Sotaru melihat ke dalam dompet kecilnya mengandungi beberapa keping wang kertas bernilai 20 ringgit sekeping. 'Dalam dompet cuma ada lima keping wang kertas yang bernilai 20 ringgit, duit dah nak habis ni. Beli barang dapur je boleh terus habis semua wang saku aku ni. Kad kredit yang ada kat dalam beg pun aku tak tahu nombor passwordnya, camna nak guna? Nampaknya aku kena cari kerja. Tetapi sesuai ke aku kerja, sebagai cik muda kaya raya, aku tak pernah kerja. Mungkin aku patut jadi pelayan. Layan orang? Boleh ke aku...''Ah semua itu tak payah fikir, yang penting aku perlu mencari kerja.' Sotaru membuka pintu rumahnya, keluar dan mendekati box surat yang berisi surat khabar. Surat khabar di dalam box surat di ambil dan bawa masuk ke dalam. Surat khabar di letak di atas meja di ruang tamu rumahnya. Sotaru menaiki tangga rumahnya untuk masuk ke biliknya. 'Sekali-sekala naik tangga boleh turun berat badan.' Sotaru membuka kabinet bajunya lalu sehelai baju T-shirt berkolar yang di simpan di dalam laci keluarkan kemudian di letakkan di atas katilnya.
Sotaru membuka laci keduanya lalu mengeluarkan sehelai seluar panjang yang bewarna hitam, boxernya juga di keluarkan kemudian di letak di sebelah baju T-berkolarnya. Sotaru berjalan masuk ke dalam bilik mandi dan menutup pintunya. Dia membuka paip airnya, di biarkan air mengalir ke dalam tub mandi. Syampoo badannya yang di simpan di tempat tinggi di capai kemudian di picit botolnya sehingga isi bahagian dalamnya keluar masuk ke dalam tub mandi.
Apabila air di tub mandi mulai penuh, Sotaru menutup paip air. Dia mencelup tangannya ke dalam air dan di kacau sehinggalah buih-buih sabun muncul dan berterbangan di udara. Sotaru tersengeh. Sotaru mengangkat kaki kirinya daripada lantai mosaic lalu masuk ke dalam tub mandi yang berisi air hangat di sertakan sabun dan buih halus.
Sotaru merendamkan dirinya ke dalam tub mandi, span di tepi tub mandi di capai dan di gosokkan pada badannya. Badannya gosok sampai betul-betul bersih sehingga daki badannya betul-betul hilang. Setelah selesai dia keluar dari tub mandi lalu mendekati air pancut dan menekan suisnya, air pancut mengalir keluar bagaikan air terjun membersihkan semua kotoran dan sabun-sabun pada badannya.
Setelah merasakan dirinya bersih, Sotaru menutup air pancutnya, berjalan ke arah towel yang tersedia di dalam bilik mandi lalu menutup bahagian bawah badannya menggunakan towel itu. Sotaru berjalan keluar dari bilik mandi lalu mengambil baju serta seluar yang ada di atas katil. Pakaian yang dia ambilnya di pakai pada badannya. Dia berjalan ke arah dinding biliknya yang becermin kemudian melihat pantulannya pada cermin. Sotaru menolak rambutnya yang menutupi matanya ke belakang dengan menggunakan tangannya, pantulan wajahnya pada cermin di perhatikan. Sotaru tersenyum sinis "Damn, you look so hot"
Sotaru turun ke tingkat bawah rumahnya menggunakan lift sebab terlalu malas untuk menggunakan tangga. Setelah keluar dari lift, dia mendekati meja di ruang tamu. Dia mengambil surat khabar yang di letak di atas meja kemudian duduk di atas sofa berhadapan dengan meja di ruang tamu rumahnya. Setiap helaian di selak sehingga helaian tentang mencari kerja muncul pada page 40. Sotaru membaca jenis-jenis pekerjaan yang tersedia dalam surat khabar. Kerja yang senang di highlight dengan menggunakan maker warna hijau, kerja yang di pilihnya. Sotaru mengangguk kepalanya, membaca setiap tawaran pekerjaan yang di tawarkan di dalam surat khabar.
Setelah menjumpai pekerjaan yang sesuai dia membulatkan pekerjaan itu dengan menggunakan maker di tangannya. Surat khabar di tangan di kepitkan di ketiaknya. Sotaru bangkit dari sofa, kemudian keluar dari rumahnya. Pintu rumahnya juga di kunci agar tidak ada orang yang ceroboh masuk rumahnya. Dia berjalan melepasi beberapa kedai kemudian menaiki tangga di stasion kereta api Shinkansen. Selepas membeli tiket, Sotaru menunggu kereta api sampai di platform yang di sediakan. Ramai orang berpusu-pusu mengilinginya sehingga membuatnya sesak nafas, tak lupa juga beberapa pelajar wanita yang mengambil gambarnya tanpa kebenaran. Sotaru mengeluh, Tangannya meramas rambutnya sehingga kusut. 'Ini masalahnya kalau jadi orang kacak. Nak keluar rumah pun tak selamat.'
![](https://img.wattpad.com/cover/98284575-288-k137622.jpg)
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
Fiksi PenggemarHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...