Chapter 11 Truth

193 14 0
                                    

Hembusan angin yang kencang telah menerbangkan sekumpulan awan bewarna kelabu yang terlihat mendung. Mentahari yang selalu bersinar terang kini di telan awan-awan tebal. Menghiasi setiap ruang di permukaan langit. Suhu yang dingin pada musim sejuk menembusi sehingga ke tulang rusuk jejaka yang sedang berdiri di tepi jendela di katil hospital.

Sotaru menggigil kesejukan. Tangannya di gosok agar dapat menghasilkan haba dari tapak tangannya. Sotaru menutup cermin tingkap biliknya bagi menghalang angin daripada memasuki biliknya. Sotaru berjalan mendekati katilnya dan bersandar pada hujung katilnya. Buku di capai di atas meja. Dia membacanya dengan perlahan. Setiap halaman buku itu di selak sehingga dia puas. Setelah sejam berlalu, Sotaru menutup kembali bukunya itu. Dia menghela nafas dengan kesal.

"Bosannya" Luahnya. Tangannya meramas rambutnya yang rapi sehingga kembali kusut. Sotaru bercadang untuk keluar dari biliknya namun Conan telah melarangnya untuk keluar daripada biliknya kerana kondisinya yang tak stabil dan jumlah peminatnya yang semakin meningkat naik. Sotaru mengeluh lagi untuk kesekalian kalinya. Tiba-tiba satu idea muncul di benak fikirannya. Sebaris senyuman muncul di wajahnya.

Sotaru turun dari katilnya dan membungkukkan badannya di hadapan sebuah laci kecil di sebelah katil di tepi jandela bilik. Dia membuka pintu kecil laci kecil itu. Objek yang di ingini berada di dalam laci itu. Tangannya mengambil objek itu dan di pakaikan pada wajahnya. Sotaru teringat semalam Conan menyerahkan mask putih kepadanya dengan alasan agar dia boleh pergi ke kantin ataupun ke taman dengan tenang tanpa ada orang yang boleh mengecam wajahnya.

Sotaru berjalan mendekati pintu biliknya. Dia melihat dua pengawal polis  berjaga di hadapan biliknya. Mereka mengawasi setiap gerak geri nurse yang lalu lalang di hadapan biliknya. Setiap ruang lobi di hadapan pintu biliknya di perhati dengan teliti. Nurse yang selalu berkumpul di hadapan biliknya tiada kerana sibuk menjaga pesakit mereka.

'Check line clear'

Sotaru membuka pintu biliknya, memeranjatkan dua pengawal yang bertugas menjaganya. Dua pengawal itu memandangnya.  "Kamu ingin keluar Sotaru-san?" Tanya salah seorang dari dua pengawal itu. Sotaru mengangguk kepalanya. Tangan kirinya menggaru kepalanya yang rasa tidak gatal.

"Ya. Saya bosan duduk lama-lama dalam bilik itu. Kalau kalian mahu berehat silakan, tidak perlu menjaga saya sepanjang waktu" Balasnya, sebaris senyuman muncul di wajahnya.

Sotaru berjalan ke arah kantin untuk membeli makanan di sana. Makanan di hospital selalu membuatnya merasa loya. Setiba di kantin hospital, sotaru mengorder ramen dan air teh lemon ais dari makcik yang mengambil ordernya. Setelah selesai mencatat ordernya makcik itu berlalu pergi ke dapur untuk menyediakan pesanannya. Sotaru mengeluh lega.

Buat masa ini tiada siapa dapat mengenali wajahnya apabila memakai mask. Untuk menambah efek yang lebih menjadi, Sotaru berpura-pura batuk seperti orang batuk yang memakai mask. 'Hehe.'

Sotaru tersenyum puas, penganggunya tidak muncul sejak dari tadi. Matanya di kerling ke arah sosok tubuh seorang pemuda yang sangat di kenalinya. Sotaru berjalan mendekai pemuda itu.

"Kuroba-san?"

Kuroba yang sedang fokus memilih menu makanan itu menoleh ke arahnya. "Em...kamu..?" Tanya Kuroba dengan wajah yang keliru. 'Great, sekarang dia tidak mengenali aku kerana memakai mask di wajah.' Sotaru mengeluh.

"Sotaru Nanomiya, kita berkenalan seminggu yang lalu" Balasnya. Mata biru keungguan pemuda di hadapannya membulat apabila mendengar namanya. Serta merta sebaris senyuman muncul di wajah pemuda itu. "Sotaru-san, kamu buat apa di hospital ini?" Senyuman di wajahnya melebar sampai ke telinga. "Sepatutnya saya yang tanya soalan itu" Sotaru menggembungkan wajahnya kerana tidak puas hati dengan soalannya.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now