Chapter 1 Who Am I? Nanomiya Sotaru

707 28 11
                                    

Angin malam meniup lembut rambut yang berwarna kuning keemasan milik seorang pemuda berusia belasan tahun. Setelah penat berjalan keliling bandar pemuda itu duduk di sebuah bangku kosong dalam kawasan taman permainan. Jari-jemarinya menyisip helaian rambutnya yang menutupi wajahnya ke belakang telinga. Mata hijau kebiruannya memandang sekeliling kawasan taman permainan yang tidak familiar baginya. Kelihatan anak anak kecil bersama ibu bapa mereka sedang berjalan-jalan sambil berpegangan tangan, di sudut lain dia dapat melihat dengan jelas signboard di kawasan perumahan tersebut. Matanya menatap tajam pada ayat di signboard tersebut.

'Osaka ke Beika? Sejak bila di Landon ada kawasan perumahan yang bernama Osaka? Tunggu, bila masa pulak ni aku boleh baca bahasa aneh ni selain English?Dan sejak bila aku boleh melihat dengan jelas tanpa menggunakan glasses? Hmn tapi Bandar Beika kedengaran familiar. No!Wait! Osaka tu Bandar dalam Jepun kan? Sebelumnya aku di Landon, tapi sekarang ni aku di Jepun?Tapi, bukan ke di Jepun tiada bandar yang bernama Beika?Wait! Bukan ke Beika di Jepun tu nama Bandar dalam anime Detective Conan?'

PAP!

Satu tamparan hinggap di muka bagi membangunkannya dari mimpi?Tapi apa dia benar-benar sedang bermimpi?

Sepertinya tidak...

'Aduh-aduh...pedih muka aku ni kena tamparan free. Tapi ini bermakna ni bukan mimpi ke?' Wajahnya menoleh ke kiri dan ke kanan, bertanya-tanya apakah dia boleh menemukan karakter favoritnya apalagi Kaito KID kesayangannya. 'WAIT A DAMN MINUTE! Kalau betul la aku berada dalam dunia anime Detective Conan, Di mana tempat aku boleh tidur ni!? Matilah aku kali ini, tidur kat luar ke ni? Sejuk tu, sekarang ni pasti bulan Disember. Sejuk gila oi..'

Pemuda itu menghela nafas sedalam-dalamnya. Pikirannya kusut memikirkan masalah yang di hadapinya semenjak muncul di dunia yang cukup arif baginya, dunia di mana kes pembunuhan, perculikan sering kali berlaku di dunia Detective Conan. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana dia boleh muncul dalam cerita anime Detective Conan.

Dia masih ingat di hari sebelumnya dia muncul, dia sedang menonton anime favouritenya yang dibeli di kedai CD. Sebaik tiba di banglo milik keluarganya, pelayan dan maid di rumah menyambut mesra kepulangannya seperti sudah bertahun tak balik padahal baru 30 minit dia keluar rumah. Selepas berjalan hampir 10 minit kerana tersesat dalam rumah sendiri, baru la dia dapat jumpa bilik sendiri itu pun kena tanya maid yang kebetulan berada berdekatan dengannya.

'Syukurlah maid tu tahu bilik aku, Kalau tidak mengembaralah aku satu rumah untuk cari bilik sendiri je kot. Hempeh...Kalau orang luar tahu... malu aku. Mana nak sorok muka ni oi..!Hempeh betol keluarga aku ni beli rumah yang mempunyai berpuluh buah bilik. Pening aku nak cari bilik sendiri, itu baru bilik tidur belum lagi bilik air, bilik mandi dan dapur.'

'Oklah, lupakan pasal rumah aku, sebaik sahaja aku masuk bilik, aku terus melabuhkan punggung di atas sofa dalam bilik. Satu persatu episode anime detective conan aku tonton sehingga terlelap.' Masa terasa begitu singkat, apabila dia membuka matanya dia mendapati dirinya tidak berada dalam banglo milik keluarganya malah dia berada di kawasan Bandar yang tidak sepatutnya wujud di Kota Landon. Setelah berjalan selama berjam jam, kakinya mulai tidak dapat menampung beban badanya, dia mengambil keputusan untuk berehat di kawasan taman permainan, THE END. 'Tamat sudah pengembaraan aku hari ni.'

GrOOOWWWLL..... 'Urgh Laparnya.' Tangannya memegang erat perutnya. 'Perut dah berbunyi, aku masih belum makan. Lebih baik check ada beg dompet ke tak kat dalam seluar ni? Bila di fikirkan kan balik mana baju yang aku pakai kat rumah tadi, kenapa aku pakai baju lelaki, pakai kasut pulak tu, memang bukan taste aku...'

Dia meraba poket dalam saku seluarnya. ' Hmm ada la...Mungkin aku boleh cari tahu siapa pemilik badan yang aku ambik alih ni? Beg di tangan di belek-belek, bahagian dalam di buka, wang kertas beratus ringgit penuh satu beg. 'Woah...kaya ke pemilik badan ni?' Matanya terpandang pada kad identiti diri, dengan berhati-hati dia mengeluarkan kad tersebut dari beg. Tidak berkelip matanya melihat kad yang berada di tanganya itu.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now