Kaito memusingkan badannya ke kiri lalu di pusing ke arah kanan pula. Proses itu berulang-ulang sehingga Kaito mulai penat lalu bangkit dari katilnya dan duduk di tepi katil. Kaito mengelamun jauh memikirkan peristiwa yang terjadi sebelumnya Hal yang terjadi pada minggu lepas masih belum di lupakan. Hatinya sudah tidak sesakit seperti sebelumya namun dia masih terasa dengan Sotaru yang telah menipunya. 'Marah? Ya, dia sedang marah sekarang. Marah terhadap sahabat barunya yang sanggup berbohong terhadapnya.'
Namun dia tidak boleh menyalahkan Sotaru sedangkan dia juga telah berbohong kepada Aoko dan sahabat barunya itu mengenai pekerjaan rahsianya sebagai Kaito KID. Dia juga mengaku dia telah menggantikan pekerjaan ayahnya sebagai seorang magician aka Kaito KID yang telah menjadi buruan polis sejak lapan tahun yang lalu, namun dia buat semua itu bersebab, Kaito berhasrat untuk menangkap pembunuh ayahnya dengan memakai mantel milik ayahnya, dengan itu pembunuh ayahnya akan keluar dari lubuk persembunyian mereka. Dia juga perlu mencari Pandora yang diincar oleh Snake lalu memusnahkan Pandora itu.
Kaito mergerling matanya ke arah jarum jam di dinding yang menandakan pukul enam pagi. Kaito mengeluh. Sudah berjam dia baring di katilnya namun matanya masih terbuka luas kerana terlampau memikirkan masalahnya dengan sahabat barunya, Sotaru Nanomiya. Kaito menghela nafas sedalam-dalamnya. Dia bangun dari katilnya dan menghampiri pintu biliknya. Dia membuka biliknya dan berjalan menuruni tangga rumahnya.
Kaito memandang sekeliling rumahnya yang kelihatan sepi bagaikan rumah hantu pada waktu malam. Tangannya mencapai suis di dinding, lalu menekan suis lampu tangganya. Serta merta merta lampu ruangan tangga rumahnya terang berderang di hiasi cahaya lampu.
Kaito berlari turun tangga lalu menuju ke dapurnya. Suis lampu dapurnya di tekan, lampu dapurnya mula menyala.Kaito berjalan mendekati kabinet dapurnya. Setiap laci kecil di dalam kabinet itu di buka satu persatu.
Sepaket serbuk Cocoa kesukaanya di ambil dari dalam laci kabinet. Apabila paket itu berada dalam pegangan tangannya, Kaito mengambil cawan di dalam kabinet, serbuk Cocoa di tabur ke dalam cawan. Air panas yang tersedia di dalam jug air electronik di dapur di tuang ke dalam cawan berisi serbuk Cocoa.
Air panas di isi ke dalam cawan sehingga penuh, kemudian dia mengacau airnya dengan menggunakan sudu.
Kaito membawa cawan ke ruang tamu dan meletak di atas meja. Di sebabkan bosan dia menekan tombol pada remote tv untuk menonton tv bagi menghilangkan rasa bosannya.Siaran tv di ruang tamunya mula menyala. Kaito mengambil cawannya semula dan menghirup baunya. Hanya air Cocoa yang mampu menenangkan hatinya kacau bilau. Dia meneguk air cocoa dengan penuh nikmat. Kaito Menjilat bibirnya yang di hiasi air Cocoanya.
Setelah puas minum, Kaito meletak cawannya ke atas meja semula. Kaito menukar siaran tv, setiap siaran di tukar sehingga gambar seseorang yang di kenalinya muncul dalam tv. Di dalam tv, seorang pemuda rambutnya bewarna kuning keemasan di usung dari van ambulan lalu di bawa masuk ke dalam hospital. Pemuda itu tidak sedarkan dirinya, baju yang di pakai berlumuran dengan darah akibat di tikam.
Ramai wartawan mengambil gambarnya dan menanya beberapa soalan kepada pihak polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Wajah seorang wanita berambut pendek sedang melakukan wawacara terhadap seorang anggota polis mengenai kes pembunuhan acak yang terjadi sejak dua miggu yang lalu.
Kaito menutup tv lalu berjalan naiki tangga rumahnya. Cawan di meja di capai senbelum dia menaiki tangga. 'Minum kat bilik lebih baik' Kaito mendengus kesal.
"Why you're lying to me, Sotaru"
Kaito masuk ke dalam biliknya lalu mengunci tombol pintunya. Dia berjalan mendekati katilnya dan baring di atasnya. Kaito memandang silingnya biliknya, fikirannya menerawang jauh sehingga jam penggera yang berdering dengan kuat menandakan masa dia perlu bangun mandi dan bersedia untuk ke sekolah pun dia tidak dengar.
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
Fiksi PenggemarHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...