Conan, Haibara dan teman kecilnya yang lain masuk ke dalam lift yang tersedia dalam rumah Sotaru, kemudian Conan menekan punat G untuk turun ke tingkat bawah. Lift bergerak ke bawah dengan perlahan. Apabila tiba di tingkat bawah, pintu lif terbuka luas, mereka berjalan ke arah dapur untuk makan malam. Bau aroma makanan masuk ke rongga hidung mereka, serta merta Ayumi, Genta dan Mitsuhiko berlari ke arah aroma itu datang. Conan dan Haibara mengikuti mereka dari belakang.
"Apa pendapat kamu Kudou-kun, mengenai Sotaru-san" Bisik Haibara ke Conan yang berjalan di sebelahnya. "Aku rasa Sotaru-san tidak terlibat dengan 'mereka' mungkin orang tua Sotaru-san terlibat. Buktinya boleh di lihat melalui reaksi Sotaru-san apabila mengambil buku itu yang jatuh di lantai, wajahnya tidak menunjuk sebarang reaksi apabila membelek dan menyelak setiap halaman dalam buku itu. Nampaknya kedua orang tua Sotaru-san merupakan bekas Black Organization. Mereka juga telah mencipta buku itu dengan tersembuyi tanpa pengetahuan 'mereka'dengan harapan seseorang membacanya dan mencipta penawar bagi pihak mereka, sebagai buktinya kenapa orang tua Sotaru-san bersusah payah untuk menulis buku bekaitan research mereka melainkan mereka merancang untuk tidak mahu meneruskan kajian mereka, mereka juga merancang untuk melarikan diri ke luar negara dan menempah sebuah Condo untuk mereka tinggal untuk sementara waktu sebelum mereka berangkat ke luar negara. Malangnya, mereka di jumpai sebelum berangkat ke luar negara" Kata Conan. Haibara mengangguk kepalanya tanda faham. Haibara menghela nafas lega kerana dia tidak mahu bermusuhan dengan pemuda yang telah menolongnya tempoh hari.
"Seperti biasa otak kamu memang berguna pada saat ini" Kata Haibara sambil tersenyum, kepalanya di toleh ke arah Conan yang berjalan di sebelahnya. Conan memasamkan mukanya tanda tidak puas hati. "Apa maksud kamu 'pada saat ini' sebelum ini otak aku tak...." Conan terhenti dari bicaranya. Wajah shock jelas terpancar pada wajahnya. Haibara melihatnya pelik. "Kenapa Kudou-kun?"
"Shit.." kata Conan dengan perlahan namun jelas kedengaran di telinga Haibara. "Kudou-kun kenapa kamu berhenti bercakap?" Tanya Haibara lagi. Wajahnya jelas terpancar rasa ingin tahu yang mendalam terhadap sahabatnya yang tiba-tiba berhenti bercakap. Conan memandang ke arah Haibara.
"Haibara kamu ingat kes yang Hattori ingin aku siasat?" Tanya Conan ke arahnya. Haibara mengangguk kepalanya. "Kalau camtu nyawa Sotaru-san dalam bahaya tanpa dia ketahui" Haibara terkejut mendengar penjelasan dari Conan. "Maksud kamu 'mereka' incar Sotaru-san?" Tanyanya dengan perlahan. Conan mengangguk kepalanya, mengiakan soalan dari Haibara. "Mungkin sekarang ni mereka sedang mencarinya apabila melihat berita di tv mengenai seorang pemuda yang di tikam, masuk hospital. Wajah Sotaru-san jelas terpamer dalam berita itu." Balasnya lagi. Wajahnya serius membicarakan pembicaraan mereka sehingga mereka di gangu oleh suara teriakan dari arah dapur.
"Oi Conan tak mahu makan ke?!" Jerit Genta.
"Ai-chan, kamu tidak mahu makan ke?" Suara Ayumi jelas kedengaran dari dapur.
"Conan-kun, Ai-chan, makan malam dah sedia" Panggil Sotaru yang berjalan mendekati mereka. Mata Conan dan Haibara memandangnya tidak berkelip. Sotaru tersenyum memandang mereka sambil tangannya mencapai tangan Haibara dan Conan. Tangan mereka di gengam erat lalu dia membawa mereka ke dapur. Tangan Conan dan Haibara yang berada dalam pegangan tangan lelaki itu di pegang erat sehingga mereka tidak berjaya melepaskan tangan mereka darinya. Akhirnya mereka menyerah, membiarkan tangan mereka di pegang oleh pemuda di hadapannya. Kaki mereka bergerak serentak apabila Sotaru berjalan mendekati dapur dalam rumahnya.
Apabila tiba di dapur, Sotaru melepaskan tangan mereka. Kerusi di bawah meja di tarik keluar kemudian dia memandang Conan dan Haibara. Conan dan Haibara mengambil tempat duduk yang di tarik oleh Sotaru lalu duduk di atasnya. Sotaru tersenyum lalu dia mendekati oven dan mengeluarkan Pai lemon buatan tangannya. Pai itu di letakkan di atas meja makan untuk menjadi santapan mereka setelah selesai makan malam. Bersinar-sinar mata Ayumi, Genta dan Mitsuhiko apabila melihat sajian yang di sediakan di atas meja makan.
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanfictionHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...