'Hannah...''Hannah...Buka mata kamu'
"Siapa itu.Siapa panggil nama aku"Tanya Sotaru.
Sotaru merasa dirinya terapung di awangan. Dia cuba menggerakkan tangannya namun tidak terdaya kerana dia merasakan badannya di hempap batu blok. Sotaru cuba membuka kelopak matanya namun seperti sebelumnya seluruh badannya terasa sangat sukar untuk di gerakkan.
"Apa dah terjadi? Kenapa semuanya gelap?" Tanyanya walaupun dia tahu tidak ada orang yang akan membalas pertayaannya.
Sinaran cahaya menembus masuk ke dalam kelopak matanya walaupun matanya di tutup rapat. Sotaru cuba sekali lagi untuk membuka matanya. Perlahan...Perlahan...dan perlahan. Akhirnya matanya terbuka sedikit namun dia menutup kembali matanya apabila cahaya yang bersinar terang itu menyakitkan matanya untuk melihat sekelilingnya. Bukan itu sahaja cahaya itu juga telah membuatnya pandangannya menjadi kabur.
'Hannah pandang sini'
Sotaru mendengar lagi suara mysteries itu. Dia membuka matanya lagi walaupun sinaran cahaya yang bersinar di hadapannya menyakitkan matanya namun di gagahkan juga tekadnya untuk mencari pemilik suara itu. Setelah beberapa percubaan akhirnya matanya terbuka luas. Sotaru menyesuaikan dirinya berhadapan dengan cahaya yang bersinar terang itu.
'Hannah...'
"Siapa itu, tunjukkan diri kamu" Tanya Sotaru lagi.
Setelah berjaya menyesuaikan dirinya berhadapan dengan cahaya itu akhirnya Sotaru dapat melihat sekelilingnya walaupun masih kabur. Pandangan matanya terarah pada sosok misteri yang berdiri berhadapan dengannya. Pandangan matanya masih kabur jadi dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki di hadapannya. Macam mana dia dapat tahu pemilik tubuh misteri di hadapannya lelaki? Itu kerana dia mendengar suara lelaki yang memanggilnya. Namun Sotaru pasti dia pernah mendengar suara itu. Tetapi dia tidak pasti di mana dia mendengarnya.
'Hannah...Mari sini' Kata suara itu.
Sotaru menoleh ke kiri dan kanan namun tidak melihat sesiapapun berdekatannya. Dia dah mulai pelik.Sotaru berjalan tak tentu arah mencari pemilik suara itu.
'Hannah...Sini...Sini' Panggil suara itu.
Sotaru menuju ke arah suara itu. Matanya meliar melihat sekeliling dalam ruang dimensi yang dia sendiri tak tahu kat mana. Mata Sotaru di kecilkan apabila melihat sosok tubuh seorang lelaki yang berdiri di hadapannya namun kilauan cahaya membataskan pandangannya. Sotaru mendekati lelaki itu dengan lebih dekat. Dia berhenti apabila tiba betul-betul berhadapan dengan lelaki itu.
Cahaya yang bersinar terang yang menyinari seluruh ruang dimensi itu semakin memudar cahayanya. Kini dia dapat melihat dengan lebih jelas wajah lelaki di hadapannya. Matanya terus membulat apabila dia mengenali wajah lelaki di hadapannya.
"Kamu..." Kata Sotaru
'Salam perkenalan, Hannah Johnson '
Sementara itu di dunia nyata dalam dunia Detective Conan.
setahun sudah berlalu semenjak Sotaru di masukan ke hospital. Pemuda itu masih belum sedar dari komanya. Black Organization berjaya di tumpaskan. Boss mereka berjaya di tangkap di sertai oleh orang kanannya, Rum. Conan pula telah kembali ke tubuh asalnya setelah menelan penawar yang di cipta oleh Haibara. Itupun atas berkat kedua orangtua Sotaru yang mencipta sebuah buku berkaitan dengan poison 4869 yang telah mengecilkan badan Conan. Conan, sebelum dia kembali ke tubuh asalnya, memberitahu kumpulan Detective Boys bahawa dia akan kembali ke Amerika untuk bersama dengan keluarganya dan tidak akan kembali ke Jepun. Pada mulanya mereka tidak boleh menerima kepergiannya namun setelah kedatangan pelajar baru dari luar negara, fikiran mereka terus berubah 100 peratus. Walaupun masih sedih tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai pengganti Conan. Namun yang masih tidak menerima hakikat Conan akan kembali ke Amerika adalah Ayumi. Setelah di pujuk-pujuk akhirnya gadis kecil itu menyerah dan membiarkan Conan kembali ke Amerika. Selepas itu, Conan menelan penawar bagi poison 4869 dan kini dia kembali ke tubuh dewasanya. Setelah sebulan dia kembali ke tubuh asalnya, Conan a.k.a shinichi Kudou meluahkan perasaannya terhadap Ran dan perasaannya di terima oleh wanita itu. Kini mereka telah sah digelar sebagai pasangan kekasih baru di sekolah mereka. Mereka sering di sakat oleh rakan sekelas mereka sehingga membuat wajah Ran merona merah dan Shinichi memarahi rakan mereka kerana telah menganggu mereka.
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
Fiksi PenggemarHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...