Chapter 24 Memories Of His Past

158 11 1
                                    

Sotaru berjalan dengan perlahan mendekati Conan dan wanita yang duduk di hadapan mangsa bunuh itu.Dia memegang bahu Conan dengan perlahan bagi menarik perhatian anak kecil itu. Conan menoleh kepalanya ke arahnya. Mata Conan membulat apabila ternampak Sotaru di belakangnya.

"Sotaru nii-san?"

"Conan-kun apa dah terjadi? Siapa wanita di sebelah kamu?" Tanya Sotaru dengan riak wajah yang khawatir.Walaupun dah tahu jalan cerita, dia masih risau akan apa yang terjadi. Terutamanya pada keselamatan Kobayashi sensei yang terlihat pembunuh itu. Conan membetulkan cermin mata bulatnya. "Kobayashi sensei terjumpa mangsa bunuh. Ah! Kabayashi sensei cikgu sekolah saya.Sotaru nii-san pula buat apa di sini?" Katanya dengan curiga. Sotaru mengerdipkan matanya memandang Conan.

"Ah, saya datang ke festival Bunga Api kemudian merancang untuk ke bilik berdekatan.Bila nak balik semula ke sana saya terserempak dengan wanita di sebelah kamu ni. Dia tidak apa-apa ke?" Tanyanya lagi. Conan menggeleng kepalanya. Kobayashi sensei menoleh kepalanya memandang Sotaru. Sotaru tersenyum, tangannya mengurut badan Kobayashi sensei bagi menenangkannya. Kobayashi sensei mengelap air matanya menggunakan belakang tapak tangannya.

"Terima kasih"

"Don't mention it"

Sotaru dapat mendengar bunyi derapan tapak kaki menuju ke arah mereka. Sotaru berdiri berhadapan dengan dua orang character di belakangnya. Conan memandangnya pelik. Setelah hampir satu minit dua anggota peronda yang sedang bertugas berjalan ke arah mereka. Mata mereka terbeliak apabila terpandang mayat di belakang Kobayashi sensei. Dengan pantas mereka mengeluarkan pistol. Pistol mereka di halakan ke arah Kobayashi sensei. Sotaru menghadang penglihatan mereka daripada Kobayashi sensei dengan berdiri di hadapan dua anggota peronda itu.

"Don't do it, she innoncent"

"Si..siapa kamu?" Tergagap salah seorang anggota peronda itu apabila Sotaru berdiri di hadapan mereka. 'Macam mana la mereka boleh jadi anggota peronda kalau penakut?' Sotaru mengehela nafasnya dengan perlahan.

"Listen, mayat yang di belakang wanita itu di bunuh oleh seseorang sebelum kami sampai, kebetulan wanita itu ternampak identiti pembunuh itu, jadi dia adalah saksi untuk kes pembunuhan ini" Jelasnya dengan terperinci. Dua anggota peronda itu menurunkan senjata mereka.

"Bagaimana dengan kamu pula?" Tanya salah seorang dari mereka. "Saya pula juga salah seorang daripada saksi kerana sebelum saya sampai ke lokasi pembunuhan saya telah bertembung dengan seseorang yang berlari tergesa-gesa dari arah sini." Dua anggota peronda itu mengangguk kepala mereka mendengar ceritanya. Mereka mengeluarkan phone mereka kemudian mendail nombor polis.

Setelah lima belas minit menunggu akhirnya kereta polis sampai ke lokasi pembunuhan. Sotaru meminta diri dari mereka untuk kembali ke festival dan berjanji akan ke balai polis untuk memberi penerangannya kepada mereka. 'Che...Tak dapat tengok bunga api, pasti Hattori dan Kaito dah tunggu lama' dengusnya dengan kesal. Setelah tiga minit berjalan, akhirnya dia ternampak Kaito dan Hattori yang sedang bertengkar di hadapan khalayak ramai. Sotaru mengeluh dengan pelahan. 'Tidak boleh ke mereka berbaik hanya untuk sesaat.' Sotaru menggeleng kepalanya. Langkah kakinya di lajukan kemudian berhenti apabila sampai di hadapan mereka. Mereka seperti tidak perasaan kehadiran Sotaru dan terus berkelahi tanpa menghiraukannya. Sotaru menjentik dahi kedua sahabatnya itu dengan menggunakan jari telunjuknya.

Kaito dan Hattori jatuh terduduk ke lantai sambil memegang dahi mereka. 'Ops.. Terjentik kuat pula' Sotaru tersengeh memandang Kaito dan Hattori yang memandang sesama sendiri. Mereka mendongak kepala mereka ke atas untuk melihat siapa yang telah menjentik mereka. Sotaru tersenyum. Mata mereka membulat.

"Sotaru bila sampai? Kuat betul ya kamu jentik" Kata Kaito dengan wajah di maniskan, matanya sempat mengerling ke arah Hattori yang berada d sebelahnya. Tangannya mengosok dahinya yang memerah akibat di jentik. Hattori yang berada di sebelah Kaito menegup liurnya. Tidak sangka Sotaru dapat megalahkan mereka hanya dengan menggunakan jentikan maut dari jarinya.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now