Chapter 3 Spending Time

261 17 5
                                    

Cahaya pagi menyinari tubuh Sotaru yang terbujur kaku di katil bagaikan mayat hidup. Hattori yang memandangnya hanya mampu menggeleng kepalanya. Sudah dua hari dia tidur namun belum menandakanya dia akan bangun. Demam yang di alami olehnya telah sembuh sepenuhnya namun dia masih belum terjaga dari tidurnya. Hattori mencucuk-cucuk wajah Sotaru kerana bosan tanpa sebarang kes. 'Untung Kudou setiap kali dia keluar pasti ada kes. Aku pula terperap dalam rumah.' Bukanya dia berharap akan ada pembunuhan terjadi ke apa. 'Seseorang selamatkan aku dari neraka kebosanan ini' rungutnya

Bunyi derapan tapak kaki dapat di dengari dengan jelas dalam kediaman keluarga Hattori, memecahkan kesunyian. "Heijii!!" Laungan Kazuha yang kuat berjaya mengejutkan Sotaru yang tidur mati manakala Hattori menutup kedua belah telinganya. BANG!! Pintu biliknya terbuka luas setelah menerima tendangan maut oleh sahabatnya itu. Hattori mengeluh mengasihi nasib pintunya yang sering menjadi bahan untuk melepaskan geram oleh Kazuha. Salahnya juga, kerana kunci pintu.

Dia meramas rambutnya hingga menjadi kusut, memikirkan masalah yang akan di hadapinya apabila ibunya mengamuk kerana pintunya itu. 'Pintu yang rosak sebelum ni baru sahaja di ganti baru semalam, rosak balik pula.'

"Heiji, mana kamu pergi semalam, kamu janji untuk menemani aku ke kedai buku tapi batang hidung kamu pun tidak kelihatan?!" Marah Kazuha sambil kedua belah tangannya di silangkan ke dada. Sahabat baiknya itu anggap rumahnya bagaikan satu tempat persinggahan, masuk dan keluar sesuka hati. Namun bagus juga dia datang, laungannya yang cukup kuat mampu mengejutkan Sotaru yang tidur mati selama dua hari. Tiada siapa berjaya membangunkannya hinggalah ke hari ini.

"Aku sibuk jaga budak ni" Katanya sambil jari telunjukkanya di tujukan ke arah Sotaru yang sedang menggosok matanya.

Sotaru membuka kedua matanya, lalu menoleh kepalanya ke arah Hattori. "Eh?" Tanyanya kerana tidak mengerti apa yang di katakan pemuda berkulit gelap itu. 'Bila pulak dia jaga aku ni?' Bisiknya perlahan tanpa di dengari oleh kedua pasangan yang sedang bergaduh itu.

"Tipu!Kamu sengaja buat alasan sebab lupa janji kita semalam, kan...", Kazuha menjengilkan matanya. Dia sudah mula bercekak pinggang. Dia memandang Hattori dengan wajah muram.

"Aho! Dia demam la semalam. Mana ada aku menipu!" Marah Hattori apabila katanya tidak di terima pakai oleh sahabatnya. Kazuha yang mendengar alasanya itu hanya mengembungkan pipinya tanda tidak puas hati.

'Kembunglah pipi tu besar-besar biar ia meletup' gerutunya dalam hatinya. Hattori tersengeh membayangkan adengan yang bakal berlaku sekiranya pipi Kazuha meletup akibat mengembungkan pipinya. Walaupun mustahil ia akan berlaku. Bukanya dia tidak suka akan sahabatnya itu, tapi sikapnya yang panas barannya tidak bertempat membuatkan Hattori berpikir dua tiga kali sekiranya ingin menjadikannya sebagai kekasihnya.

Namun dia juga mengaku kerana sikap mereka berdua yang panas baran itu berjaya mengutuhkan hubungan mereka sampai sekarang, gaduh, berbaik-baik semula, proses yang di ulang-ulang sampai sekarang. Meskipun mereka bergaduh besar itu hanya bertahan sehari sahaja.

Satu ketukan yang kuat hinggap di kepalanya. Berjaya mematikan lamunannya. Hattori memandang ke arah si empunya tangan yang mengetuknya. Wajah Kazuha yang memerah kerana menahan marah jelas terpancar di wajahnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now