Chapter 26 Attempted Munder

125 8 1
                                    


Sotaru menghembus nafasnya untuk kesekelian kalinya. Kuah yang berada di dalam periuknya di kacau sehingga sebati. Fikirannya runsing memikirkan cara untuk menyerahkan loket pemberian ibunya kepada James Black.

'Lagipun apa yang ada dalam loket ni, sampai perlu di serahkan kepada James Black-san?' Sotaru mengacau dan terus mengacau kuah yang di masaknya sehingga ia berbuih, tidak sedar kerana berada dalam dunianya sendiri. Thud! Bunyi sesuatu berlanggar dengan sesuatu objek yang tidak di ketahui. Tersedar Sotaru dari lamunannya apabila mendengar bunyi itu. Dia melihat sekeliling tidak nampak sebarang aksi yang mencurigakan di dapurnya sehinggalah...

"Sotaru!"

Tersentak Sotaru apabila mendengar Kaito memanggil namanya. Sotaru memusing badannya menghadap belakang. Kaito berada di pintu masuk dapur. Mukanya kelihatan seperti seseorang yang terkejut. Sotaru mengangkat kening sebelahnya, pelik dengan pemuda itu. Kaito berjalan laju ke arahnya kemudian menarik lengan Sotaru dari periuk panas. Api yang di buka di tutup oleh Kaito dan baru lah Sotaru sedar kuah yang di masaknya dah mendidih. 'Apalah aku ni terlampau banyak berfikir sampai boleh tak sedar kuah sudah mendidih selamat Kaito tutup api kalau tidak hangus terbakar kat dapur ni' bisiknya.

"Sotaru tengok apa kamu dah buat ni..." Kaito menunjukkan pada Sotaru, jarinya yang bertukar warna merah akibat terkena periuk panas. 'Alamak tak sedar pulak jari ni kena periuk panas, nak buat camna langsung tak rasa sakit...' Fikirnya lagi. Kaito mendengus kesal.

"Tengok apa kamu dah buat kat jari kamu ni dari tadi mengelamun je kan dah kena periuk panas..Blah...Blah" Bebelnya dengan panjang lebar sampai boleh buat telinga Sotaru bernanah kalau mendengarnya.

Terbeliak mata Sotaru apabila melihat Kaito menyumbat jarinya yang melecur ke dalam mulutnya. Sotaru dapat rasa lidah Kaito bergeseran dengan jarinya. 'OH MY GOD?!'Rasa hangat di jarinya menusuk sehingga ke dalam hatinya. Jantungnya mula mengepam darah di dalam hatinya dengan pantas, ia juga mula berdengup laju sehingga 100 kilo meter per sejam. ' No fucking way?! What happening with me?!' Wajah Sotaru merona merah melihat Kaito, watak anime kesukaannya cuba untuk memulihkan jarinya dengan menghisap jarinya itu dengan mulutnya. 'Kan boleh guna air kat sink...!' Jerit Sotaru namun tidak keluar dari mulutnya.

Satu minit berlalu akhirnya Kaito melepaskan jari Sotaru daripada di tahan oleh mulutnya. "Perfect, dah ok" Katanya apabila melihat jari Sotaru yang kembali pulih dari lecur walaupun jarinya memulih di sebabkan kemampuan Sotaru sendiri. Kaito melihat wajah Sotaru seperti 'in daze' seperti tu lah, Kaito tersenyum. Dia memegang wajah Sotaru dengan menggunakan sebelah tangannya, memeranjatkan Sotaru dari lamunanya.

Mata Sotaru membulat setelah sedar jaraknya dan Kaito yang begitu dekat sehingga boleh menyebabkan orang salah faham. Kembali memerah sudah mukanya itu.

Kaito merapatkan jarak mereka sehingga hidung mereka saling bersentuhan. Dengan pantas Sotaru menutup matanya dengan rapat. Malu. 'A change for kiss' fikir Kaito. Kaito merapatkan lagi jarak mereka sehingga tinggal 1 cm jarak antara bibir mereka dan dia juga mula menutup matanya sehinggalah dia merasa dirinya di tarik menjauh daripada Sotaru. Kaito membuka kembali matanya dan menoleh kepalanya ke empunya tangan yang menganggunya dengan Sotaru.

Hattori berada di belakangnya, tangannya memegang kolar bajunya di bahagian belakang. 'Cheh, kacau daun betul la dia ni' getusnya dalam hati. Kaito memandang tajam Hattori yang telah menganggu detiknya bersama Sotaru. Hattori mengerling tajam matanya memandang Kaito yang cuba mencium Sotaru di dapur. 'Selamat aku singgah ke dapur untuk mengambil air mineral untuk di minum kalau tak,tak tahulah apa yang di buat budak magician ni pada Sotaru. Takkan aku benarkan. Sotaru is mine' bisiknya. Mata mereka saling berpandangan seolah seperti sedang berbicara antara sendiri tanpa menutur sebarang kata.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now