Kalau nak dibandingkan dengan dulu, rasanya ada banyak perubahan. Aku rasa aku patut berikan sedikit pujian kepada diri sendiri kerana telah mencuba dan kini hasilnya agak memberangsangkan. Kalau dulu hanya tahu panaskan makanan di dalam microwave tetapi sekarang aku cuba memasak sendiri dengan bantuan Zarif. Kalau dulu tidak tahu dan tidak boleh bezakan bahan-bahan masakan tetapi sekarang aku sudah tahu setiap nama. Kalau dulu pernah diklafikasikan sebagai 'boleh hancur dapur' tetapi sekarang tidak lagi.
"Eh?" Zarif tiba-tiba bersuara apabila melihatku yang sedang menghiris bawang."Apa eh eh?" Aku capai satu lagi bawang merah.
"Kenapa buat macam ni?"
"Dah tu?"
"Kena blend." Jawapan Zarif membuatkan aku menghentak pisau.
"Tadi kau suruh aku hiris." Ingin saja aku mencarut tapi apabila teringatkan balik yang berdiri di depan aku ini ialah suami sendiri, terus terbatal niat itu.
"Nope. Nope. Nak buat sambal udang kan, so kena blend." Zarif berkata sambil membawa blender, terus dia ambil bawang merah, bawang putih dan cili kering masuk ke dalam blender.
"Tadi kau kata nak masak benda lain kan? Kari daging kan?" Pisau yang masih lagi dipegang sebentar tadi terus aku angkat, tepat pada wajahnya namun kedudukannya saja yang jauh.
"Eh apa main pisau-pisau ni? Letak-letak." Dia ambil pisau ditangan aku dan dia letakkan di tempat asal.
"Kau tipu eh?" Aku mencebik tanda tidak puas hati. Bawang putih dan juga separuh bawang merah yang aku hiris sudah dimasukkan ke dalam blender. Apa masalah dia ni? Nak menyusahkan aku ke apa ni?
"Nak bergurau pun tak boleh ke?" Dengan senyuman penuh makna dia berkata manakala jarinya menekan suis, serta-merta bunyi yang terhasil dari blender itu memenuhi ruangan dapur.
"Tak boleh. Ingat senang ke aku yang tak pandai masak ni nak buat semua tu." Aku tarik muka masam namun dia tidak ambil pusing.
"Gurau je, mama dah siapkan semua bahan untuk kari daging. Tinggal masak je." Dengan selamba dia berkata namun api kemarahanku pula yang semakin mendidih. Aku menoleh ke arah kaunter dapur, terdapat pinggan yang sudah dipenuhi dengan bahan-bahan untuk kari daging.
"Jangan la marah." Zarif tayang muka serba salah tapi yang aku nampak dia sedang sembunyikan satu kemenangan kerana dapat mengenakan aku.
"Nak marah jugak."
"Jangan la marah. Dulu elok je ikut cakap aku tapi sekarang ni asyik nak marah-marah je, ke kena buat syarat dulu baru boleh dengar kata?" Nak kata apa yang dia baru cakap ni main-main tak juga, nak kata dia perli pun ada.
"Mari sini, tolong kacau." Melihatkan aku diam, dia bersuara sambil menunjukkan ke arah sudip yang dipegangnya.
"Kau tak rasa ke dulu tu best? Kau dengar cakap aku-"
"Tak best langsung," potongku tanpa mendengar kata-katanya. Bau tumisan bawang merah, bawang putih serta cili kering memenuhi ruangan dapur, aku terus mengacaunya sehingga garing.
"Aku buat sebab terpaksa so tak best." Wajahku cemberut lagi, sesiapa pun kalau dipaksa memang tidak akan suka.
"La kali ni tak jangan rasa terpaksa, buat untuk diri sendiri. Kalau boleh anggap buat untuk suami jugak." Dia tersengih sambil memperisakan sambal udang dengan garam dan gula. Zarif masukkan udang selepas itu.
"Eleh."
"Tapi kan, aku suka la. Kau tak patuh salah satu dari syarat tu, I can kiss you." Aku letakkan sudip untuk menunggu udang masak, dari ekor mata aku perhatikan Zarif yang semakin mendekat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Untuk Dimiliki
Roman d'amourPertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...