Seminggu sudah berlalu semenjak Sotaru terjaga dari komanya. Kini, Sotaru di benarkan pulang ke rumahnya. Hattori membantu sotaru membawa barangnya keluar daripada hospital. Kaito menolak kerusi roda yang di naiki Sotaru kerana kakinya tidak mampu di gerakkan kerana tidak di gunakan selama setahun. Hattori menghentikan teksi yang kebetulan lalu di jalan raya, di sebelah mereka. Teksi itu berhenti di tepi jalan dan Hattori membukakan pintu belakang untuk mereka masuk senang citer untuk sotaru masuk.Kaito mengangkat Sotaru daripada kerusi roda dan mendukungnya 'bridal style' lalu dia meletak Sotaru di kerusi penumpang di belakang. Hattori mengembungkan pipinya melihat mereka berdua yang sangat rapat. Walaupun dia dah tahu Kaito dan Sotaru kini sedang hangat bercinta namun dia masih suka pada Sotaru.
Kaito duduk di sebelah Sotaru dan menutup pintu kereta di sebelahnya. Hattori duduk di sebelah pemandu dan menyuruh pemandu teksi itu membawa mereka ke alamat rumah yang bernombor 24 Blok 2, kota Beika. Pemandu teksi itu mengangguk kepalanya dan memulakan pemanduannya dengan selamat. Setelah 10 minit, teksi yang di naiki mereka akhirnya tiba di hadapan rumah banglo milik Sotaru, berhadapan dengan Kudou Shinichi.
Kaito membayar tambang teksi dan mengangkat sotaru dari dalam kereta dan meletaknya di atas kerusi roda. Dia menolak kerusi roda dan masuk ke dalam kawasan pagar dalam rumah Sotaru. Dia membuka pintu rumah dengan menggunakan kunci dan membuka pintu. Hattori membawa beg pakaian Sotaru dan membawanya masuk ke dalam. Kaito menolak kerusi rodanya, menolak masuk ke dalam rumah.Sotaru melihat keadaan dalam rumahnya yang berhabuk. Dia mengeluh.
'Perlu mengambil masa yang lama untuk mengemas ni'
Kaito mengangkat Sotaru dan menaruhnya di atas sofa dalam ruang tamu rumahnya. Sotaru tersenyum kepadanya dan mengucapkan terima kasih. Hattori, setelah menyimpan beg sotaru dalam almari di biliknya, dia berjalan menuruni tangga rumah dan duduk di sebelahnya setelah tiba di lantai bawah. Sotaru memandang Hattori kemudian tersenyum terhadapnya.Wajah Hattori memerah apabila melihatnya tersenyum terhadapnya. Dia terus menunduk.
Sotaru memandangnya pelik dengan kelakuan Hattori. Kaito menoleh kepalanya melihat Hattori yang duduk bersebelahan dengan Sotaru. Kaito mendekati mereka kemudian duduk di antara mereka berdua. Kaito mengambil remote tv dan membuka tv hanya mendapati tv di rumah Sotaru tidak dapat di buka kerana tiada bekalan eletrik. Kaito menggaru pipinya yang tidak gatal.
Sotaru hanya tersenyum. Dia menepuk bahu kaito dan memegang tangan Kaito. Kaito tersengeh. Dia mengangkat Sotaru dan mendukungnya ke lift dan membawanya masuk ke dalam lift setelah pintu lift terbuka. Hattori memandang mereka pergi dengan hati yang panas membara. Dia masih tidak boleh melupakan Sotaru. Melihat Sotaru bersama dengan lelaki lain selain dengannya membuat hatinya sangat sakit. Namun dia tiada hak untuk menghalang hubungan mereka berdua. Hattori mengeluh. Dia berjalan keluar dari rumah dan menuju ke kedai makan untuk membeli makanan bungkus untuk mereka makan. Setelah tiba di restauran, dia order makanan pada pelayan wanita yang mengambil pesanannya.
"Tolong buat saya nasi kari bungkus untuk 2 orang makan dan satu untuk makan sini dan secangkir cawan coffee satu" Katanya tanpa mendongak kepalanya. Pelayan wanita itu mengangguk kepalanya dan berlalu ke dapur untuk menyiapakan makanan yang di pesannya. Setelah 6 minit berlalu makanan yang di ordernya terus sampai. Dia mengangkat mukanya untuk membayar makanan yang di pesannya namun apa yang di lihatnya membuatnya terdiam. Degupan jantungnya seakan terhenti melihat wanita itu mengukir senyuman terhadapnya. Seorang wanita berambut chocolate memandangnya sambil memegang buku kecil di tangannya tengah berdiri di hadapannya untuk mengambil pesanannya. Degupan jantungnya terus melaju tidak tentu arah.
'Dup...'
'Dap...'
'Dup.....'
'Dap...'
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanficHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...