Chapter 13 Visiting Time

199 12 0
                                    


Sotaru meyapu dedaun kering di halaman rumahnya yang gugur dari dahan pokok di tiup angin kencang. Dedaun yang gugur dari dahan pokok disapu menggunakan penyapu dalam pegangan tangannya yang di lindungi oleh glove tebal yang di sarung pada kedua belah tangannya. Dedaun kering yang di sapu di masukkan ke dalam skop sampah dan di buang ke dalam plastik besar yang tersedia di bawah pokok besar dalam halaman rumahnya. Setelah selesai kerjanya, Sotaru memandang langit cerah yang di tutupi oleh awan gelap yang di hembus angin kuat.

Seminggu sudah berlalu sejak kali terakhir Kaito meninggalkannya di hospital. Dia juga telah di benarkan pulang ke rumah apabila mendapat pengesahan doctor. Pada mulanya doctor tidak membenarkan pulang ke rumahnya kerana luka tikaman yang di terimanya masih baru dan tidak sampai seminggu dia berada di hospital namun di sebabkan lukanya telah sembuh sepenuhnya doctor telah membenarkannya pulang. Sotaru memegang dadanya yang telah sembuh sepenuhnya. Pelik. Itulah ayat yang bermain di fikirannya semenjak pulang dari hospital. Luka yang di terimanya tersangatlah parah sehingga boleh menyebabkan kematian walaupun telah di bedah namun tengoklah keadaan yang sekarang, sihat walfiat seperti tidak mengalami mana-mana kecederaan yang serius. Proses penyembuhannya juga tersangatlah pantas dan ia hanya memerlukan masa 4 hari untuk sembuh sepenuhnya, dua kali ganda lebih cepat berbanding pesakit biasa yang memerlukan masa sebulan atau dua untuk sembuh.

'Bila teringat balik, semasa aku di tikam dengan pisau, aku tidak merasa sakit seperti di tusuk pisau malah terasa seperti di cucuk dengan jarum hospital. Sataru menggeleng kepalanya. Apa yang aku mengarut ni' bebelnya dalam hati. Bunyi derapan tapak kaki menghala ke arahnya berbunyi dengan jelas di telinga. Sotaru memusingkan kepalanya ke arah belakang namun kelibat manusia tidak kelihatan. 'Eh, mana orang yang berjalan ke arah aku tadi?' Kepalanya di pusing ke kiri dan kanan lalu dia memandang ke arah pintu pagar rumahnya yang tertutup rapat. Bunyi derapan tapak kaki berbunyi dari luar rumahnya dan menuju ke kawasan perumahan. Bola mata Sataru di kecilkan untuk melihat dengan jelas, kelibat lima orang kanak-kanak berjalan ke rumah prof Agasa. Jarak mereka dengan rumahnya cukup jauh untuk di lihat dengan mata kasar manusia namun Sotaru boleh melihat dengan jelas lima kanak-kanak itu.

Conan, Haibara dan tiga teman kecil mereka sedang berbual mengenai permainan yang harus di main ketika sampai di rumah prof Agasa, manakala Conan dan Haibara hanya mendengar mereka berbual tanpa berbicara. Terlalu malas agaknya untuk melayan kerenah mereka bertiga, memandangkan mereka berdua merupakan bekas ditektif terkenal dan pelajar SMA Teitan dan saintis Black Organization yang melarikan diri dari group itu.

Sotaru menggelengkan kepalanya, runsing. 'Apa dah jadi dengannya semenjak di tikam oleh pembunuh itu? Mortal ke aku ni? Vampire? No way in hell!!'

PAP!

Sotaru menampar mukanya dengan kuat sehingga memeranjat kelima kanak-kanak yang berdiri di hadapan rumah prof Agasa. Conan, Haibara dan teman kecil mereka memandangnya dengan riak wajah yang pelik. 'Alamak, tertampar dengan kuat pulak. Terkejut budak-budak tu. Tapi bila di fikirkan balik, tak terasa sakit langsung bila tampar muka sendiri. Padahal bekas tapak tangannya dah melekat kat mukanya' Sotaru menghela nafasnya. Lima kanak-kanak itu berjalan ke rumahnya setelah ternampak wajahnya di halaman rumahnya. Ayumi yang pertama menyapanya.

"Sotaru nii-san, kenapa wajah nii-san berbekas tapak tangan?" Semua ahli kumpulan Detective Boys itu terus memandang wajahnya. Sotaru menggaru wajahnya yang tak gatal. Malu. Satu persatu wajah kanak-kanak di hadapannya di tatap, Sataru tersenyum. Dia mengelus lembut rambut Ayumi dengan tapak tangannya.

"Ah, tadi saya fikir benda yang mengarut, jadi saya menampar wajah sendiri untuk berhenti berfikiran yang pelik-pelik." 'Oh...'Terlopong mulut kanak-kanak yang mendengar balasan dari soalan mereka. Walaupun ayat balasannya kedengaran pelik namun Detective Boys di hadapannya tidak menanyannya benda pelik yang bermain di fikirannya. Sotaru menghela nafas lega. "Kalian datang ke sini untuk singgah ke rumah prof Agasa ke?" Katanya dengan harapan untuk mengubah topik pembicaraan mereka. Ayumi mengiakan soalannya. Conan melihatnya dengan wajah yang pelik.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now