Sotaru membuka matanya dari terus tertutup, cahaya pagi bersinar terang menembusi tingkap biliknya yang terbuka luas. Angin pagi meniup lembut ke dalam biliknya, menusuk masuk ke tulang rusuknya sehingga membuatkan badan Sotaru menggigil kesejukan. Sotaru bangkit dari katilnya kemudian berjalan mendekati jendela biliknya, memandang ke luar rumahnya. Dia megeluh perlahan.Sebulan sudah berlalu semenjak kali pertama Sotaru menjejakkan kaki ke rumah Kudou, Sebulan juga sudah berlalu semenjak kepergian Kaito dan Hattori pulang ke rumah mereka. Buat masa sekarang ni Sotaru masih belum menjejak kakinya ke luar rumah. Duduk je terperap di dalam rumah itu pun setelah mendapat warning daripada Kaito dan Hattori mengenai keselamatannya. Sotaru mengeluh. Dia juga buat masa sekarang ni terpaksa berhenti dari pekerjaannya memandangkan cuti yang berterusan begini memang boleh membuatkan Nakano-san pecat dia.
'Lebih baik aku yang berhenti daripada di pecat' fikirnya.
Sotaru menutup tingkap biliknya kemudian berjalan mendekati ampaian baju yang tergantung pada dinding biliknya. Dia menggapai towel dan berjalan keluar dari bilik, menuju ke bilik mandi di tingkat atas.
Sotaru membuka pintu bilik mandi dan masuk ke dalam. Towel di letak di tepi singki. Dia mendekati tub mandi dan membuka paip air bagi mengisi penuh air di dalam tub mandi itu. Setelah air penuh dia menuang sabun ke dalam tub mandi dan mengacau air sabun dengan menggunakan tangannya bagi menghasilkan buih-buih halus di permukaan air.
'Heh, nak buat macam mana kalau Hannah Johnson minat mandi dalam tub mandi beserta kan sabun sudah tentulah Sotaru Nanomiya pun minat sama' fikirnya. Sotaru melucutkan pakaian dari badan kemudian dia menutup paip air yang di bukanya tadi.
Sotaru melangkah masuk ke dalam tub mandi kemudian bermain dengan buih halus di permukaan air. Sotaru meniup air sabun di permukaan jarinya yang di bentuk dan menghasilkan belon besar daripada hasil tiupan angin dari mulutnya itu. Sotaru tersengeh
'Kadang-kadang pura-pura jadi budak kecil pun apa salahnya'fikirnya lagi. Sotaru mengelap tangannya dengan menggunakan span lembut yang tersedia pada tub mandi. Dia mengelap badannya sehingga dia merasa betul-betul bersih barulah dia menjirus badannya dengan mengunakan air pancut di tepi tub mandi. Sotaru memegang loketnya dengan erat. Dia membelek loketnya itu dari kiri ke kanan. Wajah dua pasangan suami isteri bersama anak mereka, Sotaru Nanomiya yang berumur 6 tahun di simpan di dalam loket itu. Dia mengeluh perlahan
Sotaru menutup paip air pancut kemudian dia berjalan ke arah tub mandi, mencabut penapis air dalam tub mandi itu. Sotaru mendekati sinki di dalam bilik mandi kemudian mengambil berus gigi bewarna biru serta ubat gigi jenama 'Darlie' di dalam bekas yang tersedia di atas singki.
Sotaru mengosok giginya sehingga bersih kemudian kumuh mulutnya dengan air di singki. Dia membuka mulutnya untuk melihat pantulan wajahnya di cermin.
'Check, dah bersih' fikirnya. Sotaru mengambil towelnya kemudian di balut pada bahagian bawah badannya. Lagi satu towel di gunakan untuk menutup dadanya daripada di lihat orang.
'Dah terbiasa nak buat macam mana'
Sotaru berjalan keluar dari bilik mandi menuju ke biliknya. Semasa dalam perjalanannya dia terserempak dengan Subaru yang berjalan dari berlainan arah darinya.
"Okiya-san, selamat pagi"
"Pagi, Nanomiya-san"
Subaru mencabut kaca mata daripada wajahnya dan membersihkan cermin pada kaca mata itu dengan kain kecil yang di keluarkan dari poket seluarnya. Setelah dia merasa kaca matanya bebas daripada habuk, di pakai kembali kaca mata itu pada wajahnya. Dia membetulkan kedudukan kaca matanya kemudian memandang tepat ke arah Sotaru yang berbalut dengan towel di badannya. Dia tersenyum memandang Sotaru yang berdiri di hadapannya.
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanfictionHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...