Chapter 21 Starting Your Day With A Smile

158 10 0
                                    

Sotaru membalikkan badannya dari jendela. Dia membiarkan cahaya bulan menyinar biliknya. Ketukan pintu rumahnya membuatnya tersentap dari lamunannya yang panjang. Sotaru berjalan keluar dari biliknya kemudian menuruni tangga rumahnya. Dia mendekati pintu rumahnya dan mengendap dari lubang kecil yang tersedia pada pintu. Kelibat dua orang lelaki berpakaian hitam berada tepat pada pintu depannya. Dia mengamati kedua tetamunya dari atas dan bawah. Seorang berambut panjang dan memakai topi manakala lagi seorang bertubuh gempal dan memakai topi serta bercermin mata hitam. Kedua mereka memakai baju serba hitam. Sotaru ragu untuk membuka pintu rumahnya tetapi memandangkan mereka berdua adalah rakan bisnes ayah dan ibunya, di buka juga pintu rumahnya. Mereka berdua masuk ke dalam rumahnya.

Mata Sotaru membulat, apabila pistol di hala ke arahnya. Sotaru bertindak dengan pantas dengan melarikan dirinya daripada mereka namun sayang sebelah kakinya di tembak oleh mereka. Sotaru menyumpah kecuaiannya telah menyebabkan dirinya di tembak namun dia berjaya menyembunyikan dirinya. Di dalam tempat persembunyiannya, Sotaru melihat bagaimana orang tuanya di bunuh oleh lelaki berpakaian hitam.

"Aku akan menjadi mangsa selanjutnya sekiranya dia menjumpai tempat persembunyian ni" Setelah kedua pasangan itu keluar dari rumahnya, Sotaru mendekati kedua ibu bapanya yang terbaring kaku di lantai. Di cium dahi mereka untuk terakhir kali. Matanya terpandang jarum suntikan yang di gunakan dalam perubatan di pegangan tangan ibunya. Sotaru mengambil jarum suntikan itu kemudian di masukkan ke dalam poket bajunya. Sinaran cahaya yang berkelip-kelip di luar jendela di bilik menarik perhatiannya.

Bunyi shotgun di tembak dari jarak jauh kedengaran di telinganya walaupun tidak jelas. Tembakan yang di lepaskan tepat mengenai sasaran, Sotaru jatuh tersembam ke tanah. Tangannya memegang luka tembakan yang di terimanya.

"Why...why me?"

Dan Satoru pun terjaga dari tidurnya. Peluh dingin membasahi wajah dan bajunya. Dia memandang sekeliling biliknya. Sotaru menghela nafas lega kerana tidak melihat kedua anggota black organization. Dia menekup mukanya dengan mengunakan kedua belah tangannya.

"Why...It been a week? Why it has came back to me all the time"Sotaru mengeluh. Selimut yang menutupi tubuhnya di tarik kemudian dia menjejakkan kedua kakinya ke lantai dan berjalan ke singki di dalam bilik air. Sotaru membuka paip air lalu membasuh mukanya agar dapat menyegarkan fikirannya yang kusut.

'Gin dan Vodka'

'Apa mereka buat dalam mimpi aku? Ataupun ia bukanlah mimpi tapi cerbisan kenangan pemilik tubuh ini, Sotaru Nanomiya? No fucking way!! Ia mimpi buruk...mimpi buruk. Aku tak nak terlibat dengan mereka.' Sotaru keluar dari bilik airnya kemudian mencapai towel yang di sidai di tepi dinding biliknya. Dia mengambil towel itu lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Setelah siap mandi, Sotaru memakai baju sweater bewarna hitam dan seluar jeans putih. Kasutnya yang jenama NIKE di capai dalam rak kasut dan di pakai pada kakinya. Dia berjalan keluar dari perkarangan rumahnya. Mengunci pintu rumah dan pagar kemudian keluar ke bandar untuk memulakan kerjanya sebagai penjaga kaunter di library terdekat dengan rumahnya. Semasa dalam perjalanannya ke tempat kerjanya dia sempat menyapa penduduk tempatan yang membuka gerai pada waktu pagi serta budak sekolah yang tunggu bas di pondok bas. Sotaru juga sempat membeli bento dari supermarket yang berdekatan dan makan di pondok bas sambil menunggu bas datang. Sibuk sangat la katakan.

Apabila bas sampai, Sotaru yang telah menghabiskan makan bento di belinya tadi, membuang bekas bento ke dalam tong sampah yang tersedia di pondok bas. Sotaru menaiki tangga bas kemudian membayar duit tambang dan menyatakan nama destinasinya kepada pemandu bas. Pemandu bas menyerahkan tiket bas kepadanya dan Sotaru mengambil tiket itu sementara bola matanya melilau mencari tempat kosong.

'Jumpa!'

Sotaru mendekati tempat kosong bersebelahan dengan tingkap bas lalu melabuhkan punggungnnya di atasnya. Dia menghembus nafas lega. Seminggu telah berlalu semenjak kes bom yang terjadi di mall yang di singgahinya, Sotaru mencari kerjanya untuk keberapa kali tah...Cari punya cari akhirnya ketemu juga kerja yang sesuai dengannya. Penjaga kaunter di library yang takde masalah dengan pelanggan yang memborong semua barang yang di jual hanya semata-mata untuk berlamaan dengannya. Kebanyakan pengunjung yang datang ke library hanyalah budak nerd yang memakai cermin mata besar dan pelajar kolej yang menyiapkan thesis dan assignment mereka. Kadang-kala kanak-kanak SD datang meminjam buku di library kemudian memulang kembali buku yang di pinjam.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now