Chapter 29 New Home

161 9 0
                                    

"Sotaru..."

".....?"

"Sotaru bangun"

"Um? Nak apa Kaito?" Tanya Sotaru sambil menggosok matanya dengan tangannya. Dia menarik selimutnya, menutup seluruh badannya. Kaito mengeluh.

"Sotaru kita kena keluar dari rumah ni sekarang" Kata Kaito. Sotaru bangkit dari katilnya dan duduk di tepi katil memandang Kaito. Kaito menghulurkan tangannya, membantu Sotaru bangun dari katilnya.

"Kamu tidak perlu risau pasal baju nanti boleh boleh beli yang baru tetapi yang penting sekarang ni adalah keselamatan kamu" Kata Kaito lagi. Sotaru mengangguk kepalanya faham. Dia berjalan mendekati almari dan mengeluarkan baju dan seluar yang warnanya gelap supaya lebih senang menyamar pada waktu malam. Sotaru menyarung baju dan seluar pada badannya kemudian mendekati Kaito yang berdiri di luar bilik tidurnya.

"Sudah siap?" Tanya Kaito kepadanya. Sotaru mengangguk kepalanya, mengiakan soalan Kaito. Kaito mengeluarkan sarung kepala yang berwarna gelap dan dia menyerahkan sarung kepala itu kepada Sotaru. Sotaru mengambil sarung kepala itu dan memakainya pada kepalanya bagi menutup rambutnya yang emas itu.

Mereka memasuki dalam lift kemudian menekan punat G untuk turun ke bawah. Pintu lift tertutup rapat dan mula bergerak ke bawah.

Pintu lift terbuka apabila tiba di tingkat paling bawah rumah Sotaru. Kaito dan Sotaru berjalan keluar lift dan berjalan menuju ke dapur rumahnya. Pintu kayu di dapur di buka dengan perlahan dan mereka berjalan keluar daripada rumah.
Pintu pagar dapur di buka, Kaito memandang sekeliling kawasan belakang rumahnya.

'Check! takde orang' Kaito menarik tangan Sotaru dan membawanya keluar dari rumahnya dan berjalan menuju ke rumah Shinichi yang berhadapan dengan rumahnya. Namun di sebabkan factor keselamatan mereka terpaksa ikut jalan jauh kerana takut ketahuan daripada organisasi yang mengintip rumah Sotaru. Menurut kata Hattori, mereka mengintip dari bangunan arah bertentangan dengan rumah Sotaru. Jadi untuk langkah berjaga-jaga mereka curi keluar rumah dari pintu belakang kerana pandangan mereka terbatas.

Setelah berjalan hampir lima minit, mereka berhenti di sebelah lorong yang di sinari lampu jalan. Kaito menjenguk kepalanya memandang sekeliling kawasan itu, apabila mendapati kawasan perumahan itu tiada sebarang gerakan yang mencurigakan daripada orang yang lalu lalang, Kaito menarik tangan Sotaru lagi. Mereka meneruskan perjalanan mereka yang terbantut. Sotaru mengikutnya dari belakang dengan diam tanpa bicara.

Akhirnya mereka tiba di belakang rumah Shinichi. Kaito mendail nombor Subaru-san yang dia terima daripada Conan kemudian menunggu balasan dari Subaru untuk menjawab panggilannya. Subaru mengangkat phonenya dengan segera.

"Hello?" Jawab Subaru kepada identiti pemanggilnya yang tidak di kenalinya. Kaito menegup liurnya.

"Um, ini Subaru-san?" Tanya Kaito untuk mendapatkan kepastian daripada lelaki yang di teleponnya. Subaru terdiam mendengar soalan Kaito. "Iya, saya.Kamu siapa?" Tanyanya lagi.

"Saya Kaito. Conan ada bagitau kamu tak yang kami akan menumpang di rumah kamu untuk sementara waktu?" Tanya Kaito dengan mengharap agar pemuda yang di callnya mengingati apa yang di katakan Conan.

"Iya saya ingat. Kamu di mana sekarang ni?" Tanya Subaru. Tangannya membetulkan cermin mata di wajahnya.

"Ah,baguslah begitu. Kami sekarang ni berada di belakang rumah kamu. Tolong bukakan pintu pagar dan pintu kayu kamu." Kata Kaito.

"Baik lah saya faham" Talian di matikan Sotaru boleh dengar bunyi pintu kayu di buka kuncinya dan apabila pintu di buka, Sotaru melihat seorang lelaki berambut chocolat kemerahan dan berkaca mata berdiri di tengah pintu dapur.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now