Sotaru memandang sekeliling ruang di bahagian bawah kapal yang di gunakan untuk menyimpan bot-bot kecil, lokasi pembunuhan presiden Yashiro Entarou di bunuh. 'Sekurang-kurangnya aku harus bersembunyi di sini membiarkan dirinya di tangkap oleh Sonoko jadi kitorang boleh pergi dari sini sebelum pembunuhnya menemui kami.' Bunyi derapan tapak kaki menandakan ada seseorang turun menuruni tangga kapal ke ruang bawah. 'Sonoko? Ataupun pembunuhnya aka Kusaka Hironori.' Sotaru bersedia untuk menyerang pembunuhnya dengan menggunakan stungun yang di bawa sekali sekiranya dia terpaksa berhadapan dengan pembunuh.
Bunyi derapan tapak kaki semakin hampir ke arahnya. Stungun di keluarkan dari poket seluarnya.
"Sotaru-san"
Sotaru memusingkan badannya ke arah belakang. Kelibat Sonoko berjalan ke arahnya. Kepalanya di pusing ke kiri dan kanan. Melihat dia memusingkan kepalanya, Sotaru juga memusingkan kepala ke kanan dan kiri melihat sekeliling ruang bahagian bawah kapal. 'Kusaka-san masih belum sampai? Ah! Baru je fikir dah nampak dah dia bersembunyi di sebalik tiang kapal'
"Sonoko-san, kamu jumpa saya? Mari kita pergi dari sini" Sotaru menarik tangan Sonoko bagi memastikan mereka berdua keluar dari kawasan bawah kapal. Terkebil-kebil mata Sonoko melihat Sotaru menarik tangannya. Dia tersengeh. 'Safe' itu yang Sotaru fikirkan buat masa sekarang. Tetapi kenapa dia rasakan mereka masih tak selamat?
Seperti yang di fikirkan, rupanya mereka masih dalam bahaya. Kusaka yang bersembunyi di belakang salah satu tiang kapal itu menyerang Sonoko dari belakang. Sotaru menoleh kepalanya ke belakang untuk menolong Sonako namun kepalanya di hentak sesuatu walaupun tak sakit. Impak daripada hentakan itu menyebabkankan dia sedikit pening. Sotaru memegang kepala yang berdarah, setompok darah merah melekat pada tangan Sotaru.
'Cish...Main kasar nampaknya Kusaka-san ni.' Sotaru memegang erat stungun di tangan, bersedia untuk menyerang Kusaka-san pada bila-bila masa saja.
Bola matanya menangkap sosok tubuh Sonoko yang terbaring kaku di lantai di sebelah Kusaka berdiri. Sotaru mengira masa yang sesuai untuk memulakan langkah untuk menyerangnya namun dia harus berhati-hati, boleh sahaja Kusaka-san menggunakan Sonoko sebagai tebusan.
'123...Start!'
Sotaru membuka langkah kaki, berlari ke pemuda di hadapannya. Kusaka yang terkejut melihatnya berlari ke arahnya cuba untuk menggunakan Sonoko sebagai tebusan namun sebelum tangannya mencapai lengan Sonoko, Sotaru mencabut kasut yang di pakainya lalu di baling ke arah mukanya itu.
'Nice Shot!!' Kasut yang di baling tepat mengenai mukanya. Kusaka memegang hidungnya yang berdarah. Sotaru meneruskan larian ke arah Kusaka kemudian menendang pada perutnya menggunakan kaki kanannya. Badan Kusaka terpelanting mengenai dinding kapal. Dinding kapal retak akibat mengenai impak daripada badan lelaki itu.
'Kuat sangat ke aku tendang?' Sotaru berlari ke arah Sonoko lalu mengangkatnya naiki tangga meninggalkan pemuda yang pengsan menerima tendangan maut darinya. 'Heh.. Padan muka.'
Sotaru membawa Sonoko ke bilik rawatan yang di sediakan dalam kapal itupun hampir tersesat setelah berjalan selama lima minit di tempat yang sama. Lencana detektif bergetar dan bercahaya merah menandakan salah seorang daripada Detective Boys menelefon Sonoko melalui lencana detektif yang di ubah suai oleh prof Agasa supaya boleh call dan di kesan setiap kedudukan lencana detektif mengunakan cermin mata yang di pakai Conan.
Sotaru mengambil lencana detektif itu dari poket baju Sonoko lalu menjawab panggilan yang di terimanya. "Hello, siapa ni?" Dah tahu tanya pula. Sotaru tersengeh. "Ah, Sotaru nii-san, Sonoko nee-san ada bersama kamu?" Suara Conan jelas kedengaran walaupun jarak mereka agak jauh dari lokasi pertemuan. "Ah, Conan-kun, Sonoko-san ada di sebelah saya. Pengsan" Sotaru memandang ke arah Sonoko yang baring di katil tidak sedar diri.
![](https://img.wattpad.com/cover/98284575-288-k137622.jpg)
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanficHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...