Chapter 18 Stratergy Above The Deepth path 4

183 13 0
                                    

"Kenapa tidak beritahu kami Sotaru-san dah sedar!" Marah Megure. Ran dan Sonoko yang berada di dalam bilik menutup kedua belah telinga mereka menggunakan kedua belah tangan. Kogorou di sebelahnya cuba menenangkan Megure yang sedang marah. "Ah, maafkan kami, semasa Sotaru-san tersedar kami berdua tertidur jadi kami tidak sedar bila dia keluar" Kata Ran dengan nada perlahan. Sonoko di sebelahnya mengangguk kepalanya.

'Megure-san kalau dah mengamuk memang menakutkan' bisik hatinya. Megure mengeluh perlahan, pipinya di garu bagi menghilangkan rasa gatal.

"Ah, maaflah telah marah kamu berdua, kami sekarang sibuk untuk mengenal pasti identiti pelaku pembunuhan presiden Yashiro-san dan anaknya Yashiro Takae yang mati di bunuh pagi tadi, dan Satoru-san merupakan saksi penting dalam kes pembunuhan ini kerana dia telah berhadapan dengan pelakunya. Oh ya tak lupa juga Sonoko-kun yang turut terlibat." Jelas Megure panjang lebar dan terperinci.

"Eh?! Presiden Yashirou-san dan anaknya di bunuh?" Sonoko terkejut mendengar kata-kata Megure tadi jadi dia menanya semula inspector yang bermisai itu. "Ya, dia di bunuh, Oh ya, Sonoko-kun. Bagaimana dengan pelaku yang menyerang kamu, masih lupa wajahnya? Kami telah menyiasat kes penyerangan Sonoko-kun dan Sotaru-san berkaitan dengan kes pembunuhan presiden Yashiro Entarou dan anaknya Yashiro Takae. Pelakunya orang yang sama"

Sonoko menggelengkan kepalanya tanda tidak ingat. Megure mengeluh lagi. 'Ah, sekiranya Kudou-kun ada pasti kes akan menjadi lebih senang' bisik hatinya. "Nampaknya kita bergantung pada Sotaru-san je lah, harap-harap dia ingat pelakunya. Tapi di mana agaknya Sotaru-san menghilang. Jangan-jangan pembunuhnya..." Seperti tersedar dari mimpi yang panjang Inspector Megure dan inspector yang lain bersedia untuk mencari Sotaru sekiranya dia betul-betul di culik oleh penyerangnya. Namun sebelum mereka keluar dari bilik rawatan pintu biliknya terbuka, kelibat Sotaru masuk ke dalam bilik sambil memandang ke arah empat kanak-kanak yang mengikutinya dari belakang beserta prof Agasa masuk ke dalam bilik.

"Sotaru-kun!" Jerit Megure apabila ternampak wajah Sotaru yang masuk ke dalam bilik. Siapa sangka Sotaru yang mereka maksudkan adalah Sotaru Nanomiya yang merupakan mangsa kelima pembunuhan bersiri sebulan yang lalu. Nasib baik pembunuh bersiri itu telah berjaya mereka berkas atas pertolongan Conan-kun dan Sotaru-kun yang mengingati wajah pembunuhnya.

"Ah, Megure Keibu, salam bertemu" Sotaru menunduk hormat kepadanya. Terlopong mulut Shiratori memandang Sotaru. Sotaru tersenyum sinis. 'Tentulah dia akan terkejut kalau kenalannya turut terlibat dalam kes yang berlaku dia atas kapal ini, kan KID-san?'

Megure menggaru mukanya yang tidak gatal. "Ah, kamu tidak perlu tunduk hormat. Kamu buat aku rasa serba salah pula" Sotaru mengangkat kepalanya kemudian memandang Megure yang berada di hadapannya. Dia tersenyum. "Megure Keibu, ada apa-apa yang saya boleh tolong" Serta merta wajah Megure bersinar apabila mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.

"Ah ya, Sotaru-kun. Aku mahu menanya mengenai kes serangan yang terjadi di marina. Kamu telah di serang oleh seseorang kan? Kami memerlukan maklumat tentang orang itu. Sekiranya kamu ingat muka orang itu sila beritahu kami" Tanya Megure dengan penuh mengharap. Sotaru tersenyum. 'Mungkin aku perlu membantu mereka dalam penyiasatan ini. Sikit pun jadi lah'

"Um, saya kenal orang yang telah serang saya, walaupun dia menutup wajahnya dengan tudung sweater yang di pakainya, namun saya nampak dengan jelas wajah dia di sebalik kain penutup mukanya."

Terlopong mulut Megure, Takagi, Shiratori, dan Kogorou mendengar penjelasan darinya. Serta merta Megure Keibu memegang bahunya kemudian mengoncang kuat bahunya. "Be...betul ke ni, Sotaru-kun!" tergagap mulut Megure bercakap dengannya.

"Um"

"Sila jelaskan secara terperinci ciri-ciri penyerang kamu, Sotaru-kun" Megure mengeluarkan buku polisnya, bersedia untuk mencatat isi penting yang bakal keluar dari mulutnya. Sotaru memegang dagunya dengan menggunakan tangan kanannya kononnya seperti sedang berfikir.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now