Bab 18

48.5K 3K 527
                                    

Jam yang melekap di dinding ruangan makan aku pandang sekilas. Walaupun sudah masuk waktu tengah hari tapi aku masih belum bersarapan kerana bangun lambat seperti biasa. Aku melewati ruangan makan lalu menuju ke dapur untuk mencari makanan.

"Breakfast hari ni Kak Imah masak apa?" Aku bertanyakan soalan itu pada Kak Imah yang sedang mencuci pinggan. Sebiji epal di dalam peti ais aku ambil untuk mengalas perut terlebih dahulu.

"Hari ni akak tak masak, mama baru Risya yang masak."

Reaksi menyampah aku pamerkan, aku gigit epal yang aku ambil sebentar tadi. Kak Imah hanya bergurau denganku memandangkan dia tahu aku tidak sukakan 'mama baru'.

Sudah seminggu dia tinggal di sini, menjadi sebahagian dari keluargaku. Aku tak hiraukan kewujudannya dan tak pernah nak alu-alukan kehadirannya di sini. Dia cuba untuk mendekati aku tapi aku makin menjauhinya. Kalau dengan papa aku mampu untuk menjawab, inikan pula dengan dia yang tak punya apa-apa kaitan dengan aku.

Semenjak aku tahu dia adalah bekas kekasih dan kini sudah menjadi isteri papa, rasa hormat aku padanya terus hilang. Kalau dulu, aku sangat rapat dengannya memandangkan Airil adalah kekasihku. Kena la buat baik dengan bakal mertua kan? Tapi tu dulu lah, waktu tu aku pun selalu ke rumahnya. Aku anggap dia sebagai pengganti mama tapi sekarang ini semua sudah tiada lagi. Hanya orang asing.

Sampai sekarang aku tak faham kenapa dia sanggup jodohkan Airil dengan orang lain. Kalau dia nak kahwin dengan papa sekali pun, perlu ke dia paksa Airil putuskan hubungan kami?

"Nak makan tak ni, kalau tak akak hidangkan?"

Aku geleng sebagai jawapan yang aku tidak mahu. Roti yang berada di bawah kabinet dapur aku capai bersama nutella. Semenjak Aunty Aliyah mengambil alih kerja Kak Imah sebagai tukang masak di rumah ini, aku sudah jarang makan semeja dengan ahli keluarga lain. Kalau lapar aku suruh Kak Imah masak yang lain, tak pun aku order dari mana-mana restoran yang ada delivery.

"Tengah hari nanti, Kak Imah masak untuk Risya boleh?"

"Kenapa liat sangat sekarang ni nak makan semeja dengan yang lain?" Dia bertanya, aku tahu dia ingin menasihatiku.

"Tak nak la, tak best." Aku cebikkan bibir, memang tak lah kalau aku nak duduk semeja dan makan sekali dengan mereka dan buat-buat tak ingat apa yang mereka dah buat.

"Nanti slow-slow buat okay, try terima." Aku mengangguk lemah. Kalau itu semudah yang Kak Imah katakan, sudah lama aku buat.

"Nak makan apa?"

"Heeee nak sayang ni. Tomyam seafood boleh?"

Hati berbunga riang apabila Kak Imah mengangguk. Aku ruang tamu selepas itu, seperti kebiasaannya kesunyian sahaja yang ada. Tapi sejak seminggu ni, papa selalu ada kat rumah memandangkan dan isteri kan. Tapi hari minggu seperti ini tiada pula. Malas nak ambil tahu tentangnya, aku kembali semula ke bilik.

❀❀❀

Petang itu langit agak mendung, cuaca sudah tidak panas lagi. Aku mula menghampiri balkoni untuk menikmati suasana ini, rasanya terlalu lama aku terperap dalam rumah tanpa melakukan apa-apa.

Rancanganku untuk keluar dari rumah ini terpaksa dibatalkan. Dua orang pengawal keselamatan yang berjaga di pintu pagar utama menyukarkan aku untuk keluar. Lima hari lepas aku dah cuba namun mereka menghalang aku dari keluar.

Aku labuhkan punggung di atas buaian rotan yang terletak hujung balkoni bilik. Telefon di tangan mula menjadi minatku, Nadzhan ada hantar satu mesej melalui whatsapp.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now