Sotaru melihat permandangan sekeliling hospital dengan hati yang tenang sehingga bunyi yang kuat datang dari pintu biliknya memeranjatnya. Sotaru memusingkan kepalanya memandang ke belakang.Conan yang berdiri di tengah pintu kelihatan tercungap-cungap, peluhnya membasahi wajahnya. Sotaru memandangnya pelik. "Conan-kun kenapa ni?" Setelah hampir seminit berdiam diri akhirnya Conan membalas soalan Sotaru. "Saya cuma tertinggal barang di dalam bilik ni" Conan mengelap peluh di dahinya dengan tangannya. Mana taknya kalau dia lari pecut bagaikan sertai acara 100 meter dari kantin hospital hanya semata-mata untuk melihat keadaan Sotaru.
Conan berjalan di sofa tempatnya duduk tadi kemudian mengambil phonenya yang tertinggal di sofa. Selamat dia tertinggal phonenya kalau tidak, takde alasan dia kembali ke bilik Sotaru. Conan memerhati Sotaru yang memandangnya "Fuh" Dia mengeluh lega. Lega tidak terjadi apa-apa kepada pemuda di hadapannya. Conan meletak phonenya yang di pegangnya di dalam poket seluarnya. Dia berjalan mendekati Sotaru dan duduk di sebelahnya. Sotaru memandangnya tidak berkelip.
"Sotaru nii-san, apa kata kamu pindah rumah?" Tanyanya setelah berfikir lama. Terganga mulut Sotaru memandang Conan. "Eh?" Terpinga Sotaru mendengar pertayaan Conan. "Apa? Pindah rumah? Untuk apa?" Tanyanya dengan rasa keliru.
'Kenapa pula dia suruh aku pindah.' Conan menggaru pipinya memikir cara untuk menerangkan citer sebenarnya kepada Sotaru. "Sebenarnya... saya dah bincang dengan Subaru-san, bahawa kamu perlu peneman untuk tingal sendirian di rumah sebesar itu jadi saya cadangkan kepada dia untuk menemani kamu, tinggal bersama kamu or kamu yang tinggal di rumahnya" Membulat mata Sotaru mendengarnya. 'Eh gitu pula?'
"Teman? Tapi saya tidak kisah tinggal seorang" Kata Sotaru kepada detektif cilik di hadapannya. Conan terasa bagaikan mahu menghentak kepalanya di lantai. Pening memikirkan jawapan dari pertanyaan Sotaru.
'Aduh, macam mana nak yakin dia pindah rumah, kalau dia tinggal bersendirian tidak dapat menjamin keselamatan dia, tetapi kalau tinggal dengan Subaru-san mungkin dapat menjamin keselamatan dia.'
Pintu bilik terbuka luas, Kaito dan Hattori masuk ke dalam bilik. Wajah mereka memerah memikirkan kejadian yang berlaku antara ketua nurse dengan mereka. 'Ish minta di buang jauh-jauh' fikir mereka. Kaito dan Hattori mendekati katil Sotaru lalu duduk di sebelahnya di kerusi yang di sediakan.
"Kaito, Heiji-san bila kamu berdua dah balik? Kalian pergi mana tadi?" Tanya Sotaru. Kaito dan Hattori saling berpandangan. Serta merta mereka menggeleng kepala mereka, menghapuskan ingatan mereka yang berkaitan dengan kejadian yang berlaku tadi. Mereka tersengeh memandang Sotaru. Sotaru memandang mereka pelik.
"Sotaru kami tidak curang. We swear" Jelas mereka berdua dengan serentak. Bertambah bingung Sotaru dengan mereka berdua. Conan memandang pelik dengan mereka berdua. 'Pasti terjadi sesuatu kepada mereka' fikirnya. "Curang? Curang dengan siapa?" Tanya Sotaru kepada Kaito dan Hattori. "Eh, takde sesiapa" Jelas mereka serentak.
"Jadi Sotaru, boleh kami tidur di hospital?" Tanya Kaito untuk mengubah topik perbicaraan mereka. Hattori mengangguk kepalanya. Sotaru tersenyum mendengar pertayaan mereka. "Saya tidak kisah tetapi saya tidak pasti sekiranya pihak hospital benarkan kalian tinggal di sini." Jelasnya.Serta merta wajah Kaito dan Hattori memasam.
"Jadi mari kita dapatkan kebenaran doctor yang melawat Sotaru"Kata Kaito sambil menarik lengan Hattori keluar dari bilik Sotaru. Hattori mengikutinya dari belakang.
'Mereka ni tak sabar tunggu doctor masuk ke dalam bilik ke?' fikir Sotaru lagi. Conan mengeluh. "Saya balik dulu, Sotaru nii-san" Kata Conan. Sotaru mengangguk kepalanya. Setelah lima belas minit berlalu Kaito dan Hattori kembali ke biliknya dengan wajah berseri-seri. 'Pasti mereka dapat kebenaran untuk tinggal kat sini' fikir Sotaru lagi.
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanfictionHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...