Qaisara sudah mengambil tempat duduknya berhampiran uggun api yang semakin marak menyala. Aku dan Tiara masih lagi memilih makanan laut yang sudah siap digril. Izhar yang tadinya sibuk menggril daging ayam yang sudah diperap tiba-tiba saja memandang ke arah Tiara.
"Kenapa? Ada tak puas hati apa-apa ke?" Tiara yang sudah perasan akan pandangan itu tiba-tiba saja bertanya.
"Cantik jugak kau ni, kenapa aku tak perasan sebelum ni?"
"Sebelum ni tak cantik la?" Soal Tiara kembali.
"Tak cantik tapi comel."
"Kembang habis tekak aku, loya nak muntah." Aku menyampuk perbualan mereka berdua. Mataku julingkan ke atas sebelum berlalu pergi.
Aku menyertai yang lain duduk di dalam bulatan, di tengahnya ada unggun api. Masing-masing sedang menjamah makan malam yang kami sendiri sediakan. Ketika ini sudah masuk jam sepuluh malam, hanya cahaya daripada api yang makin marak menyala menerangi malam kami. Aku melihat Iskandar yang datang bersama gitar lalu mengambil tempat duduk di sebelah Airil.
"Is nak nyanyi lagu apa?" Eddy bertanya, Iskandar sesekali memetik gitarnya yang di bawa dari rumah. Salah satu hobinya di masa lapang, terisi dengan gitar pemberian Ayreen.
"Bagi Airil nyanyi," kata Hanim dan ada tawa yang kedengaran selepas itu. Aku dan yang lain turut sama ketawa.
"Perli eh?" Airil dengan nada yang tidak berpuas hati memandang ke arah Hanim.
Rasanya dulu satu sekolah tahu yang Airil mempunyai suara sumbang ketika menyanyi. Aku tiba-tiba saja teringatkan kejadian lampau. Perkhemahan merupakan aktiviti wajib bagi sekolah kami, diadakan setahun sekali. Waktu malam kemuncak, setiap badan unit beruniform diminta menghantar wakil untuk melakukan persembahan. Aku tidak tahu di mana datangnya keyakinan Airil, dia menawarkan diri. Memang pada pandangan mata, dia kelihatan sempurna tapi tidak pada bakat menyanyi. Dia menang pada malam itu tapi menang untuk persembahan paling teruk.
"Aku cakap benda betul, hokayyy." Hanim berkata lagi, kami semua masih lagi tidak lekang dari ketawa.
"Tu dulu la, sekarang ni tak macam dulu." Airil buat muka, tak puas hati dengan Hanim yang mengungkit kisah lama.
"Ya ke? Cer nyanyi nak dengar." Qaisara tiba-tiba menyampuk.
"Nak lagu apa?"
"Sama macam dulu, nak tengok ada perubahan ke tak."
"Okay, Is boleh mula."
Iskandar mula memetika gitar, alunan yang terhasil mengingatkan aku pada masa lalu. Iskandar, Airil dan Eddy yang berada di atas pentas untuk menyempurnakan persembahan mereka pada malam itu. Sorakan dan tepukan gemuruh yang diberikan oleh penonton yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima namun diakhiri dengan reaksi sebaliknya.
Well, you done done me and you bet I felt it.
Rangkap pertama I'm Yours mula dilontarkan oleh Airil. Suaranya pada malam ini tidak lagi seperti dulu, tidak sumbang. Kedengaran masuk dengan petikan gitar dari Iskandar. Sebelum ini ada juga dia cuba menyanyi untuk aku namun aku cakap yang suaranya tak sedap, terus acah-acah merajuk. Siap cakap lagi yang dia tidak akan menyanyi lagi.
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get backAiril meneruskan lagi nyanyiannya sehingga membuatkan aku terleka, tambah lagi padangan mata kami ada sesekali bertembung. Masuk rangkap ke dua, Eddy pula yang mengambil alih. Sesudah itu, Airil pula yang meneruskan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...