Chapter 25 Meet Kobayashi Sensei

152 11 0
                                    


Sotaru menaiki bas untuk ke tempat ke kerjanya sehingga dia teringatkan sesuatu. 'Oh ya bukan ke aku sepatutnya pergi ke balai polis untuk memberi penerangan berkaitan kes pembunuhan miss Sumida-san.' Sotaru menekup mukanya menggunakan kedua belah tangannya. 'Boleh terlupa pulak'
Sotaru berjalan ke tempat duduk pemandu untuk membetulkan lokasi kepergiannya.

"Encik, saya tukar lokasi ke Balai polis Beika."

Tuan pemandu memandangnya tidak berkedip. Mana tidaknya, penumpangnya minta di hantar ke balai polis kan pelik gitu. Setelah kembali dari lamunannya, tuan pemandu itu membetulkan cermin matanya. Dia memandang tepat mata Sotaru.

"Jumlahnya satu ringgit jika di tambah dengan jumlah yang kamu bayar tadi" Kata tuan pemandu itu. Sotaru mengangguk kepalanya. Sotaru mengeluarkan satu ringgit dari beg dompetnya lalu di serahkan kepada tuan pemandu. Tuan pemandu mangambil duit dari kertas dari tangan Sotaru lalu menyimpan dalam box simpanan duit tambangnya. Dia juga menyerahkan Sotaru tiket basnya. Setelah mengambil tiket bas, Sotaru mengambil tempat duduk di sebelah wanita pertengahan umur yang sedang minum air kotak dengan menggunakan straw.

Sotaru mengeluarkan phonenya kemudian mendail nombor Erisa-chan untuk memberitahunya bahawa dia tidak dapat datang kerja. Mentang-mentang dah kerja dan ada duit saku, topup tidak lupa ye... Setelah menunggu panggilannya yang tidak terjawab selama hampir dua minit akhirnya gadis yang di hubunginya menjawab callnya.

"Hello?"

"Ah, Erisa-chan jawab pun kamu dari tadi saya call kamu tak balas"

"Maaf, Sotaru-san saya pergi toilet tadi, phone ada di kaunter. Tu yang tak sedar. Maaf ye"

"Nevermind about that, Erisa-chan tolong bagitahu Nakano-san saya tidak dapat hadir hari ni, ada hal penting. Tolong ye..."

"Ok kamu boleh harapkan pada saya.."

"Thank you Erisa-chan, I will treat you Ramen tomorrow"

"Hehehe...Ok, janji tau.."

"Clik..." Bunyi phone di matikan dapat di dengari di hujung talian. Sotaru tersenyum. Sudah seminggu lebih dia bekerja di library, hubungannya dengan pekerja lain di library tiada masalah. Dia semakin mahir membuat kerjanya tanpa pertolongan pekerja lain.

Setelah duduk di dalam bas selama 10 minit akhirnya dia selamat sampai di balai polis Beika. Pintu bas terbuka, Sotaru menuruni tangga bas dengan berhati-hati namun nasib tidak menyebelahinya dia terjatuh di tangga bas akibat pelanggan bas yang lain telah menolak Sotaru dari belakang. Wajah Sotaru memerah menahan malu.

'Aduh...siol betol orang belakang ni main tolak-tolak pulak..' gerutu hatinya. Sotaru bangun dari tangga bas, membetulkan bajunya yang terdedah kepada kepada pelanggan bas yang lain akibat terjatuh tadi. Tangannya menepuk-nepuk bajunya menghilangkan debu yang melekat di baju dan seluarnya. Setelah dia pasti bajunya betul-betul bersih, Sotaru berjalan turun dari tangga bas kemudian berjalan menuju ke balai polis. Dia menghentikan langkah kakinya apabila ternampak Conan, Haibara dan rakan kecil mereka beserta Kobayashi sensei masuk ke balai polis.

"Conan-kun, Ai-chan" Laungnya dengan kuat. Conan, Haibara dan Kobayashi sensei berhenti daripada meneruskan perjalanan mereka masuk ke dalam balai polis. Kumpulan Detective Boys juga berhenti daripada berjalan apabila melihat Conan, Haibara da berdiri di tepi pagar balai polis. Apabila ternampak wajah Sotaru yang tersengeh memandang mereka, Ayumi terus menghampiri Sotaru. Ayumi memegang tangan Sotaru dengan tangan kecilnya.

"Sotaru nii-san kamu datang?!" Tanyanya dengan nada separuh kuat. Sotaru mengangguk kepalanya sementara tangannya mengelus lembut rambut Ayumi. Ayumi memandangnya dengan gembira. Haibara tersenyum manakala Conan pula hanya mengeluh.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now