Chapter 27 Sotaru Family Secret Uncovered

145 9 0
                                    


Seorang lelaki cina bertubuh kurus dan tinggi berjalan masuk ke dalam sebuah bangunan terbiar yang tidak di gunakan semenjak bertahun yang lalu. Setelah masuk ke dalam dia menutup pintu masuk yang di buat daripada besi. Pintu besi boleh di buka dengan menggunakan scanner yang di pasang di tepi pintu. Dia hanya perlu membiarkan objek itu scan iris matanya untuk tujuan pengecaman wajahnya.

Walaupun bangunan itu nampak je terbiar di bahagian depan namun bahagian dalam bangunan itu canggih, penuh dengan kelengkapan electronik. Dia berjalan melalui setiap lorong gelap yang di sediakan dengan perabot kayu. Semasa dalam perjalanannya ke biliknya, dia terserempak dengan Gin, pihak atasannya yang telah memberikan tugas kepadanya untuk menghapuskan seseorang.

"Ciu, bagaimana denga misi yang aku berikan kepada kamu? Kamu dah hapuskan dia? Keluarga pengkhianat itu" Ciu memandang lelaki berambut panjang yang berada di hadapannya itu. Sebaris senyuman sinis muncul di wajahnya. "Sudah tentu, aku dah laksanakan misi yang kau beri kepada aku. Poison yang aku beri kepada dia adalah racun yang sukar untuk di carikan penawarnya" Katanya sambil menunjukkan barisan giginya yang bewarna kuning akibat kerap menghisap rokok dan jarang gosok gigi. Gin memandang lelaki berbadan gempal di hadapannya dengan jijik.

"Baguslah tu. Lagi satu gosok gigi kau tu. Jijik aku tengok" Katanya sambil menutup hidung menahan bau yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya. Tidak mau berlama dengan Ciu, Gin berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Muka shock jelas terpancar di wajah Ciu mendengar komen Gin. "Berbau sangat ke mulut aku..." Tanyanya. Di sebabkan tidak mahu berlama di lorong yang sunyi itu Ciu kembali ke biliknya.

Sementara itu Gin berjalan masuk ke bilik meeting bertemu dengan Vodka, Chianti dan Korn yang berada di dalam bilik itu. Gin membuka pintu bilik dan
masuk ke dalamnya. Chianti dan Korn memusingkan kepala mereka memandangnya.

"Gin, kenapa kau kumpul kami di sini?"

Mereka memandang tepat mata Gin. Gin mengeluh. "Kalian ingat pada keluarga pengkhianat yang telah mengkhianati organisasi kita?" Tanyanya. Korn dan Chianti mengangguk kepala mereka manakala Vodka hanya memandangnya tanpa bicara.

"Tentulah kami ingat, kenapa mereka? Kan diorang dah mati?" Tanya Chianti kepadanya. Gin megeluh lagi, rambutnya yang jatuh berjuraian di dadanya di tolak ke belakang badannya. "Mereka memang dah mati namun anaknya sebaliknya. Dia berjaya sembunyi selama 4 bulan dari kita. Aku dah suruh Ciu bereskan dia namun kita belum pasti dia betul-betul dah mati, jadi aku nak salah seorang daripada kalian siasat sama ada dia masih hidup" Katanya sambil memandang satu persatu rakan sekerjanya.

"Aku akan pergi" Kata Chianti sambil mengangkat tangan kanannya. Gin mengangguk kepalanya tanda setuju. "Kamu hanya perlu siasat kemudian laporkan kat aku. Nanti aku tahu la cam mana nak bereskan dia. Dengan tangan aku sendiri" Dia tersenyum sinis mengingat wajah bekas snipernya. "Takde siapa dapat lari dari tangan aku" Katanya dengan perlahan. Vodka, Chianti dan Korn mengangguk kepala mereka mendengar katanya.

Sementara itu di Sekolah SD Teitan, Conan tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pelajaran yang di ajar oleh Kobayashi sensei. Well, itu bukan masalah baginya memandangkan dia telah mempelajari semua mata pelajaran sekolah rendah semasa zaman kecilnya. Belajar balik mata pelajaran yang di pelajarinya membuatnya bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian. Conan mengeluh perlahan. Bunyi mesej masuk ke dalam box mesej di phonenya. Conan mengeluarkan phonenya dari dalam seluarnya kemudian membaca mesejnya.

Kudou,

Sotaru masuk hospital. Dia sekarang ni koma. Datang ke hospital sekarang, ada sesuatu yang perlu aku bagitau kau. Emergency ni.

Yang iklas, Hattori

Kening Conan terjongket sebelah membaca mesej dari Hattori. 'Perlu ke dia letak nama dia dalam mesej? Sotaru-san masuk hospital? kenapa pulak ni?' Conan bangkit dari kerusinya. Bunyi geseran kerusinya pada lantai menarik perhatian senseinya dan juga pelajar di kelasnya.

Welcome to New World(Detective Conan)✔Where stories live. Discover now