Chapter 32 Meet James Black

133 9 0
                                    

James Black memesan kopi kepada pelayan restauran. Matanya melirik ke arah ke jam di pergelangan tangannya. Jarum pendeknya menandakan pukol 9 manakala jarum panjangnya berhenti pada pukol 9:55.

'Lagi 5 minit dari masa pertemuan' fikirnya. Pelayan yang mengambil pesananya kembali ke mejanya dan meletak cawan berisi kopi yang di pesannya di atas meja. James Black memberi senyuman manis kepada pelayan itu dan mengambil cawan kopinya di atas meja. Dia menghirup bau kopinya lalu meneguk air kopinya secara perlahan. Dia mengeluh perlahan. James Black meletak cawan kopinya di atas meja semula.

James Black menyelak beberapa keping gambar seorang lelaki berkaca mata dan berambut kuning keemasan. Lelaki itu merupakan rakan lamanya yang bernama Hideshi Nanomiya. Selama keterlibatan Hideshi dalam OB semata untuk membalas dendamnya dulu, hubungan pertemanan antara dia dan Hideshi menjadi renggang terutamanya saat itu James Black bekerja sebagai FBI yang matlamat utamanya adalah untuk menumbangkan organisasi itu.

Berpuluh tahun sudah berlalu namun dia masih tidak dapat melupakan persahabatan mereka. Kes kebakaran yang berlaku pada keluarga Hideshi membuat James Black sedar dia sudah tidak mempunyai masa lagi, dia harus cepat menumpaskan organisasi gelap itu.

'Tetapi bagaimana? Sudah lama aku berurusan dengan mereka namun mereka tidak pernah meninggalkan bahan bukti yang boleh membabitkan kesalahan mereka' James Black mengurut batang hidungnya dengan perlahan.

'Takde ke bukti yang di kumpul oleh Hideshi? Demi membalas dendam untuk menumpaskan organisasi itu, dia mengorbankan masa hidupnya untuk bekerja di dalam organisasi itu' James Black mendekati meja kerjanya lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

'Berdekad sudah berlalu, aku pasti dia sudah memiliki banyak bukti tapi kenapa dia masih belum bertindak? Sebelumnya, kebakaran yang melibatkan keluarganya itu pasti ada kaitannya dengan OB, mungkin rahsianya sudah terbongkar saat itu...', dalam diam James Black meneka.

Clak!

Bunyi pintu di buka mematikan lamunannya yang panjang. James Black memandang ke arah pintu biliknya yang terbuka. Jodie berdiri di tengah pintu biliknya sambil tangannya memegang phone di tangannya.

"Jodie-kun, kamu ada benda penting yang nak beritahu saya?" Tanyanya. Matanya tidak lepas memandang Jodie yang masuk ke biliknya. Phone di tangannya di berikan kepadanya. James Black mengambil phone dari tangan Jodie dan memandang ke arah wanita itu dengan wajah penuh tanda tanya.

"Cool kid call, dia kata dia perlu bercakap dengan kamu"

"Cool guy?"

Jodie mengangguk kepalanya. James Black merapatkan phone di telinganya agar boleh dengar jelas suara Conan. Jodie berdiri di hadapan bossnya tidak berganjak dari tempatnya berdiri.

"Hello, Conan-kun?"

"James-san, saya ada news yang perlu beritahu kamu. Meet me at MC Donald in Beika. Masa pertemuan pukol 10 pagi besok, jangan lambat" Dengan itu Conan menutup talian phonenya. Wajah bingung jelas kelihatan pada wajahnya apabila mendengar kata Conan.Jodie memandangnya dengan rasa ingin tahu. James Black mengeluh. Jodie membetulkan cermin matanya kemudian menanya kepada bossnya berkaitan dengan panggilan daripada Conan.

"Apa yang dia kata?" Tanya Jodie dengan wajahnya yang ingin tahu. James Black menggeleng kepalanya. "Saya tidak pasti. Dia nak bertemu besok pukol 10" Katanya.

James Black menyerah kembali phone di tangannya kepada wanita di hadapannya. Jodie mengambil phonenya kemudian di simpan dalam poket dalam kainnya.

"Boleh saya ikut?"

"Saya tidak pasti, Conan-kun cuma mahu saya bertemu dengannya dia je, dia tidak mengatakan yang lain boleh ikut" Jodie memuncungkan mulutnya mendengar balasan daripada James Black.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now