Chapter 35 The Crows

118 12 0
                                    

Sotaru membuka matanya dengan perlahan namun apa yang di lihatnya hanyalah kawasan yang gelap gelita. Dia cuba mengingat kembali apa yang terjadi kepadanya sebelumnya pengsan.

'Yang aku ingat hanyalah aku dan Kaito berdiri di tepi jalan sambil menunggu teksi berhenti kemudian seseorang telah menyerang Kaito dari belakang sehingga menyebabnya pengsan. Aku pula setelah sedar Kaito di pukul dari belakang, menoleh ke arah belakang dan telah mendapati dua orang lelaki berpakaian serba hitam menyerang dari belakang.

Tanpa berfikir panjang aku terus menendang bahagian yang paling menyakitkan bagi kaum lelaki. Yeah...Aku tendang di bahagian kelengkang mereka dengan kuat, aku pasti mereka tidak akan dapat guna lagi alat sulit mereka kerana aku telah menggunakan seluruh tenaga aku untuk untuk menendang mereka. Namun aku cuai, aku terlalu fokus pada musuh di hadapan tanpa sedar salah seorang dari mereka mendekati aku dari belakang dan menekup separuh wajah aku dengan kain yang mengandungi chloroform. Arghh...!! Macam mana ni! Aku telah melibatkan Kaito sekali' Sotaru mengeluh.

'Tetapi kenapa gelap sangat tempat ni? Oh baru aku sedar mata aku kena tutup rupanya' Sotaru cuba menggerakkan tangannya tetapi seperti matanya, tangannya juga di ikat tetapi dengan menggunakan hand cuff yang kebiasaanya di guna polis.

'Dari mana mereka dapat handcuff ni pun aku tak tahu' Sotaru menumpukan seluruh kekuatannya pada pengelangan tangannya kemudian menarik tangannya dari kedua arah sehingga membuatkan rantai besi yang mengabungkan kedua handcuff itu patah menerima impak dari kekuatannya. Sotaru tersengeh.

'Agaknya aku ni keturunan Tsunade Oba-chan'

Setelah dia berjaya mematahkan rantai besi yang mengabungkan handcuff pada kedua tangannya, Sotaru mencabut kain yang menutup matanya. Terkebil-kebil matanya apabila cahaya lampu menembus masuk ke dalam matanya sehingga membuat pandangan kabur. Setelah hampir seminit baru la dia dapat melihat dengan jelas keadaan sekeliling tempatnya di kurung.

Sotaru di kurung dalam bilik yang di cat warna putih. Langsung takde perabot di sediakan dalam bilik itu kecuali kerusi yang Sotaru duduk. Pegawal yang sepatutnya menjaganya juga tidak kelihatan.

'Mungkin mereka berjaga diluar pintu' Sotaru memandang ke sisi tepinya, matanya membulat melihat Kaito juga di ikat di sebelahnya dengan mata di tutup dengan kain hitam. Sotaru mendekati Kaito dan menanggalkan kain yang menutup matanya. Mata Kaito yang tertutup rapat menandakan dia masih belum sedarkan diri. Sotaru memegang handcuff yang di pasang pada tangan Kaito dan menarikanya dengan kuat sehingga rantai besinya tercabut.
Sotaru menampar wajah Kaito dengan perlahan, ingin membangunkan pemuda itu. Seperti yang di jangkanya, Kaito tersedar dari pengsan setelah di tampar sotaru. Terkebil-kebil mata Kaito melihat Sotaru yang berdiri di hadapannya.

"Sotaru..?"

"Jom, ki......Kita perlu berg...Bergerak....Se-karang" Tergagap Sotaru mengatakannya kerana menahan tawanya apabila melihat wajah Kaito yang berbekas tapak tangannya. Kaito memandangnya dengan wajah yang bingung.

"Kita di culik, mari kita keluar dari bangunan ni..." Kata Sotaru sambil matanya di larikan ke arah lain. Tidak mahu melihat wajah Kaito yang berbekas tapak tangannya.

Membulat mata Kaito mendengar ayat 'culik' yang di sebut Sotaru tadi. Kaito bangkit dari kerusinya dan memandang sekeliling bilik.

"Takde jalan keluar, kalau kita ikut pintu masuk mungkin kita akan berlawan dengan mereka yang menjaga pintu." Katanya. Kaito memandang ke siling mencari jalan keluar untuk mereka melarikan diri, dia tersengeh melihat sebuah pintu besi yang kecil yang menghubungkan siling ke dalam bilik. Selamat manusia boleh melaluinya.

Kaito mengeluarkan tali yang bersambungkan dengan cangkuk besi dari beg sandangnya dan memegangnya dengan tangan kanannya. Terkebil-kebil mata Sotaru melihat tali bercangkuk dalam tangan Kaito.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now