Setiap inci ruang dalam mall itu di tatap dengan penuh rasa kagum, bagi Sotaru yang baru menjejakkan kaki ke Japan merasa dirinya sangat bertuah dapat menjenguk ke tanah kelahiran anime kesayangannya. Hattori yang berada di sebelahnya tersengeh melihat gelagatnya. Hattori meramas rambut Sotaru sehingga menjadi kusut. Sotaru menggerling tajam ke arahnya. Semakin lebar senyuman Hattori kalau boleh sampai ke telinga. Sotaru mengembungkan pipinya tanda protes, tidak suka di layan seperti seorang budak. Sotaru berlari meninggalkan Hattori dan masuk ke sebuah kedai baju. Hatoori berlari mengikutinya dari belakang.
'Wahhhh...Banyaknya baju...' Bersinar mata Sotaru melihat susunan baju yang di gantung pada ampaian untuk di cuba. Baju yang berenda, bereben, skirt pendek dan panjang bercorak bunga. Matanya terpandang pada sebuah gaun bewarna merah, berlengan pendek. 'Wah...gaun kesukaan aku ada di jual di sini.' Tangannya mencapai gaun yang di lihatnya itu namun sebelum sempat dia mengambil gaun itu untuk di cuba, Hattori menahan bahunya, memeranjatkannya. Sotaru menoleh ke arah Hattori. Hattori memandangnya dengan wajah yang keliru. Tanganya di halakan ke arah gaun yang ada di hadapannya.
"Itu baju wanita KAN?" Bagaikan terkena lenjatan eletrik, Sotaru berdiri kaku di hadapan Hattori. Dia terasa bagaikan sebuah batu BLOK yang besar menghempapnya. Membuatnya kaku tak berbicara. Seketika baru dia sedar bahawa dia adalah seorang lelaki yang bernama Sotaru Nanomiya bukannya dirinya yang dulu Hannah Johnson yang di lahirkan sebagai perempuan. Tersedar akan kesalahannya, Sotaru hanya tersengeh sambil tangannya menggaru pipinya yang tidak gatal.
"Saya mengelamun tadi, tidak sedar berdiri di bahagian baju wanita" Peluh sejuk mula membasahi mukanya, matanya memandang Hattori dengan harapan pemuda itu percaya yang di katakannya. Hattori memandangnya pelik namun setelah mendengar alasannya dia kembali tersengeh. Siapa tak pelik kalau seorang lelaki berjalan ke rak baju bahagian wanita dan dia seakan leka dengan apa yang di lihatnya. Tangannya juga seperti mahu mencapai gaun merah yang berada di hadapanya. Memang pelik. Namun fikirannya di buang jauh-jauh dan kini mereka berjalan ke rak baju lelaki. 'Wajah Nanomiya-han kelihatan bersahaja, tidak gembira ke dia?' Hattori menarik lengan Sotaru ke bahagian baju lelaki yang nampak menarik di matanya. Dia memilih baju yang menarik dan di serahkan kepada sotaru untuk di cuba. Dengan patuh, Sotaru memegang baju yang bertimbun di tanganya lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik persalinan. Sambil menunggu sotaru mencuba baju yang di pilihnya, Hattori mencari bangku kosong dalam kedai dan duduk di atasnya.
Hattori mengeluarkan phone dari poket seluarnya dan mendail nama Kudou Shinichi dalam program kenalan phonenya. Setelah namanya tertera pada layar kaca phonenya. Hattori menelefonya dengan niat ingin menganggunya. Bunyi phone diangkat menandakan Conan telah menjawab panggilannya
"Hattori" Suara Conan a.k.a Kudou Shinichi mula kedengaran dalam talian. Hattori tersengeh.
"Yo, Kudou! Apa khabar?Sihat?" Bertalu-talu soalan di tanya dengan senang di jawab oleh detektif cilik itu.
"Kamu nak apa Hattori?Ada masalah ke?" Tanya Conan dengan riak wajah yang gusar. Bimbang juga kalau kawannya itu terlibat dengan masalah. Siapa tahu."Begini Kudou, aku nak kau siasat tentang lelaki ni, aku jumpa seorang lelaki kacukan jepun-belanda yang berdiri di tepi jalan selama sejam lebih. Aku pun mula menghampirinya namun tak sampai dua minit aku berbual denganya tiba-tiba dia pengsan jadi aku bawanya balik" Tiba-tiba Hattori berhenti bercakap, hampir seminit kemudian dia meneruskan perbualannya dengan Conan.
"Sesampainya kami di rumah, pemuda yang pengsan itu bangun dan dia kata perutnya lapar minta di isi, kami sekeluarga menyambut kedatangannya dengan gembira. Walaupun kami saling tidak mengenali. Oh ya selepas makan kami saling kenal mengenal namun pemuda itu hanya menundukkan wajahnya, lalu berkata 'Saya cuma ingat identiti diri dalam kad pengenalan diri yang saya jumpa dalam poket seluar, keluarga, sekolah dan rumah saya tidak ingat' malam tu juga kami bawa dia ke klinik terdekat untuk check kepalanya sekiranya ada berlaku hentakan yang kuat sehingga menyebabkan memory loss namun setelah ujian keluar doctor memberitahu kami sekeluarga bahawa pemuda itu tidak mengalami kecederaan sehingga menyebabkannya kehilangan memori. Dia juga yakin kemunkinan besar penyebabnya pemuda itu hilang ingatan adalah kerana pemuda itu mengalami trauma atau stress sehingga menyebabnya memori loss, penyakitnya di kenali sebagai Amnesia Disosiatif"
![](https://img.wattpad.com/cover/98284575-288-k137622.jpg)
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanficHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...