Chapter 10 Visitor

192 14 0
                                    

Setelah menemui bahan bukti Conan berjalan keluar dari rumah banglo milik mangsa. Dia berjalan ke arah rumah prof Agasa. Setelah membuka pintu besar rumah prof Agasa. Conan masuk ke dalam lalu di duduk di sofa yang berada di ruang tamu tengah. Ayumi, Mitsuhiko dan Genta sedang bersantai di hadapan tv, bermain Games. Di tangan mereka sebuah objek di kenali sebagai controller di pegang dengan menggunakan kedua belah tangan. Conan mengeluh, nampaknya teman kecilnya berjaya melupakan kes yang berlaku tadi apabila pulang ke rumah prof Agasa. Dia meneka prof Agasa menyuruh mereka bermain games itu supaya mereka dapat melupakan kes yang terjadi tadi. Ayumi tersenyum ke arah Conan apabila gadis kecil itu perasan Conan telah kembali dari menjalankan tugasnya.

Haibara berjalan keluar dari dapur, segelas jus minuman berada dalam pegangan tangannya. "Kudou-kun, bagaimana dengan kes tadi kamu ada jumpa bahan bukti yang boleh membantu siasatan polis?" Bisiknya ke telinga Conan. Conan mengankat kening sebelahnya. Kepalanya di pusing ke arah belakang, ketiga teman kecilnya sedang khusyuk bermain video games. Tidak sedar Haibara telah keluar dari dapur.

"Aku jumpa sebelah anting-anting yang berbentuk kupu-kupu bertatahkan berlian sangat jarang di jual di Jepun, melainkan ia adalah special made" Conan tersengeh. "Kalau Kaito KID tahu kewujudan anting-anting itu, pasti ia menjadi salah satu objek dalam senarai list untuk di curi" Haibara memandang Conan untuk seketika lalu dia meneguk jus orennya.

"Macam mana kondisi Sotaru-san? Masih dalam di operasi?" Tanya Conan. Dia berjalan ke arah dapur lalu membuka pintu kabinet. Sepaket kopi di keluarkan dari dalam kabinet lalu di tabur di dalam cawan yang berisi air panas. Balang gula di ambil dari kabinet. Conan mengambil dua sudu gula dan di kacaukan ke dalam cawan kopi. Haibara terdiam untuk seketika namun dia memulakan bicaranya semula

"Masih dalam ICU, luka tikaman mengenai jantung mangsa namun mangsa masih hidup sampai sekarang" Katanya. Matanya di tutup rapat. Bulu romanya meremang apabila teringat kejadian yang berlaku tadi terutamanya pada seseorang yang di kenalinya.

Conan meneguk kopi buatan tangannya sehingga licin. Cawan di tangan di letakkan di dalam meja lalu dia berjalan keluar dari dalam rumah prof Agasa. Phone di poket seluarnya di keluarkan. Conan mendail nama Hattori lalu menunggu sehingga dia membalas telefonya. Seminit telah berlalu namun Hattori masih belum menjawab panggilannya. Conan mematikan panggilannya. Phonenya di letak balik dalam poket seluarnya. Dalam hati, dia menyumpah Hattori kerana tidak menjawab panggilannya.

Setelah malam menjelang, Conan kembali ke agensi Mouri. Di dapur, Ran sibuk memasak makan malam mereka. Ayahnya pula sibuk menonton konsert Yoko di kaca television. Terjerit-jerit dia memanggil nama Yoko apabila wajah artis pujaannya muncul di kaca tv. Conan masuk ke biliknya, menanggalkan baju yang di pakainya sepanjang hari. Towel yang di simpan dalam rak di ambil lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik mandi. Di sebabkan terlampau penat dia tertidur di dalam tub mandi di bilik air.

Sementara itu di hospital Beika,

Suasana di sekitar bilik pesakit yang bernama Sotaru Nanomiya riuh rendah apabila ramai nurse berada di hadapan pintu bilik Sotaru berusaha keras untuk masuk ke dalam biliknya.

Ceritanya bermula apabila dia hantar ke hospital, nurse yang lalu lalang di sekitar kawasan pintu masuk hospital ternampak dirinya yang terbaring kaku di atas stretcher. Apabila mereka ternampak wajahnya, mereka terus jatuh hati padanya.

Selepas pembendahan selesai, pihak hospital mengasing biliknya daripada pesakit lain agar senang merawatnya. Apabila nurse mendengar khabar itu dari doctor hospital, mereka berebut untuk menjaganya. Hampir keseluruhan nurse yang bekerja di hospital itu tertarik dengannya ataupun ingin melihat wajahnya. Di sebabkan itu, pihak hospital telah menyarankan agar nurse lelaki yang menjaganya namun perkara yang sebaliknya berlaku.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now