"You nak apa datang sini?" Aku terus bertanya mengenai kehadirannya ke sini, Nadzhan mula mengambil tempat duduk yang bertentangan denganku.
"Kenapa lately susah sangat I nak jumpa you? I miss you," ujar Nadzhan dan dia mula menyentuh tanganku. Aku biarkan saja, kalau tidak kerana kami berdua berada di sini, sudah lama dia akan memelukku tadi.
"I dah masuk kerja balik, busy." Semenjak aku bekerja kembali, masa semakin terhad dan juga aku banyak habiskan masa di rumah.
"Takkan busy sampai call I pun you tak jawab?" Nadzhan sudah tayang muka sedihnya. Agak lama aku tidak berjumpa dengannya, setiap kali dia hubungi aku melalui panggilan telefon, aku tak jawab dan mesej darinya pun aku tak balas. Tak tahu kenapa, aku sudah berasa bosan dengan Nadzhan. Mungkin kerana sekarang ini aku ingin menunpukan sepenuh perhatian kepada Airil.
"I busy sangat," kataku dengan jawapan yang sama.
"Kak Sya! Jom minum petang."
Baru saja Nadzhan ingin buka mulut, suara Ilya datang menyapa dari arah belakang. Nadzhan sudah menjengukkan kepala ke belakangku untuk melihat ke arah empunya suara, aku mula menoleh ke arah Ilya.
"Kejap lagi akak datang, korang makan dulu." Ilya akur dengan kata-kataku dan kembali masuk ke dalam. Nadzhan yang duduk bertentangan denganku masih lagi tidak lepas memandang ke arah Ilya.
"Who is she?" Nadzhan bertanyakan soalan itu.
"Entah," jawabku malas.
"Entah? Ni rumah you, takkan tak tahu?" Nadzhan yang kehairanan terus mengasakku dengan soalan. Kenapa dia kelihatan sangat berminat untuk mengetahui siapa Ilya?
"Bukan adik you kan? You kata ada kembar lelaki je kan?" Nadzhan masih lagi bertanya. Aku menjulingkan mata ke atas tanda menyampah.
"Ariii, tadi tu siapa?" Dia sudah tayang muka kesiannya.
"Isteri kepada abang tiri? Atau paling tepat isteri kepada ex."
Nadzhan memandang ke arahku seakan tidak percaya. Dia tahu mengenai Airil kerana pada malam Airil berkahwin, aku berjumpa dengannya dan dari situ aku ceritakan semuanya pada Nadzhan. Ketika papa ingin berkahwin dengan Aunty Aliyah, selain Rayqal, aku meluahkan rasa kecewaku kepada Nadzhan.
"Yang tu isteri Airil?" Dia bertanya sekali untuk mendapatkan kepastian.
"Why?"
"No wonder la Airil tu sanggup tinggalkan you."
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...