Chapter 34 Calmness Before The Storm Comes

133 12 0
                                    


Kaito memandang Sotaru yang sibuk mencuci pinggan di singki. Apabila Sotaru rasa pinggannya yang di basuhnya mulai bersih dan hilang sisa minyaknya dia meletak balik pinggan yang di cucinya di rak pinggan yang di sediakan.Kaito berjalan mendekati Sotaru lalu memeluknya dari belakang, mengejutkan Sotaru. Sotaru menoleh kepalanya memandang Kaito di belakangnya.

"Kaito...?"

"Hm..?"

"Jom dating, Sotaru" Pinta Kaito.Wajah Sotaru memerah. "Tetapi semalam kamu melarang saya keluar dari rumah. Katanya bahaya. Sekarang ni boleh pula" Tanyanya dengan wajah bingung. Kaito tersengeh. Dia menjentik jarinya, asap pink menyebulungi Sotaru. Apabila asap mulai pudar, Sotaru muncul dengan gaya rambut berlainan. Warnanya yang sebelum ni bewarna kuning keemasan kini bertukar warna chocolate.

Mata Sotaru membulat melihat perubahan yang berlaku pada dirinya. Dia memegang rambut barunya yang kini bewarna coklat. Sebaris senyuman muncul di wajahnya.

"Saya akan bersiap, Kaito. Kamu tunggu ya" Katanya sambil berlari ke atas untuk menukar bajunya. Kaito tersengeh memandang Sotaru berlari naiki tangga ke tingkat atas. Kaito berjalan mendekati sofa di ruang tamu rumahnya dan duduk. di atas sofa itu. Fikirannya menerawang jauh memikirkan balik apa yang di lakukannya kepada Sotaru. Wajahnya merona merah apabila teringat dia telah mencium bibir Sotaru sebanyak 4 kali berturut-turut. 'Aku akan cium dia dengan lebih banyak lagi' Janjinya dalam hati. Matanya penuh dengan keazaman yang kuat.

Sementara itu di dalam bilik, Sotaru bersin. Sotaru mengelap hingusnya yang mengalir keluar dengan menggunakan tisu.

'Siapa la yang mengata aku' fikirnya sambil menyarung baju baru ke badannya. Setelah siap menukar bajunya, Sotaru berjalan keluar dari bilik dan menuruni tangga rumah. Sotaru memandang ke arah Kaito yang duduk di sofa ruang tamunya. Serta merta jantungnya yang tenang kembali berdegup kencang, wajahnya kembali memerah. Sotaru menegup liurnya yang tersekat di tekaknya.

"Buat masa macam ni lah rasa gabra nak muncul'

Sotaru melangkah kakinya dengan  perlahan, berjalan ke arah sofa Kaito yang duduk dan mencucuk pipi Kaito yang lena tidur. Kaito membuka matanya dengan perlahan apabila merasakan pipinya di cucuk.

Apabila sedar Sotaru mencucuk pipinya dia menarik Sotaru ke ribanya dan mencium pipinya. Wajah Sotaru memerah merasa saat merasakan sentuhan basah tapi hangat hinggap di pipinya.

"Jom" Kaito bangkit dari sofanya dan menarik tangan Sotaru keluar dari rumahnya. Kaito sempat mengunci pintunya sebelum meningalkan rumahnya. Kaito menarik tangan Sotaru supaya mereka dapat berjalan bersebelahan.

Sotaru menghela nafas lega. Dia memegang wajahnya yang masih hangat dan jantungnya yang masih berdegup kencang.

Sepanjang dalam perjalanan mereka Sotaru banyak memandang Kaito apabila pemuda itu tidak menumpukan perhatian terhadapnya. 'Aku seperti pelajar sekolah tinggi yang jatuh cinta' Sotoru kutuk dirinya sendiri. Dia menghela nafas panjang.

Kaito memberitahunya bahawa dia akan membawanya berpusing seluruh bandar Ekoda dan membawanya shopping ke dalam mall serta tengok wayang di sana.

Setelah berkeliaran hampir di seluruh bandar Ekoda, mereka masuk ke dalam mall dan naiki tangga elevetor ke tingkat dua di mana panggung wayang berada. Setibanya di sana, mereka beratur membeli tiket kemudian membeli makanan ringan untuk di bawa masuk ke dalam pawagam.

Kaito menyerahkan bekas pop corn kepada Sotaru manakala dia pula membawa dua bekas air pepsi dengan kedua belah tangannya. Sotaru memegang bekas pop corn dengan hati-hati lalu menyerahkan tiket movienya kepada pekerja lelaki untuk di periksa tiket movienya. Setelah pekerja itu memisahkan tiket movie, mereka membenarkan Kaito dan Sotaru masuk ke panggung. Mereka berjalan masuk dalam bilik nombor 6 dan duduk di kerusi yang bernombor M 21-M22. Kerusi mereka bersebelahan antara satu sama lain.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now