Sotaru melirik matanya memandang sekeliling meja makan. Kaito dan Hattori makan tanpa bersuara. Sotaru mengeluh. 'Kenapa pulak dengan dua orang ni?' Sotaru menyuap nasi ke dalam mulutnya. Ayam di dalam mangkuk di cedok dengan menggunakan sudunya kemudian di masuk ke dalam mangkuk nasinya. Dia menyambung makannya semula.
Ketika sedang khusyuk makan, Sotaru tertelan tulang ayam. Terbatuk-batuk Sotaru sambil memegang lehernya. Kaito berlari ke belakangnya dan menepuk-nepuk belakang badannya. Hattori menyerah gelas air kepada Sotaru. Sotaru mengambil gelas air yang di berikan kepadanya kemudian meneguk air sehingga kering. Akhirnya tulang ayam yang tersangkut di tekaknya tersembur keluar dari mulutnya, jatuh ke atas meja makan. Membulat mata Kaito dan Hattori melihat tulang ayam yang tersembur keluar dari mulutnya. 'Besarnya tulang ayam.'Wajah Sotaru merona merah menahan malu. Setelah lama mendiamkan diri Kaito memulakan bicaranya."Kamu ok, Sotaru. Sakit tak tekak tu?" Sotaru menggeleng kepalanya. Air oren di capai dan di teguk sehingga habis. "Nanomiya-han, kamu tak apa-apa ke?" Tanya Hattori pula. Sotaru tersenyum.
"Saya ok, buat malu je tertelan tulang ayam" Katanya sambil mengemas meja makannya. Sotaru mendekati singki kemudian membasuh pinggan mangkuk yang di guna tadi. Kaito berjalan ke arahnya sambil memegang pinggan mangkuknya. Satoru yang perasan Kaito cuba membasuh pinggan menghalangnya terlebih dahulu. "Kamu tidak perlu basuh pinggan, kamu tetamu" Kaito memuncungkan mulutnya. "Saya tidak mendengar~nya!" Katanya sambil bersiul dengan riang. Tangannya mengelap mangkuk dan pinggan yang di basuh dengan air sabun kemudian di bilas dan di letak pada rak pinggan.
Sotaru mengeluh perlahan, Hattori mendekatinya dan menunggu Sotaru siap basuh pinggannya. "Ah, Hattori-san kamu boleh letak pinggan dan mangkuk tu ke dalam sinki. Saya akan basuhnya" Hattori menggeleng kepalanya tanda protess.
"Aku boleh basuh sendiri, aku bukannya budak-budak yang perlu bantuan orang dewasa untuk membasuh pinggan mangkuk." Hattori tersengeh menayangkan giginya yang terselit sisa ayam di celah giginya. Sotaru tersenyum. "Hattori-san gigi kamu.." Wajah Hattori merona merah. Dia membersihkan giginya menggunakan lidahnya.
Setelah siap membasuh pinggan mangkuk dan mengemas meja makan, Sotaru membawa Hattori ke bilik tetamu yang tersedia di tingkat tiga. Kaito mengikutinya dari belakang. "Kaito, kamu mahu tidur sini ke balik ke rumah kamu?" Tanya Sotaru sambil meneruskan langkah kakinya masuk ke dalam lift. " Tidur di sini lebih bagus daripada balik rumah yang sunyi tu" Balas Kaito bersahaja. Sotaru tersenyum memandangnya. Hattori yang berada di sebelahnya mencebik mulutnya tanda tidak puas hati. Tetapi mendiamkan dirinya melihat mereka berdua bersama.
Hattori menyandang beg baju pada bahunya memandangkan beg yang di gunakannya adalah beg yang di gunanya untuk ke sekolah. Dia berjalan masuk ke dalam lift. Sotaru menekan punat no 3 pada dinding lift. Pintu lift tertutup rapat kemudian bergerak naik ke tingkat tiga.
Apabila tiba di tingkat 3 pintu lift terbuka luas. Sotaru berjalan keluar dari lift. Dia berjalan melepasi dua pemuda yang bersamanya dan berhenti pada sebuah bilik yang di pasang penanda 'Guest Room' Kaito dan Hattori mengikutinya dari belakang. Mereka berhenti apabila sotaru berhenti di bilik di hadapan bilik guest room.
"Ini biliknya, Kaito dan Hottori-san boleh guna bilik ini" Kaito dan Hattori memandang sesama sendiri, wajah mereka memasam apabila saling berpandangan. Sotaru yang tidak perasan situasi antara mereka meneruskan langkah kakinya masuk ke dalam bilik. Hattori dan Kaito masuk ke dalam bilik dan menyimpan beg sandang mereka ke dalam almari baju yang terletak di tepi katil. Kaito mendekati katil bujang yang berada di tepi tingkap. Tangannya menepuk-nepuk tilam katil merasai kelembutan tilamnya.
Hattori pula sebaik sahaja masuk ke dalam bilik perkara pertama yang di lakukannya adalah masuk ke dalam tandas kemudian melihat pantulan wajahnya pada cermin. Dia menayangkan giginya pada cermin, melihat cerbisan ayam yang melekat di celah giginya. Tangannya menarik cerbisan ayam itu keluar dari giginya kemudian dia menayangkan giginya kembali pada cermin. 'Dah bersih' Dia berjalan keluar dari tandas. Aik ingatkan nak berus gigi sekali...
YOU ARE READING
Welcome to New World(Detective Conan)✔
FanfictionHannah Johnson gadis tulen berketurunan Amerika namun tinggal di Landon bersama keluarganya telah menemukan sesuatu yang luar biasa telah mengubah hidupnya. Dia telah mendapati dirinya terperangkap di dalam dunia anime kegemarannya, Anime Detective...