"Heiji!!" Suara pekikan kuat dapat di dengari dalam keluarga Hattori. Kazuha membuka pintu bilik Hattori dengan kuat sehingga meninggalkan satu rekahan kecil pada dinding dalam bilik Hattori. Hattori yang sedang tidur lena terjaga akibat laungan yang kuat daripada kawan baiknya. Dia menggaru lehernya yang tidak gatal. 'Ish menyibuk betul' kutuknya dalam hati. Hattori membuka matanya yang tertutup rapat, matanya di gosok dengan menggunakan belakang tangannya.
Kazuha yang melihat gelagatnya hanya mampu menggeleng kepalanya sahaja. Dia menuju ke arah katil Hattori dan menarik lengan Hattori dengan kuat sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh tersungkur dari katil. Apabila dia melihat sahabat baiknya itu tejatuh daripada katil, tangan di hulurkan ke arah sahabatnya itu dengan niat untuk menolongnya.
Hattori mengutuk sahabatnya dalam hati kerana mengejutkannya dan menyebabkan dia jatuh namun dia masih terima pertolongan Kazuha, membantunya dia bangun. Kepalanya di toleh ke arah tetamu yang tak di undang, pemuda itu nampaknya sepertinya juga terjaga apabila mendengar suara pekikan yang kuat.
Kazuha yang bingung dengan sahabatnya itu, menoleh ke arah yang di lihat oleh sahabatnya. Serta merta mukanya merona merah apabila baru sedar bahawa mereka tidak keseorangan.
"A-ano, maaf kerana telah menganggu tidur kamu!!"
Pemuda yang baring di sebelah Hattori melihatnya dengan penuh tanda tanya. Hattori yang perasan akan perubahan dalam biliknya berusaha untuk mengembalikan keadaan. Walaupun dia sakit hati dengan sikap Kazuha yang pilih kasih.
"Yo, Kazuha kau buat apa datang pagi-pagi ke rumah aku? " Tanya Hattori dengan harapan dapat membuang rasa gugup sahabat baiknya itu. Pemuda di sebelahnya hanya mampu tersenyum melihat gelagat Kazuha. "Tidak mengapa, bukan salah kamu, saya memang selalu bangun pagi" Balasnya.
Hattori tercengang mendengar ayat yang baru keluar dari mulut pemuda itu. Siapa sangka pemuda di sebelahnya cuba untuk menenangkan sahabatnya dengan mengungkapkan ayat yang mampu wanita cair. 'Tapi kalau Kazuha mustahil la kan?' Hattori memandang ke arah sahabatnya dan terkejut melihat wajah Kazuha yang semakin memerah. 'Nampaknya tekaan aku salah,' fikirnya.
"Kazuha, apa kamu buat kat sini?" Kazuha memandangnya dengan muka masam, hilang sudah muka merahnya apabila teringat sebab dia datang ke rumah sahabatnya itu. 'Muncungnya panjang sedepa, rasanya hanger pon boleh tergantung kat mulutnya itu' kutuk Hattori dalam hati
"Mou, Heiji sekarang dah pukol 7:30 pagi. Lagi 30 minit sebelum loceng sekolah berbunyi!" Hattori yang terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut sahabatnya, Dia berlari keluar dari bilik, towel yang berada di ampaian di capai dengan menggunakan sebelah tangan, serta-merta dia lari masuk ke dalam tandas. Mandi.
Kazuha ketawa melihat sahabatnya lari keluar dari bilik bagaikan lipas kudung. Bola matanya bergerak perlahan ke arah foreigner yang turut berada dalam bilik sahabatnya. Serta-merta pipinya mula merona kemerahan. Pemuda di hadapanya itu, tersenyum menayangkan giginya yang putih dan teratur. 'Uwah kacaknya,' bisik hatinya.
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanfictionHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...