"Sotaru..."
"Sotaru...!" Slap*Slap*
Sotaru terasa pipinya di tampar seseorang dia membuka matanya dan melihat wajah Kaito yang dekat dengan wajahnya.Serta merta wajahnya merona kemerahan. Sotaru menolak badan Kaito menjauh darinya akibatnya Kaito terlempar jauh darinya dan kepalanya terhantuk pada dinding siling dalam biliknya. Sotaru berlari menangkap kaito sebelum dia terjatuh ke lantai.
"Itte..." Luah Kaito.
Kaito memegang kepalanya yang benjol terhantuk siling. "Kaito, kamu tak apa-apa?" Tanya Sotaru dengan raut wajah bimbang. "Sotaru kuatnya pukulan kamu.." Kata Kaito sambil mengurut kepalanya.
"Sorry la,saya tak sengaja"
Sotaru membantu Kaito bangun. Dia menghulurkan tangannya menunggu Kaito memegangnya tangannya. Kaito memegangnya tangannya dan berdiri daripada duduk di lantai.
"Jom kita balik, Sotaru. Pihak FBI dah memberkas ramai anggota Black Oganization, jadi kita tidak perlu berlamaan di sini"
Sotaru mengangguk kepalanya. Mereka berjalan keluar dari bilik kosong dan berjalan menuruni tangga sehingga mereka berhenti kerana terasa seperti di ekori oleh seseorang. Sotaru menoleh kepalanya memandang ke belakang. Matanya membulat apabila terlihat sosok seorang lelaki memegang pistol dan memakai topi. Dia berdiri di tepi tangga sambil menghala pistol ke arah mereka yang berada di tingkat bawah.
"Snake..." Kata Kaito sambil menahan marah.
Sotaru menatap tajam ke arah Snake. Lelaki itu yang telah membuat hidup Kaito berantakan. Tidak dapat dia maafkan. Kaita memusing kepalanya memandang Sotaru.
"Sotaru kamu tunggu di luar, biar saya uruskan lelaki itu" Kaito berjalan meninggalkan Sotaru dan menaiki ke tangga atas. Sotaru melihatnya pergi dengan berat hati. Namun dia tidak boleh masuk campur kerana Snake memang musuh utama Kaito KID jadi dia akan biarkan Kaito yang menguruskan lelaki itu.
Sotaru berjalan keluar dari dalam bangunan itu. Matanya memandang sekeliling bangunan. Kelibat James, Jodie dan Agen Camel sedang berbincang sesuatu antara mereka namun Sotaru dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka katakan.
"Macam mana kamu jumpa Gin?" Tanya James. Jodie menggeleng kepalanya. Camel mengeluh. Sotaru berjalan menghampiri mereka dan memberitahu kedudukan Gin yang sebenarnya.
"Kamu..?" Tanya James kepada pemuda berambut chocolate yang dia telah selamatkan tadi.
"Hajimemashite, nama saya Sotaru Nanomiya" (Selamat berkenalan)
Mata James membulat mendengar namanya. Pemuda yang disangka orang asing rupanya kenalan yang bertemu dengannya tempoh hari.
"Nanomiya...? Satoru Nanomiya? Kamu anak Hideshi?" Tanya Jodie. Tangannya memegang bahu Sotaru. Sotaru mengangguk kepalanya, mengiakan apa yang di katakan wanita itu.
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanficHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...