001

2K 123 42
                                    

Byun BaekHyun.
Kim TaeYeon.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Kau nak mati awal kau tarik lah lagi rambut aku ni!" Marah Taeyeon sambil menjegilkan mata pada Baekhyun.

Baekhyun berjalan mendekati Taeyeon, ingat dia takut dengan ugutan Taeyeon tu? Memanglah taklah nak takut. Lagipun bagi dia rambut Taeyeon sekarang tak adalah cantik mana pun. Biasa saja.

Taeyeon mengundur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taeyeon mengundur. Hoh? Nak tarik rambut dia lagi ke walaupun dah ugut macam tu? Taeyeon mula cuak, lagipun dia pernah rasa macam mana kena tarik rambut dengan Baekhyun si rambut coklat ni.

"Apasal kau undur ke belakang? Takut?" Soal Baekhyun sinis.

Taeyeon garangkan muka, dia angkat kepala pandang Baekhyun. "Kau ingat aku pengecut macam kau ke? Nampak tikus lalu pun lari tak cukup tanah," kutuk Taeyeon.

Baekhyun mengetap gigi. Geram pula dia bila Taeyeon mengungkit tentang perkara yang sudah berlalu dua tahun lepas. Kerana tikus tu lah Baekhyun dengan Taeyeon ni boleh kenal.

"Sini kau! Kali ni aku akan pastikan rambutkan tak ada lagi atas kepala, kau ni memang nak kena dengan aku!" Baekhyun datang menghampiri Taeyeon.

Apa lagi Taeyeon pun, cabut lari masuk dalam keretalah. Dia kunci kereta, siap jelirkan lidah pada Baekhyun lagi bila Baekhyun berhenti betul betul di sebelah keretanya.

"Jaga kau nanti!" Selepas itu terus Baekhyun pergi dari situ mendapatkan keretanya pula.

Taeyeon menarik nafas lega. Taeyeon bersandar, otaknya ligat mengimbas kembali kenangan mereka baru berjumpa dua tahun yang lepas.

FlashBack.

Ketika itu hanya tinggal Baekhyun dan Taeyeon sahaja di tempat duduk yang memang di sediakan memandangkan sudah pukul 11 malam. Tak ramai manusia yang lalu lalang dekat situ.

Mereka tidaklah duduk di bangku yang sama. Taeyeon duduk di bangku berjarak dengan tiga bangku lagi dengan Baekhyun.

Masing masing sibuk dengan telefon pintar masing masing, Taeyeon ni baru lepas keluar bersama sahabat baiknya itu.

Baekhyun mengalihkan perhatian ke arah kakinya yang di rasakan seperti ada sesuatu tersentuh. Apabila dia nampak sesuatu itu adalah seekor tikus, Baekhyun terus bangun dan terjerit kecil. Memang dia ni penakut.

Dan ia telah mengejutkan Taeyeon juga, cepat cepat Taeyeon tengok. Baru dia rasa macam cemas, tapi tak lama bila dia nampak tikus berlari pergi. Dia ketawa depan Baekhyun juga.

Baekhyun menarik nafas. Dia pandang Taeyeon dengan pandangan yang tajam.

"Kau gelak kenapa?" Soal Baekhyun sambil menapak mendekati Taeyeon yang masih duduk.

Taeyeon berhenti ketawa, dia bangun dari duduk. "Saya gelak sebab awak penakut, ada ke patut takut dengan tikus. Perempuan tak apalah jugak, boleh di terima lagi kalau takut pun" Taeyeon buat muka mengejek.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now