Chapter 20 The Thirteen Red Shirt

153 12 0
                                    


Sotaru memandang ke luar tingkap bangunan mall dengan rasa hampa. Semenjak di pecat sebagai cashier di supermarket di Yokohama, Sotaru telah memulakan percarian pekerjaan yang terbaru di area Beika dan yang berdekatan dengan rumahnya. Walaupun dia di terima kerja namun hanya dapat bertahan sehari kerana reputasinya sebagai jejaka kacak telah menimbulkan kekocohan di antara pelanggan dan setiap pekerja. Kebanyakkan pelanggan yang datang ke tempat kerjanya lebih gemar memilihnya berbanding dengan pekerja yang lain. Ini telah menimbulkan kemarahan dari rakan sekerjanya, akibatnya dia di beri notis 24 jam, berhenti dari kerjanya. Malang sungguh nasibnya.

"Apalah nasib, kalau berterusan begini aku akan di gelar sebagai Mr 24 hour for Hired" Dengan pantas dia menggeleng kepalanya. "Minta di jauhkan.." Sotaru meneguk air teh limau yang di ordernya. Pandanganya beralih pada pelayan yang lalu lalang sekitar mejanya. 'Aku tertanya mereka buat kerjanya atau semata-mata mahu melihat aku yang duduk kat sini.' Sotaru tersengeh.

'Ini masalahnya terlampau kacak' Sotaru menolak rambut depannya ke belakang.Dia mengukir sebaris senyuman. wajah kacaknya di pamerkan ke arah pelayan restauran.Wajah mereka merona merah melihat wajahnya.

"Oh My God! So handsome!" Jerit salah seorang daripada pelayan yang bekerja di restauran. 'I'm so popular. Hahaha...Nampakya aku dah terbiasa jadi lelaki. Mungkin aku patut jadi celebriti. Memandangkan wajah aku yang kacak ni pasti di terima'

Suara jeritan pengunjung di mall mematikan lamunannya. Sotaru memandang sekeliling restauran dalam mall. 'Apa dah terjadi?' dia berjalan keluar ke pintu restauran, melihat sekeliling mall. Ramai pengunjung yang kelihatan panik dan mundar mandir di tingkat dua dalam mall.

"Kenapa pulak diorang ni, buang terbiat ke apa?"

Sotaru kembali ke mejanya dan menyambung makan spaghetti yang di ordernya. Matanya di kerling ke arah pintu masuk restaurant. Kelibat seseorang di kenalinya masuk ke dalam restauran. 'Subaru Okiya? Apa dia buat kat sini?' fikirnya. Subaru memilih meja makan bersebelahannya. Dia memandang lelaki di sebelahnya dengan rasa teruja. Subaru di sebelahnya di tatapnya bagaikan mahu di makan. Subaru yang perasan dirinya di perhati memandang ke arah Sotaru. Matanya membulat apabila ternampak wajahnya.

"Hideshi kamu masih hidup?" Sotaru memandang pemuda di hadapannya dengan wajah keliru. 'Hideshi? Siapa pulak Hideshi tu?' Subaru mengangkat sebelah keningnya. Dia memandang Sotaru dari atas ke bawah. Kepalanya di gelengkan perlahan.

"Mustahil dia masih hidup" Katanya. Cermin mata di matanya di betulkan. "Maaf, saya salah orang. Saya Subaru Okiya, kamu?" Subaru memandang Sotaru. Raut wajahnya yang keliru jelas terpancar di wajahnya. 'Siapa pemuda ni, Kenapa wajahnya seperti sniper terhandal dalam organization?'

Sotaru tersenyum, tangan kanannya di halakan ke arah pemuda di sebelahnya. "Sotaru Nanomiya, gembira bertemu dengan kamu, Okiya-san"

'Nanomiya?Nama marga dia sama...tapi menurut rumor dia tidak memiliki anak...'walaupun ragu Subaru membalas salaman tangan Sotaru. "Gembira bertemu dengan kamu juga, Nanomiya-san" Sotaru mengangguk kepalanya.

"Miss!" Subaru memanggil pelayan yang sedang mengelap meja kosong bersebelahan dengan meja Subaru. Pelayan yang di panggilnya berjalan mendekati mereka. Apabila terpandang mereka berdua, serta merta wajah pelayan itu merona kemerahan. Mana taknye kalau kedua pelanggannya memiliki wajah yang kacak.

"Tuan nak order apa?" Tanyannya sambil menutup separuh wajahnya dengan buku catatan di tangannya. Subaru memegang dagunya dengan menggunakan tangan kanannya, memikirkan menu yang perlu di ordernya. "Beri saya kopi" Pelayan di hadapannya mengangguk kepalanya kemudian pergi ke dapur untuk menyampai ordernya. "Jadi Okiya-san, kamu tahu apa yang terjadi kepada pengunjung di mall? Semuanya kelihatan panik?" Tanya Sotaru sambil memandang sekeliling luar restauran.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now