Sotaru berjalan perlahan mengikuti Kaito dari belakang sementara matanya meliar memandang sekeliling dalam gelap memandangkan mereka serbu markas black organization semasa di malam hari. Tangannya memegang baju bahagian belakang milik Kaito. Setelah berjalan hampir 5 minit, Kaito memegang tangan Sotaru dan menarikya masuk ke dalam semak jauh daripada markas. Sotaru memandang Kaito dengan pelik. Kaito tersengeh. Dia memegang pipi Sotaru dengan kedua belah tangannya dan menarikya ke arahnya. Kaito mencium bibir Sotaru untuk sesaat dan menarik kembali wajahnya menjauh darinya. Wajah Sotaru memerah. Matanya memandang tepat Kaito yang berada di hadapannya.
"Kaito?"
"Take care Sotaru, jangan keluar dari tempat pesembunyian ni. Ada sesuatu yang perlu saya lakukan, nanti saya akan kembali. Ok?" Kata Kaito sambil menayangkan senyuman ceria kepada Sotaru. Sotaru mengangguk kepalanya faham dengan apa yang dikatakan Kaito. Kaito meramas rambutnya hitamnya sehingga kusut kemudian dia mencium dahi Sotaru.
"Kita jumpa lagi, Sotaru"
Kaito membalikkan badannya daripada berhadapan dengan Sotaru. Dia berlalu pergi meninggalkan Sotaru yang sorok di bekangnya. Wajahnya kembali serius. Sebaris senyuman tidak lagi muncul di wajahnya. Dia berjalan mendekati bangunan sebelah markas dan menaiki tangga di sisi luar bangunan itu. Dia berhenti di sisi tangga dan melihat ke arah jendela bilik yang tidak di tutup rapat.
Kaito memanjat tangga dan berdiri di atasnya. Dia mengeluarkan pistolnya dan menembak ke arah tingkap bilik itu. Sebuah dawai besi bercangkuk keluar dari pistol yang di tembaknya dan cangkuk itu mencengkam kuat pada tingkap sisi jendela yang terbuka itu.
Dia berjalan di atas dawai besi yang bersambung dengan tingkap dengan gaya coolnya dan menyusup masuk ke dalam bilik yang tingkapnya terbuka. Kaito berdiri di hadapan tingkap kemudian dia mengeluarkan card gun serta binocular.
Kaito memandang sekeliling bangunan sebelahnya dan menembak pistol di pegangan tangan setiap anggota black organization dengan kad yang keluar daripada pistolnya itu.
Pistol musuh yang ditembaknya jatuh ke lantai. Apabila sedar anggota black organization tidak memegang pistol mereka, agen FBI dengan pantas menembak mereka tanpa berfikir panjang. Terus tumbang sebahagian anggota organization di tembak tanpa usul periksa.
Vodka mendengus kesal melihat anak buahnya tewas mati di tembak FBI. Dia memasukkan beberapa butir peluru ke dalam pistolnya dan menembak tiga agen FBI yang berdiri berdekatan dengannya. Dalam hati dia tertanya-tanya keberadaan Gin yang tidak muncul semenjak setengah jam yang lalu.
Vodka melirik matanya memandang James Black yang sibuk menembak beberapa anak buahnya. Dia tersenyum sinis. Pistolnya di halakan ke arah James Black. Dia menarik picu pistolnya dan tembak ke arah lelaki tua itu.
"James/James-san!!" Jerit Jodie dan Camel. Mereka berlari ke arah James dan menarik lengan lelaki tua itu sebelum peluru yang di tembak Vodka mengenainya. James Black menghela nafas lega. Dia memandang ke arah peluru yang di tembak tadi. Peluru yang di tembak Vodka tadi menembusi dinding bangunan di belakangnya.
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
Fiksi PenggemarHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...