Prof Agasa, Haibara dan tiga teman kecilnya beratur di ruang makan menunggu mengambil giliran untuk mengambil makanan di atas meja. Pelbagai jenis makanan di sediakan di atas meja makan. Prof Agasa mendekati meja dengan tujuan untuk mencapai daging bakar yang di sediakan dalam pinggan besar namun hajatnya tidak kesapaian apabila Haibara mengambil daging bakar yang di ambilnya dan di letak di dalam dulang di tangannya. Haibara meletak pinggan yang berisi salad ke dalam dulang yang di pegangnya, mengganti daging yang di ambilnya.'Sekali-sekala apa salahnya' fikirnya dalam hati. Haibara tersengeh. "Sekali-sakala juga tidak boleh" Katanya. Agasa memasamkan mukanya. Mitsuhiko tersengeh melihat mereka. "Ah, ya, apa kata kita bawakan makanan untuk Ran-san, Sonoko-san dan Sotaru-san juga? Aku yakin mereka juga lapar"
"Tidak, biarkan sahaja doctor yang menjaga mereka"
"Kak Ran juga kata dia akan makan nanti, jadi tak usah risau"
"Hei, Mitsuhiko, kamu rasa Ran-san dah jumpa hadiah yang kita letak dalam poket seluarnya?" Tanya Genta sambil memandang Mitsuhiko yang berdiri di sebelahnya. Mitsuhiko memandang Genta. "Aku rasa Ran-san tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal semacam itu" Genta mengangguk kepalanya. "Benar juga" Ayumi melihat sekeliling kafeteria, namun wajah Conan langsung tidak muncul di sana.
"Conan-kun mana?"
"Mungkin dia pergi menyelinap untuk mendengar penyelidikan polis"
"Sepertinya, begitu lah. Dia pandai bersembunyi dalam hal itu" Haibara tersengeh. Agasa tersenyum sendirian.
"Agasa-san dan detektif kecil, kalian beratur untuk makan ke?" Tanya Sotaru selepas muncul dari celah pengunjung kapal. Dia menyelinap di antara celah setiap pengunjung sehingga berjaya sampai ke arah mereka. Peluh dingin membasahi wajahnya yang memerah kerana bahang kepanasan.
"Ah, Sotaru nii-san, kamu dah okey?" Tanya Ayumi.
Sotaru memandang ke arah Ayumi yang mamandangnya dengan riak wajah risau. Sotaru tersenyum.
"Saya ok" Balasnya. Dahi di bahagian lukanya di pegang menggunakan tangan kanannya. Sotaru pasti lukanya yang di terima oleh Kusaka Hironori telah sembuh sepenuhnya. Namun dia merancang untuk teruskan memakai kain pembalut di dahinya. Sekiranya di cabut nanti mereka akan fikir benda pelik-pelik terhadapnya pula. 'Naya.'
Sotaru berjalan mendekati meja, dia mencedok mee goreng di dalam mangkuk besar. Ayam salai juga di ambil dan di letakkan ke dalam dulang yang di pegangnya. Puding mango yang di isi di dalam mangkuk besar di cedok dan di tuang ke dalam mangkuk kecil di dalam dulang yang di pegangnya.
Sementara itu dalam bilik persidangan, inspector Megure, Kogorou, Takagi, Shiratori dan Conan telah selesai mendengar penerangan daripada Niemi-san
"Terima kasih atas kerja samanya" Mereka keluar dari bilik persidangan untuk meneruskan tugas masing-masing.
"Jadi, seperti yang kita duga Ketua Takae kembali ke biliknya dari permainan squash, dan di bunuh selepas mandi. Aku yakin orang berjaket yang Mouri nampak keluar dari biliknya adalah pelakunya. Kalau si pelaku turun ke lantai marina setelah itu, dan membunuh presiden Yashiro yang dia panggil terlebih dahulu, waktunya jadi cocok"Megure mencatat isi penting pada white board yang di sediakan dalam bilik persidangan sambil menerangkan proses kejadian kepada Kogorou dan inspector yang turut serta bersamanya. Conan menjenguk kepalanya dari bawah meja sambil mendengar penerangan dari inspector Megure
"Dengan kata lain, dua kes ini seperti di lakukan oleh orang yang sama"Megure memandang ke arah Shiratori. Shiratori mengangguk kepalanya tanda setuju.
"Mouri-kun, boleh kamu terangkan ciri-ciri pelakunya?" Kogorou berfikir untuk sesaat kemudian memulakan bicaranya.
"Tingginya 170cm, dan orangnya kurus" Katanya sambil mengerakkan tangannya ketika bercakap. Takagi melihat ke arah Mouri " Kalau hanya dengan tinggi, kita tidak boleh memastikan ia lelaki ataupun perempuan"
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanfictionHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...